Hj Rosli (baju putih) |
Kehadiran beliau dalam kehidupan anak yatim kami ada kaitan dengan cetusan projek menjadikan asrama ini sebagai anak angkat oleh LHDN Ipoh dibawah pimpinan Pn. Wan Azni..sementara itu Hjh Che Tom isteri beliau, adalah pegawai kanan LHDN Ipoh ini.
Pn Wan Azni menyampaikan sumbangan kpd walid |
Sebagai seorang usahawan dan punya ramai kenalan koperat, Hj Rosli sering membawa rakannya berkunjung keasrama ini untuk melihat sendiri apa yang boleh dibantu..Dengan cara demikian maklumat tentang asrama ini berlegar dikalangan ahlinya. Dalam ramai-ramai tu pasti ada seorang dua yang terpaut hati untuk berkhairat...
Hj Rosli juga bertindak sebagai penghubung antara asrama kami dan LHDN. Hj Daud (skrg bersara) mewakili LHDN akan turun bersama krewnya memantau lokasi..justeru apa jua plan pembangunan yang dipersetujui bersama akan dilaksanakan dengan kos yang akan didahulukan oleh Hj Rosli dan LHDN akan topup-kan kemudian, kerana beliau ada dananya sendiri. Minat Hj Rosli amat mendalam pada keceriaan dan penampilan. Mengecat adalah keutamaan beliau...Ramai orang menyatakan terkejut dengan wajah ceria asrama ini terutama bagi yang pernah datang sebelum ini. Semoga Allah memberi ganjaran pahala dan memberkati kehidupan beliau dan semua yang terlibat mewakili LHDN ..amin!
Hj Daud |
Projek seterusnya adalah menceriakan halaman dengan pepasu bunga...siapa mahu share???
No comments:
Post a Comment