السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Di Tambun ni dah empat lima petang hujan lebat sakan, dgn petir guntur sabung menyabung. Nak cerita bagi sejak hari Jumaat 12/11/2010 ada jer program students buat kat sini dg anak yatim nih. Hari Sabtu malam Ahad baru ni kebetulan saya ada hal di KL, jam 11.15 baru bertolak balik. Sepanjang jalan balik tu hujan jer, sesampai di Sg Buluh tefon rumah nak tau apa jadi kat anak2 yatim ni...Ummi bagitau hujan selebat-lebatnya dan blackout seluruh asrama sjk kul 10 lg, jalan tepi sungai habih tenggelam. Kete tak leh masuk dan keluar..termasuk penceramah program student tak leh balik. Katanya ada budak nampak percikan api dari meter luar TNB..depa cuba on kan main suis dalam, gagal. Ya Allah mohon janganlah jadi apa2 kat bebudak yg suka mencuba benda2 bahaya ni. Kami nak pederas kete tak leh sbb jalan licin dan gelap. Bayangkan bas2 express pun berenti bersusun masa kami singgah sat kat hentian sebelah Tg Malim. Sampai kat R&R Tapah baru bas2 ni berlumba2 sbb reda sikit hujan. Kami sampai Ipoh masih lagi hujan 2.30 pagi baru sampai ikut jalan kampong.Alhamdulillah...gelap habis masatu. Rumah2 keliling ok tak blackout pun. Saya tak leh tidur pi ronda sana sini tinjau asrama takut banjir periksa main suis memang tendang setiap kali di on. Tengok students tidur belaka bergelempang. Keadaan macam ni selalunya penagih dadah di Tambun ni amik peluang....mujurlah xdak. Saya tunggu sampai fajar utk kejutkan anak yatim dan students solat Subuh dan satu lagi nak tefon TNB kecemasan, bukannya mudah nak mendapat respon pagi buta mcm tu. Dah 3- 4 kali baru ada suara pompuan sambut, bila diceritakan apa yg berlaku, dia kata ini bkn masalah TNB..pi cari wireman sendiri. Bila saya kata ada percikan api di kotak meter TNB barulah dengar kalimah ok la. Hampir 7.30 baru menyala diikuti satu panggilan dari TNB nak inform kami dah hantar org kami! Saya pun kata dah ada api tima kasih.
Yang siswi Yaman ni punyalah takut lari turun bawah tidur dg anak2 yatim tinggalkan bilik yg disediakan utk dia. Dia takut petir dan guruh yg berdentum dentam..mengerikan sungguh katanya...jgn tinggalkan saya, dia kata kat anak saya..dan dah berubah hati nak balik KL. Kebetulan pula dia belum jumpa dan bertegur sapa dg saya sbb kalut sungguh. Selepas berbuka dg nasi MANDI masakan dia semalam barulah saya bertanya khabar dia dan dia kata bapa dia di Arab Saudi teringin nak cakap dg saya dan kami dpt sembang skjp bertanya khabar dan tahniah raya haji. Lepas Isyak kami seluarga keluar bawak si Yaman ini ronda Ipoh pastu pi Kuale Kangsar ronda kawasan Istana dan nak tunjukkan Sek Idrisiah sek anak saya room mate dia tu, dlm kete saya jadi pemandu pelancung kecek arab. Lps balik semula baru nampak ceria dan keluar kereta terus call sapa entah...
No comments:
Post a Comment