Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Monday, November 29, 2010

AlhamdulilLah...Kita bersyukur kerana selalu  didatangi oleh orang yang menyumbang dan kebiasaannya datang membawa barang siap untuk disumbangkan dan ada juga yang berfikir secara simpel bahawa duit adalah yang terbaik untuk didermakan hujjahnya kerana kita tak tahu apa yang diperlukan disini nanti yang dibawa lain dan yang diperlukan lain. Ada pengunjung yang datang meluahkan terkilannya mereka bila pergi kerumah anak-anak yatim membawa beras disambut dengan kata-kata yang melukakan hati: "Boleh tak tolong bawak begheh ni balik pegi jelah ketempat lain kami dah tak mainla dengan begheh". "Adoi malu dan tebei nyer muke dilayan ghope tu...ee tak boleh ingat teman dibuat ghope tu..tobat tak pegi daaah.." Kesian juga dengar  kekecewaan yang diluahkan. Kita faham bahawa itulah ragam manusia dan ada orang yang dia tak nampak lain hanya beras saja macam orang bawa pisang sedekah ke semegid hari Jumaat. Apa nak kata, bagi dia kita hari-hari makan nasi..nasi..nasi bawa beraslah. Senang katanya.
Berbalik cerita Kapten Sharul semalam beliau datang tanya dulu apa yang diperlukan dan kita senang dengan cara itu. Beras banyak disini, kalau nak sumbang..serbuk pencuci amat diperlukan sebab mesin basuh sentiasa beroperasi mencuci pakaian bebudak ni setiap hari, sabun mandi, ubat gigi, berus gigi, minyak masak, kordial. biskut dll.  Slipar diasrama anak yatim ni jangka hayatnya seminggu dua saja lepas tu datang repot dah putus..hilang sebelah selalu. Ummi kata, banyak sumbangan kapten semalam..Alhamdulillah jazahumulLah khairan kathiran.

No comments:

Post a Comment