السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Siapakah Makcik Azmah? Seorang pegawai bank yang terikat hatinya dengan anak yatim kami sejak asrama ini dibuka. Peringkat awal dulu suaminya Nizam yang masa tu masih bertugas dalam tentera setiap bulan datang sekeluarga menghantar keperluan asas berupa beras, gula, minyak masak, biskut, dan lainnya. Bertahun dah sumbangan dari keluarga ini hinggakan bebudak ini dah kenal benar. Sekarang En Nizam dah bersara dari tentera dan ada bisnes lain membuatkannya sibuk untuk datang kesini namun makcik Azmah tetap datang sebulan sekali menyumbang.
Makan tengahari kali ini sumbangan keluarga ini sempena anak lelaki mereka Izzuddin yang akan bersunat besok Isnin. Majlis doa selamat ringkas disempurnakan oleh anak-anak yatim diketuai oleh Rauf. Kita memang melatih mereka setiap selepas Maghrib untuk membaca Yasin dan bertahlil setiap hari ataupun semasa menunggu waktu berbuka Isnin dan Khamis. Majlis hari ini dikendalikan sepenuhnya oleh anak-anak yatim tanpa walid yang ada mesyuarat diluar. Semoga Allah menjadikan mereka anak-anak yang berguna dan selamatkan majlis khatan Izzuddin esok. Maaf, tiada gambar.
Makan Malam di sumbang oleh seorang hamba Allah yang tidak mahu dikenali....
No comments:
Post a Comment