Tapi ni rahsia yg belum diketahui oleh bebudak ni...tolonglah jangan pecahkan rahsia ni, rayu ayam2 yg terlibat ni barangkali....kalau jumpa kat depa habislah putus baka kami dan cacatler habih anak2 kami nanti....Kita percaya kemungkinan ada lagi sarang2 ciptaan seperti ini dibuat tapi yg terjumpa setakat ini dah 2 sarang dan ada yg bertelur atas pasir sahaja tanpa sarang...... Ada ayam ibu yg dah berjaya melepasi gangguan bebudak KURMA ni dan sampai masa menetas dan dipatuknya telur yg dah matang tu nak bagi babynya kuar...ada sorang budak KUrMa ni nampak lalu disangkanya ibu ni nak makan anaknya lalu diambil telur yg retak tu dicampaknya kedalam semak,,,bukan sebigik tapi dah banyak kali dibuat gitu setiap kali tengok ayam mengeram ni patuk telurnya...kami baru dpt maklumat ni...Memang patutler ayam ni tunjuk perasaan ...
mengisahkan tentang perjalanan hidup anak yatim asrama dar'us-salam tambun, ipoh
Sunday, February 13, 2011
Ayam pun stresssssss oi....
Ayam-ayam ibu nampaknya menghadapi masalah besar dengan bebudak ni sehinggakan sukar bagi ayam2 ni nak hidup secara normal sebagai ayam2 kampung peliharaan biasa..disebabkan keperhatinan yg melampui batas dari anak2 yatim..Sebahagian dari ayam2 ini kemungkinannya mulai meluat akan gelagat extravaganza anak2 ni sehingga ada diantaranya sudah fade up dg gangguan yang membuatkan makhluk ni separuh gila...Bila ada mana-mana ayam ibu ni mengeram katalah lima biji telur...mereka asyik selak dan angkat ayam tu nak tengok kononnya, kemudian ada pulak kaki tambah yg akan ambik telur dari tempat bertelur lain dicampur sekali dg lima biji ni membuatkan ayam ibu ni pening dari mana datangnya telur ni sedang aku punya hanya lima, kemudian katakanlah ayam tu lama mengeram tak makan dan minum, depa angkat ayam tu dari atas telur tu utk bagi makan dan minum.....kacau sungguhlah macam ni menyampah betoi, mungkin itulah kata ayam2 yg mengeram ni.. mana tak nyer sebab kepanasan haba pada telur yg dieramkan itu dah bercelaru dan ayam pun takut anak2nya nanti jadi gila sasau atau AKU (ayam kurang upaya) Lalu ayam2 yang cerdik sikit tak mahu pening kepala menghadapi bebudak KURMA (kurang matang)ni ada yg secara senyap2 melarikan diri mencari suaka politik dengan membuat sarang sendiri dalam jerumun dkt kawasan reban ni seperti dlm gambo dibwh ni...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment