Ada tiga orang tamu yang datang hari ni..seorang darinya datang sekeluarga pada jam 3pm dari PGA Hulu Kinta yang datang secara tergesa-gesa untuk menyumbang dan terus beredar pergi kerana ada hal lain katanya.
Pada jam 6 pm kami dikunjungi oleh Tn Hj Rahmat dan isteri yang juga bertujuan utk menghulurkan sumbangan sempena maulidur Rasul dan sempena hari lahir isteri beliau Hjh Nor Aini...Tn Hj Rahmat dan isteri ni adalah antara penyumbang tetap kami..
Tidak berapa lama selepas itu datang pula pegawai polis dari IPK Ipoh membawa beras sebagai nazar isterinya yang sembuh dari sakit....
Kolam angsa yg diusahakan oleh kepala kontrak si jamal tu rupanya tidak menepati piawaian JKR...... kerana kedalamannya tidak mencukupi lalu walid arahkan supaya ditambak saja tanah dikelilingnya dengan cara itu itik dan angsa dapat terus kegigi air dan memasuki kolam tu....nampak itik pun dah boleh terima....
No comments:
Post a Comment