Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Wednesday, February 9, 2011

Tamu Rabu 9/2

Hari ini ummi keluar jam 9.15am atas urusan untuk buat gambar Sarah dan Bashirah yang bakal menduduki peperiksaan UPSR 2011 ni.  Kemudiannya terus kepasar membeli ikan dan sayuran dan lain-lain keperluan kerana besok Khamis hari puasa. Dalam masa ketiadaan ummi ni ada dua orang tamu datang keasrama ni tapi bila diberitahu ummi tiada dan mungkin terasa lama menunggu mereka pun pulang. Jam 10.30 baru balik keasrama semula utk terus mengajar.
Jam 12.30pm datang seorang bernama makcik Nab dari Kg Dato' Ahmad Said  (KDAS) seorang katerer yg diupah untuk masak sempena berbuka esok oleh Datin Zaharin, jadi dia datang untuk meninjau jalan masuk keasrama ni bagi memudahkan kerjanya esok....
Jam 3.30pm walid dan ummi keluar ke kedai TM utk membayar bil kerana talian internet tlh digantung semalam ma...apalah punya leceh lewat hanya beberapa hari jer...
Dan pada jam 6pm datang ustaz Fitri Yamani pelajar Yaman yg telah diceritakan sebelum ni..beliau datang untuk  menyumbang mewakili ahli keluarga utk asrama ini...sementara berbual itu kami menyentuh cerita malam kedatangan Hjh Jamaiah dan suami yang teringin nak ke Yaman belajar B.Arab dan walid minta dia call makcik tu nak tanya macaman perkembangan nak ke Yaman tu...dia kata tak pasti lagi samada Yaman atau Syria...Sebabnya pada 25 ni ada pelajar M'sia nak balik belajar ke Yaman..bolehlah join sekali lagi mudah kerja..tidaklah teraba-raba nak pi sana pi sini bila ada orang yg dah biasa...
us. fitri yamani dah nak balik..

No comments:

Post a Comment