Kami baru jer sampai keasrama sebentar tadi selepas pergi ke klinik injek walid disebabkan kaki bengkak dan tak boleh berjalan dg selesa...selepas tu singgah dirumah Tg Perdana utk berehat supaya ubat berfungsi dg baik...alhamdulillah dah boleh berjalan seperti biasa dan hilang denyutan sakit dan boleh memandu tanpa rasa sakit dan sengal tulang...bila sampai saja ke asrama ni terpandang mak Iwan sdg berbual dg teacher dan ustzah Zaharah kemudian datang Iwan bersalam...adiknya Ikin ada diatas kata budak2 pompuan...
Selepas mak Iwan balik dg teacher ada dua orang datang utk menyampaikan sumbangan Pn Mon dan En Kamarudin dari Tambun kata ummi, tapi depa tak mau tulis dalam buku kedatangan..Ini pun satu hal juga yg kita hadapi pelawat atau tamu yg datang ni ada diantaranya cukup allergic dg tulis menulis..catat mencatat ni alasannya kami org biasa jer...buku mcm ni hanya utk org besar jer...pulak dah!! Walhal buku ni sebagai reference jer nak lihat berapa ramai orang melawat dalam sebulan utk semua yg datang bukan khas utk org kenamaan atau datuk jer...
Petang ni rasanya tidak ada sponsor utk berbuka puasa tapi semasa ketiadaan kami tadi ada seorang datang utk menghantar kuih muih dua tray dlm kuantiti yg banyak mungkin utk jamuan petang dan dia tak tahu bebudak ni puasa hari ni....
No comments:
Post a Comment