Apa yg berlaku di asrama plak? Ini laporan dari ummi, jam 9.30am apa panggilan telefon dari seorang yg memperkenalkan dirinya sbg Syima yg ingin menyumbang keasrama ni setelah membaca blog kita dan nak memastikan bahawa akaun bank Islam yg tertera dlm blog tu betul serta nak tahu ummi tu siapa sebenarnya..Menurutnya beliau akan menyumbang cek yg akan dibank in ke akaun tersebut.
10am Pn Nor dan suami Hj Alias dtg membawa sumbangan dari WKP Hospital Bahagia Ulu Kinta...baki kutipan program makan tengahari bersama anak2 yatim tempoh hari...
Jam 3.30 pm datang pula dua orang pegawai dari BSN iaitu Pn Intan dan Pn Anis utk memasukkan duit anak2 yatim ni dalam buku simpanan masing2..Biasanya mereka datang bertiga dg sorang kawan lagi Shahrul kalau tak silap..hari kawan tu ketempat lain dan depa berdua ketempat lain di Chemor kemudian baru kesini.
Ini mudahnya berurusan dg BSN ni bila ada duit sumbangan utk budak2 ni kita hanya hubungi cek puan berdua ni jer depa pasti akan datang, kira mengira ditanggung beres tak payah berjam menunggu giliran mcm bank sebelum ni kemudian bila sampai giliran kita jenuh pula mengira sekali lagi sebelum nak diserah kpd pegawai dikaunter...
Petang jam 6pm Kamarul bawa sumbangan wang dari Pn Rozaidah Ramli pengurus kedai Kek Aidaz dari Plaza Mara Bidor yg ditemui hari ini di Sirim Bt Gajah.
Cerita ayam pulak hari ni semasa orang bank dok tgh kira duit Rauf jumpa sekor anak ayam mati dibawah kayu lepas tu Che On pula jumpa sekor ibu mati dan katanya ada lagi yg dah lali termasuk ayam jantan satu2nya yg tinggal pun dah bodoh jadinya....semua ni mungkin berpunca dari 9 ekor ayam hutan yg ditangkap bebudak ni pada satu malam,,lps tu esok nya ayam hutan tu mati sekor demi sekor sebanyak tujuh ekor sekali pastu jangkitlah plak kat ayam kampung ni....bala bala.....panggil veterinar pun tak mau datang....
pn anis |
pn intan |
sumbangan hadiah jam dan kalendar |
ayam syahid.. |
kuarantin... |
No comments:
Post a Comment