Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Saturday, February 12, 2011

Kejatuhan regim.....

Dengan kehendak Allah Yg Maha Berkuasa larilah Hosni Mubarak meninggalkan Mesir dg sejarah hitamnya yg penuh kezaliman terhadap agama, nusa dan bangsanya. 30 tahun pemerintahannya dia hanya menjaga kepentingan Israel besar dan Amerika kecil dan memandang hina rakyatnya sendiri...Israel besar merujuk kepada Amerika Syarikat manakala Amerika kecil pula ialah nama jolokan kepada entiti haram yahudi (Israel). Mubarak sepanjang menjadi presiden mesir adalah boneka kepada Amerika dan Israel..Dia memperbodohkan rakyatnya dengan mengatakan otak mereka macam otak ikan; cepat lupa buatlah apapun rakyat Mesir mudah lupa katanya. Ibarat ikan yg dipancing kadang2 terkoyak mulut disebabkan kail pemancing jatuh semula keair namun ketika dihulur umpan sekali lagi ia boleh lupa apa yg berlaku dan menyambar lagi umpan tu...Macam orang kata "Melayu mudah lupa....kena tipu beratus kali...tak perasan...
Apa yg dilakukan Mubarak terhadap rakyat Palestin di Ghaza? Dia yg arahkan supaya Rafah sempadan antara Mesir dan Ghaza ditutup...bila rakyat Palestin menggali terowong2 diarahkan supaya dilepas gas beracun kedalam terowong menyebabkan ramai yg mati terperangkan dalam terowong2 yg merupakan laluan alternatif utk mendapatkan bekalan dari Mesir ke Semenanjung Ghaza...Dia juga yang mengarahkan dibina tembok pemisah antara Mesir dan Palestin dg kedalaman yg tidak membolehkan rakyat Palestin menggali terowong dilaksanakan oleh syarikat Amerika.
seluruh lapisan rakyat menuntut dia berundur...


kegembiraan yg tak terucap dg pemergian mubarak
rakyat turun kejalan2 raya meraikan kepergian diktator....
Syeikh Yusuf Qardawy ucap tahniah kpd rakyat Mesir...

jutaan rakyat bangun menentang...
kegembiraan rakyat....






Sama2lah kita berdoa agar usaha berani para pemuda pemudi Mesir ni diberkati dan dirahmati Allah dan dijauhkan dari golongan oportunis yg sememangnya ada dalam keadaan seperti ini.....

No comments:

Post a Comment