Hari ni cuaca agak lembab dikawasan kami ni disebabkan hujan turun berkali2 dan malam ni pun masih turun lagi hingga basahlah halaman dan pastinya yg gembira dengan keadaan ini ialah itik dan angsa. Anak2 yatim ni ada yg pakai sweater kerana cuaca agak sejuk..maklumlah kawasan ditepi gunung...
Seperti yg ditulis dlm entri sebelum ni anak2 ni menerima jemputan utk mempersembahkan nasyid di surau kg tersusun Bt 5, Tambun dan menyertai perarakan seawal 8.45am. Dan mereka dijemput dg van jam 8.15am..dan balik hampir jam 2 pm.
Semasa ketiadaan anak2 ni lebih kurang jam 12.30pm datang Pn Rohana dari Tmn Perpaduan utk menghantar pulut kuning dan kari daging sebagai kesyukuran kerana anak lelakinya dapat melanjutkan pelajaran di UITM Shah Alam...
Kemudian datang pula jiran taman sebelah kami Pn Zubaidah dari Tmn Seri Tambun utk menyampaikan hajatnya menyumbang kepada anak2 yatim ni.
Jam 3 pm datang wakil keluarga yg menganjurkan majlis Maulidur Rasul dari surau yg disebut diatas utk menyumbang nasi biryani ke asrama ini. Abg Kamarul kata taukey nasi biryani ni dari Tg Malim ada beri kad niaganya dan berjanji bila ada apa jua program anak2 yatim ni melalui Tg Malim sila telefon dia insya Allah dapat makan free di tempat dia...hu hu hu...
No comments:
Post a Comment