Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Monday, February 14, 2011

Isnin 14/2/11 Cerita hari ni...

Isnin adalah hari puasa dan persekolahan berjalan seperti biasa..tapi dimulai dengan latihan berselawat dan nasyid puji-pujian ke atas Nabi kerana anak2 ni diundang esok untk menyertai perarakan dari rumah En Abdul Aziz hingga ke surau Bt 5 yg akan berlangsung majlis Maulidur Rasul esok..
Tamu yg paling awal datang hari ini ialah Pn Liza dan Pn Su dari Taman Hiburan utk booking tarikh jamuan  berbuka bulan Ramadhan akan datang.

Tamu kedua hari ini datang pada jam 12 tgh hari dari pejabat Baitulmal JAIP Ipoh datang menghantar beras fidyah 25 beg keasrama ini setelah walid menerima panggilan telefon dari Pn Wahida dari pejabat Jaip.

Jam 3pm En Zaini dan isteri datang dari kedai mereka di Tmn. Perpaduan utk menyumbang. Dan ini kali kedua bagi mereka ke asrama ini. Kali pertama ketika majlis kenduri kahwin Fatimah anak Us Salbiah yg diadakan disini Mei 2010 dulu. Mereka adalah kenalan baik teacher/ustazah Salbiah yg mengajar disini.

SARANG MISTERI DALAM BAHAYA......

Petang tadi semasa meninjau2 kawasan berumput sekitar reban yg menjadi suaka kepada ayam2 ibu yg  protes tu.. utk mencari kalau2 ada lagi sarang yg lain tiba2 walid terpandang sekeping papan dicampakkan hampir mengenai sarang yg penuh telur tu...Aduuuuuuh bebudak KURMA ni memanglah teruk..Walid dan abg Kamarul cuba meronda2 kawasan tu kut2 ada lagi sarang selain dua tu..Hasilnya tidak jumpa lagi yg lainnya dan yg ada tu pun dah tak selamat dg bebudak ni..kalau ditakdirkan papan tu sikit atas hancurlah kesemua telur tu...jadi walid minta abg Kamarul kutip jer lah telur tu, lagi pun rahsia sarang ni dah bocor diketahui Hakim.....entah macam mana dia boleh tau pun kita tak tau...

No comments:

Post a Comment