Jam 12.00pm Paklang datang dari Melaka singgah utk menyampaikan ubat2an utk anak2 disini dan utk walid dan ummi juga. Lepas Paklang beredar datang Hj Sharif bekas CC di Jabatan Agama Perak dg isteri utk menyampaikan sumbangan yg dikirim sedaranya utk asrama anak yatim ..
Hampir jam 3.00 ptg datang pula dua orang pegawai dari LHDN untuk menyampaikan sumbangan hasil dari kutipan yg dilancarkan oleh Kelab Kebajikan Islam utk asrama ini, yg masih ada bakinya dan juga sumbangan peribadi yg dikirim melalui mereka berdua..semasa itu juga ada orang telefon ummi nak datang jumpa walid kerana nak tanya masalah sket..dalam dok mengikuti cerita tentang kronologi masalah yg dihadapi oleh satu keluarga yg minta bantuan tamu yg datang ni....datang pula dua buah kereta salah seorangnya adalah datin yg sponsor jamuan berbuka hari ni...dan satu kereta lagi tu membawa makanan ringan dan juga menceritakan masalah keluarga mohon diikhtiarkan agar semuanya berakhir dengan baik...semua masalah itu kita ikhtiarkan dengan bacaaan Yasin oleh anak yatim dan sembahyang hajat..apalah sangat kita ni..tapi itu hajat dan harapan mereka...kita usahakan setakat mana yg kita mampu ikhtiarkan....
Akhir sekali suku jam sebelum berbuka datanglah sdr Manan mewakili datin dan dato membawa roti canai dan murtabak utk berbuka.....
ubat-ubatan yg dihantar paklang |
makanan ringan n air kotak dr taman soon choon |
No comments:
Post a Comment