Persekolahan berjalan seperti biasa dan hari Isnin adalah hari puasa, makanya yang ada semuanya berpuasa termasuk Wan yang sampai pagi ini pun berpuasa..Menurut pak saudaranya yang menghantar Wan pagi ni, sepatutnya semalan lagi Wan ni dihantar balik tapi disebabkan mereka terpaksa hantar sepupu Wan ke SMKA Slim River kemudian balik mengambil Wan untuk dihantar kemari tapi masa tu dah jam 8.00 malam jadi Wan tidur di Batu Gajah di rumah mereka jer lah. Cerita Wan nak di ambil oleh opahnya dah tak berbangkit lagi sebab budak ni pun tak mahu tinggal dengan opahnyer sebab dah seronok di asrama ni...
Yang belum sampai lagi hingga kini ialah Rauf pak imam..tak ada sebarang info dari emaknya kenapa Rauf belum sampai lagi..
Hari ni walid terpaksa ke klinik juga untuk dapatkan injection setelah melarat kedua2 belah kaki tak boleh melangkah apatah lagi berjalan....gagahilah juga drive untuk sampai ke klinik untuk dapatkan satu jarum...pastu kena tidur sejam dua dengan nyenyaknye baru kurang kesakitan tu..sekarang ni dah kembali biasa dan baru jer balik dari Bank Islam Ipoh jam 10.30am....bawa Udin sekali untuk dapatkan information apa rahsia tersembunyi setelah bebudak yang balik kampung datang semula ke asrama..ada tak apa2 benda terlarang yang depa seludup...Udin sengih jer...
Cerita Hafiz pula semasa cuti baru ni dia diusung merata oleh Pak Udanya untuk perdengarkan kepada saudara mara macam mana fasihnya Hafiz membaca Al-Quran dengan suara yang jelas dan lemak merdu pakat pujilah dengan penuh bangga pencapaian anak saudara ni....
Hari ni boleh dikatakan tidak nampak matahari sejak pagi lagi hujan turun sampai sekarang, ni pun masih ada rintik2 hujan..jadi tak nampak sesiapa pun tidur di atas wakaf..masa cuti ada yang tidur...ni mungkin berkerumun nak dengar cerita atau lawan bercerita....
No comments:
Post a Comment