Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Monday, March 28, 2011

Isnis 28/3/11

Alhamdulillah, dua dari tiga orang budak baru masuk tu dapat juga berpuasa hari ni...baru selesai berbuka tadi..si adik Hisyam yang berumur 6 tahun dapat bertahan setakat jam 1:00am...tu kira okey sebab masa bangun sahur jam 5:00am dia digerak juga oleh bebudak lain tapi tak jamah apa2 pun sebab dalam keadaan separuh sedar...benda baru baginya barangkali..apa pun depa kira happy lah...

Pagi ni tiga orang ni bersekolah sakan la..kasut baru dan unifom baru...ummi kata respon bagus la..bersambung...sat g..walaupun tercicir tak pernah sekolah..kesian. Si Abang tu boleh nyanyikan ABCDEFG...dan kenallah yang mana huruf besar dan kecil..Si Angah ada respon mahu salin huruf dalam buku tulis cuma si adik ni ummi kata kena pegang tangan dia...tak kenal apa...

Jam 1.30pm ada orang datang nak serah anak2 lagi yang juga mangsa cerai berai berumur 3,4 dan 5 tahun..ini kita tak dapat terima sebab kita hanya ambil anak2 yang dah boleh uruskan kencing berak dan tahu bahasa..kita tak cukup kaki tangan dan memang tak ada dalam perancangan setakat ini untuk buat nursery ambil kanak2 macam tu...

Kami keluar jam 4:00pm untuk selesaikan bayaran bil, semasa ketiadaan kami ada dua orang tamu yang datang menyumbang. Pertamanya Pn Siti Asa yang membawa kiriman orang dan keduanya seorang dari Tm Perpaduan yang pernah datang sebelum ni tapi teacher tak kenal siapa orangnya...

Selepas solat Isya' sambung gotong royong untuk membakar kawasan keliling reban yang sudah dibersihkan mengikut arahan Jab Perkhidmatan Haiwan baru2 ni...dalam masa gotong royong malam ni abg Kamarul sampai dari Kelantan...datuknya masuk semula ke Hospital Tanah Merah kerana jangkitan kuman pada paru2..esok sambung lagi..

No comments:

Post a Comment