Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Saturday, March 26, 2011

Sabtu 26/3/11

Selepas sarapan pagi dan ngaji Quran jam 8:00am ada gotong royong membersihkan kawasan, asrama, kelas dan dewan. Tak lama selepas itu datang lagi Ah Choy dengan orang2nya untuk memasang pintu besi, dengan itu selesailah satu fasa kerja dia fasa kedua ialah memasang palung air didewan yang akan dipasang minggu depan katanya.

Jam 11.30 ada jemputan kenduri kahwin di Tm Seri Tambun di belakang asrama ini.
Ada sebuah kereta datang sekitar jam 2.30 hanya untuk menghantar beras dan keperluan dapur kemudian terus beredar. Selepas itu datang pula Aina Katering membawa bihun goreng.

Jam 6.15pm datang sebuah kereta menghantar 5 guni plastik gula berisi pakaian terpakai ditinggalkan kepada bebudak ni dan terus pergi.. bila diperiksa ada serba serbi pakaian berbagai saiz termasuk lampin plastik bayi lama pun ada.....adui...letih..

Selang tak lama lepas itu datang pula dua kereta keluarga Pn Yati mak angkat Hakim yang janji hari ni nak kenduri kuah durian dengan roti sebenarnya bukannya pulut macam yang walid tulis semalam. Mereka pun terkejut tengok longgokan pakaian terpakai yang beraneka ragam tu...

Selepas itu ada orang hantar nasi kenduri dan akhir sekali selepas solat Isyak datanglah isteri Shamsul taukeh chicken chop di Kg Dato Ahmad Said Gugusan Manjoi menghantar chicken chop seperti mana yang dijanjikan semalam...Shamsulnye tak dapat datang kerana berniaga..insya Allah jika rezeki murah kami akan datang lagi kata isterinya...AlhamdulilLah...

No comments:

Post a Comment