Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Thursday, March 31, 2011

Khamis 31/3/11 Jumpa anak murid balik dari Mesir...

Alhamdulillah...Baru saja selesai berbuka dan solat Maghrib..Berbuka hari ni dimulakan dengan majlis khatam Al-Quran adik Izzuddin anaknya Pn Azmah yang jadi sponsor berbuka hari ini dan juga Iwan yang baru khatam beberapa hari lepas, disusuli dengan tahlil dan  berbuka...

Sementara di Sekolah Ta'ayah hari ni walid dikunjungi bekas pelajar yang baru pulang dari Mesir setelah menamatkan pengajian di sana diperingkat BA..Shahrizan bekas pelajar STAM tahun 20__? tak ingat..Mesir katanya dah kembali macam biasa selepas meletus revolusi baru-baru ni dan dia yang belajar di Mansourah tak ada masalah langsung tidak seperti di Kaherah..walid nasihatkan supaya terus sambung keperingkat M.A dan PhD..

Siapa tetamu asrama hari ni? Tetamu yang datang pagi ini ialah En. Rosli seorang anggota polis dengan seorang lagi rakan setugasnya polis perempuan dari balai polis Tambun katanya ingin meninjau keadaan di sini sambil menyampaikan sumbangan.

Selang tak lama selepas itu datang En. Abd Rahim  yang  baru pertama kali sampai kesini membawa hajat untuk menyampaikan infak wajibnya kepada pengurusan.

Tengahari pula Pn SharifahYati datang membawa kawannya dari Rapat Setia Baru yang berhajat untuk menyampaikan sumbangan gaji pertama anak beliau yang baru dapat kerja. Dan di waktu sessi persekolahan hampir tamat muncul pula 2 orang wakil dari Bank Rakyat Gopeng datang ambil gambar persekitaran,  untuk dibentangkan kedalam mesyuarat mereka nanti. Petangnya pula ada tamu dari kawasan berhampiran Tambun datang membawa sumbangan beras...

Sebelum jam 7:00 datang orang menghantar makanan untuk berbuka dari Restoran Seri Areeya Tomyam yang ditempah oleh Pn Azmah..diikuti oleh beliau selepas itu bersama anaknya Izzuddin...

1 comment:

  1. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
    Diharap ustaz dalam keadaan sihat selalu...Saya Fauzi, STAM 2004.....Dah lama dah tak jumpa dgn ustaz..bersembang...Saya ada juga datang ke taayah jumpa ustaz jawahir selepas dia bersara..tapi waktu cuti.guru-guru lain takde.InsyaAllah, kalau ada kelapangan, saya dan kawan-kawan akan ziarah guru guru di taayah..

    ReplyDelete