Pagi ni seawal jam 7:00 Sdr Kamarul dari Bndr Baru Putera dtg bagi kek dan sumbangan wang utk asrama ni. Kemudian datang pula Hj Zul katering menunjuk jalan ke asrama ini kepada suami isteri yg tercari2 arah kesini. Mereka adalah taukeh Kedai Warisah Hj Jumadi dari MK Tmn Perpaduan yang dtg untuk meninjau asrama ni kerana mereka baru dapat maklumat dari kawan yg pernah datang kesini dan tujuan mereka hari ni setakat tengok tempat dulu dan akan datang lain kali utk menyumbang barang2 kering dari kedai mereka..lebih kurang gitu ler maksudnya dan dah tau tempatnya mereka pun beredarlah.....
Lepas tu datang pula Pn Bee dari Rapat Setia Baru membawa kawan yang teringin utk mengunjungi asrama ini dan menghulurkan sumbangan...Pn Bee ni dulunya ada groupnya yg datang sekali beramai2 tapi dah lama tak berkunjung kesini...
Hjh Zai dan suami Hj Shahani pula datang jam 6pm utk ziarah.. selepas balik Mekah inilah baru berjumpa dg tuan haji ni kerana masa Hjh Zai dtg seminggu selepas balik dari Mekah utk bagi oleh2 kat anak2 ni Hj Shahani tak ikut bersama dan tujuan datang hari ni adalah utk menyumbang....
6:30pm datang pula Abdul Manan taukeh kedai runcit Din Faiz, Taman Chempaka yang datang utk menghantar nasi dan buah tembikai sbg juadah berbuka puasa hari ini..
No comments:
Post a Comment