Hari-hari hujan petang di sini..bermula jam 2 lebih tadi hujan mulai turun..sekarang jam 5.12 baru mula renyai2 nak berhenti..Sebentar tadi dua orang pelajar perempuan dari Poli datang untuk menyerahkan surat dan tentatif program Lawatan Baktisiswa anjuran Kelab Pengurusan Peruncitan PUO. Program ini akan diadakan pada 27/3/11 mulai jam 8:00am-4:00pm. Setiausaha kelab sebelum ni dah telefon semasa hujan lebat memaklumkan tak dapat datang kerana mereka menaiki motorsikal, namun bila hujan mulai reda mereka datang juga. Langkah seperti inilah yang sebaiknya untuk menyatakan kesungguhan dan memudahkan pengurusan...
Petang ini Nan datang dibawa oleh paksunya setelah beberapa minggu pulang untuk menerima rawatan masalah yang dihadapinya...kata paksunya tadi Nan menerima rawatan tradisional kiranya tidak ada perubahan kali ni mereka akan usahakan lagi..
Yang belum sampai lagi Rauf seorang jer lagi...apa masalahnya pun tak tahu..baru sebentar kami menerima panggilan dari emak Rauf memohon maaf kerana tidak dapat menghantar keasrama buat masa ini kerana road tax mati plak...Dia dah tarik muka nak menyebal sebab tak leh hantar dia lagi...
No comments:
Post a Comment