Jam 11.30am, ada dua orang tamu lelaki datang En Basri dan kawannya En Arifin yg menunjuk jalan ..kesini. En. Basri ni datang untuk menyumbang bagi pihak adik lelakinya yang baru meninggal dunia akibat penyakit kencing manis.
Selepas mereka pergi hujan punya ler lebat disini dengan kilat sabung menyabung dan guruh berdentum2 sampai dua kali black out..setelah habis satu pusingan pertama sekejap, turun pula kali kedua hingga sampai bebudak ni balik dari perkelahan....apa mereka bawa balik dari berkelah? Buah durian...yg dibeli di pertengahan jalan sebelum sampai ke Kuala Woh tu....mahal berdengung.,.
Buah durian tu kononnya kata datin nak buat kuah nak dipadankan dengan roti jala/surai..tapi bila dibuka jer dengan pelbagai rasa isinya, maka lupa dah roti jala....takpa kata datin nanti kita pergi cari lain....kat mane? kat Kuala Woh ler..katanya selamba....Alahai durian melambak kat pasar malam....Inipun bukan K.Woh,,,mak datin oi....ni durian Kg Gajah...kata abg Kamarul....oh gitu ker...
No comments:
Post a Comment