Hari ini hari puasa Khamis, amalan yang akan diterapkan secara berterusan insya Allah, kerana banyak kesan baiknya yang dapat dilihat..persekolahan hari ni yang melibatkan kelas ummi dihujung sekali terpaksa dipindahkan keruang makan kerana Ah Choy dan kawan2nya datang untuk memasang grill pada tingkap dan pintu dibilik sebelah kelas ummi mengajar kerana mengelak kebisingan. Dalam bilik tersebut ada satu tangga yang menghubungi ketingkat atas yang ada dua bilik sekarang ini dijadikan stor menyimpan baju2 terpakai sumbangan orang ramai. Ini sebagai langkah keselamatan dan ikhtiar manusiawi...
Jam 2:00pm walid dan ummi keluar membeli kawat mata punai untuk memagar kawasan angsa yang semakin kerap keluar kawasan bersama itik serati secara berkumpulan..angsa2 ni pula dah pandai mengeluarkan siren amaran bila ada orang baru yang datang..
Sebaik kami pulang keasrama diberitahu budak2 ni ada orang bawa anak2 yatim nak belajar di sini..orang tu bersembang dengan teacher..tunggu ummi balik, pastu depa balik..Siapakah mereka? Adakah itu anak muallaf Cina yang sedang kami nanti tu...Baru2 ni PTA Ipoh ada telefon walid ada dua orang anak yatim emaknya seorang muallaf Cina, boleh terima ker? Walid beritahu kami terima dengan syarat mereka menerima untuk belajar di sekolah kami sendiri..kerana kami adalah sekolah berasrama penuh anak yatim...Rupanya bila ummi bertanya teacher, yang datang tu adalah anak yatim lain dari sebelah Manjoi...3 orang anak lelaki yang baru siap surat beranak mereka diproses..
Selepas tu sekitar jam 5:00 ada satu keluarga dari Kg Dato Ahmad Said datang untuk menghulurkan sumbangan...Alhamdulillah..baru kali pertama datang ke tempat ini...
Lewat petang datang pula sebuah kereta menghantar mi goreng kicap, katanya dari katering Desa Tambun yang datang tanpa memberitahu terlebih dahulu, ingatkan mereka adalah wakil dari mak datin rupanya orang lain...kemudian baru menyusul Datin yang sponsor jamuan berbuka puasa hari ni yang menempah tarikh ini sebulan yang lepas..
No comments:
Post a Comment