Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Wednesday, March 30, 2011

Rabu 30/3/11

Hujan lebat malam tadi mencurah2 hingga air sungai Pinji sebak dan asrama lelaki kebanjiran..mungkin disebabkan longkang tersumbat, air tak dapat keluar..dan semasa walid keluar ke Lenggong jam 6:50am paras air hampir mencecah lantai jambatan dan terdapat sampah berlonggokan ditepi dan diatas jambatan akibat hujan semalam....

Persekolahan hari ini berjalan seperti biasa walaupun hanya dikonduk oleh ummi seorang sahaja..hebat betul Super Ummi yang berjaya kontrol 3 kelas seorang diri hingga jam 1:00pm..tanpa sebarang masalah..Teacher dan Ustazah Zaharah adiknya tak dapat datang kerana kereta meragam tak boleh distart..cuba hubungi orang itu orang ni minta tolong hantarkan tidak berhasil..hubungi pomen pun tengah hari baru dapat cakap...jadinya ummi kena hadapi keadaan seperti ini tanpa sebarang rungutan pun...itulah cekalnya Sang Ummi ni..walid salut dengan ketabahan dan kekentalan semangat waja seperti ini..tak payah terjerit2, tapi menurut ummi tak ada sesiapa pun yang keluar kelas, masing2 buat kerja...

Setelah selesai sessi persekolahan yang lelakinya bergotong royong mengelap lantai, basuh tikar dan jemur bantal yang basah dan lain2. Selepas solat sambung lagi gotong royong tersebut...Yang sekolah agama KAFA seramai 7 orang dihantar dengan empat basikal diketuai oleh Danial ketua umum dan dibantu oleh Aizat, Anas dan Jamal...masing2 membawa adik sendiri ke sekolah agama rakyat...balikpun mereka yang settel...

Hari ni tiada tetamu yang datang dalam keadaan cuaca mendung atau mungkin ada yang datang terkejut dengan keadaan jambatan yang penuh aneka jenis timbunan sampah lalu berpatah balik pun mungkin juga..

Ada tidakpun yang datang hari ini adalah Ah Choy  datang untuk ukur projek fasa kedua iaitu palung air dan bumbung sebelah kiri dewan....

Selain itu panggilan telefon dari pelajar BMI Gombak yang bertanyakan beberapa soalan tentang peralatan yang ada di Maahad ni untuk kegunaan mereka dalam program 2/4/11 nanti..

No comments:

Post a Comment