Jam 11.00am hari ni kami menerima kunjungan dari pelajar UTP yang mengadakan lawatan amal ke asrama ini..
Jam 12 ada jemputan kenduri di Bt 4 yang menjemput secara mendadak mana yang ada, untuk menghadiri majlis kenduri mereka, jadi 10 budak hitam yang ada ni terpinga2 kerana tiba2 saja diarah supaya bersiap utk makan kenduri...
Seperti yang diketahui hari ini merupakan hari terakhir cuti sekolah dan anak yatim yang pertama pulang ke asrama tengahari ni adalah Che On dan Izwan (Tokwan) yang datang sekali dihantar oleh bapa saudara tokwan. Selepas mereka berdua datang pula lainnya..Setakat ini selain Rauf, Nan dan Wan semuanya dah pulang keasrama...Wan ni mungkin ada masalah dengan opahnya (mak arwah ibunya) yang dikatakan tak setuju cucunya dihantar kesini...dia nak bela sendiri cucunya itu...kalau betul maklumat itu terpulanglah....selama beberapa bulan berada disini dah banyak perubahan berlaku pada diri Wan ni...Sementara Nan pula ada masalah kesihatan dan kami memang suruh keluarganya selesaikan sendiri...Rauf mungkin esok balik keasrama..
Pada petang ni juga disamping waris yang datang menghantar anak2 yatim keasrama ada tamu yang datang untuk menghulurkan sumbangan...Selepas solat Maghrib ada jemputan kenduri kesyukuran di Bt 5 dirumah En. Bukhari yang sebelum ni mengadakan perarakan Maulidur Rasul...dan mengundang anak yatim disini untuk bernasyid....masa trip pertama datang abg Kamarul on the way balik dari menghantar Ati ke Madrasah Idrisiah, K.Kangsar tapi sempatlah sampai kerana dalam kereta semasa ngantar Ati ada bawa Amin dan Pikah, jadi dua beradik dapatlah pergi undangan Maghrib tadi...
Sementara itu mak datin pula sibuk didapur untuk menunaikan janjinya nak buat roti jala...sebaik bebudak ni pergi memenuhi undangan dia pun mulalah buat roti jala kuah durian dah dibuat sebelum Maghrib lagi kalau tak silap....katanya kalau nanti dah kenyang boleh dihidang semasa sahur nanti...esok puasa Isnin...Padanlah pulak bebudak ni dihantar pulang ke asrama dah jam 10.45pm...memang sah ler depa kena makan waktu sahur.........
No comments:
Post a Comment