Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Saturday, April 30, 2011

Sabtu 30/4/11 Keliru lagi....

Setakat ini 1;58pm tamu yang datang ada dua orang pertamanya ialah Pn Zuraida Hanum penyumbang tetap bulanan yang datang jam 11:00am untuk menyumbang wang..dan yang kedua adalah dua beranak seorang ibu dan anak dari Rumah Murah Tambun yang berhajat untuk menghantar makanan pada petang hari Isnin ni...
Apa yang kelirunyer? Ummi terkeliru dengan perubahan tarikh sambutan hari ibu di RPA Ulu Kinta lalu bersetuju terus bila dikatakan hari Isnin 2/Mei tu cuti...kami nak tukar ke tarikh tu boleh? Ummi jawab kalau cuti tak pa ler ok jer....tak perasan yang bebudak ni puasa hari tu....terlajak perahu kata orang boleh kayuh patah balik terlajak cakap....kantoi...dah le baru teringat pagi ni bila orang dua beranak ni nak hantar makanan hari Isnin...
Malam ni ada sumbangan chicken chop dari En Saiful dari Gugusan Manjoi nun...
Sebenarnya walid baru turun dari atas menyudahkan pasang dinding plywood untuk bilik penempatan pelajar2 tahfiz dan kedua2 ustaz mereka nanti...
Tepat jam 8:00pm datanglah isteri En. Saiful   membawa  chicken chop untuk santapan anak2 yatim dan warga asrama ini...kata ummi isterinya berbisik tadi minta anak2 yatim ni doakan mereka agar murah rezeki..kesihatan suaminya semakin baik setelah beberapa kali diganggu ilmu hitam oleh orang2 yang mencemburui perniagaan chicken chop yang maju....Alhamdulillah dengan kesihatan sebegini walaupun badannya agak susut, perniagaan mereka berjalan lancar..kata isterinya..rupanya dunia perniagaan makanan ini agak mencabar juga..baru ni tuan punya sebuah restoran datang mengadu kepada walid dan minta walid datang ke restoran mereka untuk "menengok" kenapa pelanggan mereka ramai yang dah lari ke restoran lain dan ramai yang tefon mereka kenapa tak buka kedai..?? Kami sebenarnya buka tapi orang yang datang tak nampak kedai...so mereka singgah kekedai lain rungutnya....Walid tegaskan kat dia walid bukan bomoh...Setakat nak tolong berdoa, sembahyang hajat bolehlah tolong lakukan...menengok2 ni perkara ghaib..Allah yang tahu...kita makhluk tak tahu...dia kata ada orang datang beritahu dia suruh datang tempat anak yatim ada ustaz gemuk janggut merah, minta tolong ustaz tu...Setakat ni walid kata pada dia tak pernah keluar berbomoh dikedai2 macam tu...

Ni baru habis tengok raptai nasyid Hari Ibu tu..bolehlah...melepaskan hajat orang..sedap jugalah persembahan tu..tak pakai microfon pun....

Friday, April 29, 2011

MELUR kali ke-20

Malam ini majlis Melur telah memasuki siri yang ke-20, Alhamdulillah...walaupun masih terdapat sana-sini kelemahan.... namun, kesannya nampak ketara dimana mereka berani tampil ke hadapan dengan pelbagai persembahan...cuma, mereka ini kelemahannya ialah, last minute baru bersedia, sikap bagaikan pahat dengan penukul, tidak ada kesedaran dalaman. Tetapi, keberanian untuk keluar ke hadapan khalayak tanpa rasa gugup dan takut tidak ada sama sekali. Ini perlukan kepada menambah kesedaran dan semangat mereka, peri pentingnya majlis seperti ini untuk diri mereka di masa akan datang sebagai pendakwah. Itulah yang kita harapkan dapat menyedarkan mereka akan kepentingan latihan seperti Melur ini.

Che On malam ini menjadi pengerusi yang paling tak bersedia sehingga segala benda yang hendak diucapkan masih melihat kertas, walhal, Udin, Jamal, Tok Wan, Aizat boleh mengendalikan majlis secara bersahaja tanpa melihat kertas. Ini semua bertolak daripada minat dalam diri . Sebab itu, ummi mencadangkan kita yang akan memilih siapa yang akan mempengerusikan majlis untuk Melur kali ke 21 dan seterusnya. Ini kerana kita ingin melatih mereka dengan cara yang lebih serius.

Malam ini Melur diakhiri dengan persembahan nasyid yang akan ditampilkan dalam persembahan hari ibu yang akan diadakan di rpa Ulu Kinta. Gambar akan di upload esok.

Tamu hari ini, di sponsor oleh Restoran Bunga Lawang, iaitu ayam masak ros dan dalca.

Thursday, April 28, 2011

Khamis 28/4/11

Semasa catatan ini ditulis, anak2 yang lelakinya sedang berlatih buat kali pertama persembahan yang diminta mereka berikan pada 2 Mei depan sempena satu majlis anjuran kumpulan wanita RPA Ulu Kinta menyambut hari ibu...gitulah kira2 kalau tak silap explain dari ummi yang menerima jemputan tu...Asalnya pada 8 Mei entah kenapa dipercepatkan pada 2 Mei. Anak2 ni diminta nasyidkan lagu ibu...Sementara kumpulan jururawat yang datang semalam pun minta juga persembahan nasyid khas untuk jururawat...ada ker???Rasanya tak ada lagi ler.. jadi walid nampaknya kena jadi komposer untuk menggubah lagu khas tersebut..ini pada tarikh 28Mei...

Anak2 yatim kami ni yang agak merdu suaranya ialah Aizat dan Hafiz yang lain itu boleh dikatakan sekadar ada suara jer lah...Nan dan Danial suara akil baligh reject..Rauf suara tak boleh lentok sama dengan Meon, Iwan dan Udin..Jamal suara itik nila/serati..Tokwan tak leh sebut (R) Anas telor Hakim tersipu2 yg lebih suara tak boleh angkat...cuma Amin ada suara merdu tapi belum menyerlah lagi..Si Aizat ni plak kekadang angin sikit suka merengus bila dilantik jadi ketua..Hafiz pula masih mentah tapi suaranya merdu mendayu cuma dia kuat resdung selalu bersin dan tonyoh hidung..ini satu tak cantik dan kalau dia jadi ketua ada jer yang tak beri kerjasama dibelakang..hasad dengki pun banyak jgak antara depa ni....Tiga budak baru tu pulak Hakeemi suara sengau giler Hafizan dan Hisyam rasanya ada suara yang boleh dibina....Wan pun sekarang ni azan dah cantik tak disangka2...cuma telor dan agak kegagapan bila bercakap...Baru ni ummi minta belikan kompang untuk mereka....walid kata tak usah lagi kerana khuatir nasyid tak setara mana kompang terkopak...nanti dulu sebab kompang pun kena ada guru yang boleh ajar..bukan pakai hentam dan tabuh jer...

Tamu hari ini, ialah Cik Maslina dari Taman Perpaduan yang datang untuk meminda tarikh kenduri arwah abahnya yang akan diadakan di asrama ini pada 1 Mei bersamaan dengan hari pekerja, asalnya nak buat 30 hb ini. Iftar hari ini disponsor oleh abang Kamarul iaitu ayam percik madu dan air soya.

Wednesday, April 27, 2011

Rabu 27/3/11

Baru jer balik dari Restoran Kayu Manis Rapat Setia utk mencari tomyam campur nak makan dengan bubur kanji..sebab tak ada selera makan jenuh fikirkan apa yer nak makan malam ni bagi alas perut...ummi pun tak ada idea juga nak masak apa..lalu teringat panas badan ni setengah orang minum air cap kaki tiga...ajak ummi keluar sekejap cari benda tu dan cari tomyam dengan bubur kanji....berpeluh dibuatnya yop....Alhamdulillah mudah2an cepat sembuh..sebab banyak kerja yang nak diselesaikan menjelang bulan Mei ini...

Rancangannya nak sediakan tempat penginapan kepada dua orang ustaz tahfiz yang baru dan kembar seiras yang tinggal di kem PGA Ulu Kinta menggantikan us. Fitri yang sibuk sangat2 hingga tak dapat beri tumpuan kepada 7 orang pelajar kita..Sedangkan pengajian tahfiz ini perlukan disiplin ketat dan komitmen yang tinggi...kita khuatir semangat budak2 ni yang sejak lama dah menyebut nak jadi hafiz...menjadi tawar dan hambar bila melihat keadaan yang tak menentu, luar dari apa yang mereka harap dan jangkakan... Ketiga2 ustaz ini walid temui ketika berada di San'aa Yaman tahun lepas kesemuanya lepasan Maahad Tahfiz Tualang Sekah, Malim Nawar yang belajar di Univ. Al-Iman Sana'a, Yaman..Oleh kerana Yaman sedang bergolak sekarang mereka dihantar pulang oleh kedutaan M'sia di Yaman. Kita bercadang nak pakai seorang jer sebab hanya untuk membimbing 7 orang tapi bapa mereka kata ambillah dua2 sekali sebab kembar ni tak boleh berpisah langsung...So kembali kepada rancangan asal kita tentang kelas tahfiz ni yang akan bermula sebelah petang, malam dan Subuh...Kerana dari jam 8.00am mereka mengikuti persekolahan biasa....hingga Zohor....

Kita harap 7 orang ni akan menjadi perintis kepada Sekolah Tahfiz Anak Yatim (STAY) yang bakal akan dibina di Parit Buntar nanti..Tapaknya sudah ada..

Tamu yang datang hari ini ialah sekumpulan jururawat dari Hospital Bahagia Ulu Kinta yang melawat lokasi yang akan disambut Hari Jururawat nanti....di sini...

Hisyam hari ni menjadi sebaik2 manusia atas muka bumi...tetap dikerusinya sepanjang masa dan tak banyak bercakap asyik menyiapkan kerjanya mewarna dll. Semasa walid balik tadi dia datang kekereta menghulurkan tangan bersalam...sambil tenung kemuka....bila walid ngusik dia...eh tak puasa ke Hisyam ni...terkebil2 memandang, abangnya Hakimi yang disebelahnya jawab...esok la ustaz puasa Khamis...Hari ni semua guru kata Hisyam baik sungguh hari ni. Budak cerdik ni mudah faham dan senang dibentuk...

Tuesday, April 26, 2011

26/4/11 Selasa

Apa nak diceritakan? Kepala masih terasa berat, badan pun masih rasa sejuk seram jer..tak berani nak mandi..takut menggigil dan demam berulang...dah telan 2 biji panadol sebentar tadi...Izzah pun masih batuk dan suara berubah.....cuma ummi yang agak lasak , batuk pun dah berkurangan.

Tamu hari ini, agak luar biasa tapi yang menariknya ialah keghairahan mereka untuk menyumbang kepada  anak-anak yatim, walhal mereka suami isteri adalah keturunan Tiong Hua (non muslim). Sebenarnya pengusaha air soya dan tau fu fah ini telah datang buat kali yang kedua. Kali pertama mereka datang menyumbang beras sebanyak 50 kg, kemudian mempelawa produk yang diusahakan oleh mereka. Dan mereka menegaskan bahawa air soya dan tau fu fah yang dihasilkan mereka itu berkualiti tinggi  iaitu produk mereka non- GMO. Dan masa itu kita tidaklah ghairah sangat untuk menerima pelawaan tersebut. Dan kita beranggapan sikap tidak respons akan membuatkan mereka faham apa yang kita maksudkan. Tiba- tiba, hari ini mereka berdua datang dengan lori pickup penjaja  lengkap beruniform  untuk memberikan air soya dan tau fu fah untuk minuman anak-anak ini. Yang menarik lagi mereka memohon anak-anak ini berdoa supaya perniagaan mereka lebih maju dan berkembang . Dari aspek kebersihan zahir memang nampak mereka peka dengan kebersihan dari segi kesucian walLahua'lam- dan dua tiga kali menekankan bahawa jangan bimbang tentang tahap kebersihan mereka. Di samping, menunjukkan beberapa keping gambar pemprosesan soya dan tau fu fah di kilang mereka. 

Asrama ini adalah yang ketiga mendapat sumbangan dari mereka. Kita mengucapkan terima kasih atas keprihatinan mereka menyumbang kepada asrama ini. Namun selepas mereka pulang anak-anak yatim ini berpecah kepada dua, satu berani makan satu lagi tidak. Tetapi, selepas solat Asar, semuanya di lihat minum dan menikmati tau fu fah itu, selebihnya di hantar kepada mat-mat bangla di kilang berhampiran. Tetapi mereka ini pun tak pernah makan kerana tak pernah jumpa tau fu fah mujur ada  seorang pekerja Melayu di kilang tersebut yang bila melihat tau fu fah dan air soya, dia terus meneguk air soya ini dan menyatakan  dia memang cukup minat dengan air soya dan tau fu fah. Mat bangla pun pakat berebut air soya dan terpesona dengan kelazatannya. Yang tukang hantar adalah Udin bangla....

Pada petangnya jam 5.15 pm datang sebuah kereta merah memasuki perkarangan asrama ini, membawa beberapa bunjut beg yang mengandungi pakaian terpakai yang telah dikelaskan dan dilipat dengan rapi, inilah yang kita tabik kepada penyumbang ini yang membasuh pakaian yang ingin disumbangkan kemudian dikelaskan mengikut saiz dan kesesuaian dengan anak-anak di sini...disamping baju ada dua tin besar berisi biskut....

Si Hisyam hari ini berada dalam keadaan monyok, setelah beberapa perangai mengada-ngada untuk menarik perhatian memakan dirinya sendiri. Dan kesalahan yang paling besar yang menyebabkan dia sendiri takut ialah dia telah meloncat ke atas meja marble sehingga tiang topangnya pecah berderai dan dia sendiri telah jatuh bersama. Kesalahan ini juga telah membuatkan dia monyok ditambah satu lagi kesalahan besarnya iaitu menendang kawan-kawan yang sedang solat. Bila ummi gempar dia  "nanti nak suruh ustaz rotan Hisyam" mukanya terus pucat dan tidak gelejat lagi. Dan sememangnya dia tahu walid  telah membeli rotan untuk merotan sesiapa yang nakal. Dia memang cukup takut dengan seberkas rotan yang diperlihatkan kepadanya, jadi hari ini selepas ummi bagi amaran kepadanya nak rotan kerana beberapa kesalahan, dia macam putus kepala jadinya dan hilang mengada-ngadanya. Begitulah pentingnya rotan untuk dipamerkan sebagai alat menggertak budak-budak.


Monday, April 25, 2011

Isnin 25/4/11 Cerita hari ni...

Malam tadi kita tempatkan Hisyam dan abangnya Hafizan tidur dibilik sakit kerana masih panas dan batuk dua beradik tu..ditemani oleh si Amin..Amin ni budak yang berani boleh diajak bangun malam temani mereka bila nak kencing ke apa...Hisyam sebelum masuk bilik telah pecah rahsia...cik Lilis kata Hisyam tak payah pose dan tak payah subuh....dua tiga kali di ulangnya,, cik Lilis yang kata...Lilis ni bibik kami...rupanya ini dibelakang tabir...

Jam 1.30 tghri, ada dua orang lelaki datang menemui ummi untuk bertanya khabar tentang anak-anak gadis kononnya untuk diberi latihan kemahiran oleh mereka seperti menjahit dan lain-lain kononnya......bila ummi menyatakan di sini tiada lagi anak-anak gadis sebab ada yang telah pulang, mereka agak terkejut dan meminta alamat untuk dihubungi kononnya.......inilah masalah yang kami hadapi bila berkecimpung dengan penjagaan anak-anak yatim dan terbiar ini kerana dalam ramai-ramai yang berkunjung ke sini, ada juga pihak yang ingin menangguk di air keruh. Pernah satu ketika dulu, pihak yang sama datang untuk mengambil gambar anak-anak di sini, rupanya digunakan untuk memohon derma dari orang ramai atas nama persatuan anak yatim tajaan mereka....mujur ada orang yang datang menyiasat sendiri benarkah pihak kami ada membuat kutipan tersebut dari rumah ke rumah di merata taman perumahan dan ditentukan kadar bayaran oleh mereka kononnya. Orang yang datang tersebut teperanjat bila kami mengatakan kami tidak tahu menahu tentang ada pihak yang menggunakan nama asrama ini siap dengan gambar untuk mengutip derma, kemungkinan ini adalah sindiket yang datang hari ini kerana bila kita bertanya secara bersemuka, mereka terdiam dan sejak daripada itu mereka tidak datang lagi ke sini. Sebenarnya pengalaman kami diperalatkan untuk kegiatan tidak bermoral seperti ini bukan sekali dua, malah sebagai contohnya ada orang yang menawarkan untuk meletakkan tabung derma di hyper market dan lain-lain kononnya atas nama anak yatim dan diajar supaya kita mengajukan surat rasmi kepada pihak berkenaan akan tetapi tabung-tabung itu lesap entah kemana. 

Pengalaman yang terbaru, ada orang yang berjawatan dalam persatuan penduduk yang mencadangkan supaya kami memberikannya tabung derma atas nama asrama iniuntuk diletak di sebuah restoran. Selang beberapa bulan, kami dihubungi pihak restoran untuk datang mengambil tabung yang telah penuh dan kami pun pergi mengambilnya dan bila kami meletak semula tabung itu untuk kali kedua, sekali lagi kami dihubungi pihak restoran untuk kami datang mengambilnya seperti biasa, cuma bila kami agak terlewat pergi ke restoran tersebut kami diberitahu ada orang yang nama sekian-sekian telah mengambil kononya untuk dihantar ke asrama kami...dah hampir setahun tabung tersebut ghaib entah ke mana.........dan tidak ada siapa pun yang datang menghantarnya kepada pihak kami.........begitulah ramai orang yang ingin mengambil kesempatan melalui cara mudah untuk mendapatkan wang haram.

Dari itu, dinasihatkan kepada sesiapa yang ingin menyumbang ke asrama anak-anak yatim samaada di sini atau tempat-tempat lain, sila berurusan terus dengan pihak pentadbiran berkenaan bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Dan Alhamdulillah, setakat ini kami tidak pernah menggunakan anak-anak di sini untuk meminta sedekah di luar, sama ada di bank atau di mana-mana. Walaupun, di antara yang tinggal di asrama kami ini memang ada yang berpengalaman sebelum ini dalam aktiviti sebegini. Ini kami ketahui bila ada pihak yang ingin membantu kami telah mencadangkan mencetak kalendar atas nama asrama ini untuk di jual bagi membantu dana asrama kami. Ada anak-anak di sini yang meminta izin daripada ummi untuk membenarkan mereka menjual kalendar tersebut dari rumah ke rumah, kerana kata mereka "kami pernah buat kerja ini dan ada cara yang diajar bagaimana untuk menarik simpati orang membeli dan menderma" kerana mereka pernah dapat duit hasil jualan kalendar semasa mereka menghuni asrama anak-anak yatim sebelum asrama Dar'us-Salam ini. Begitulah cerita penyamun tarbus (sindiket) yang menggunakan anak yatim untuk menarik simpati.

Tamu hari ini selain dari dua orang yang disebut di atas adalah, Tn. Hj. Zainal, imam masjid Tambun yang datang untuk menyatakan hasrat menghantar sarapan pagi dan mencari tarikh sesuai yang akan diberitahu kelak.

Iftar hari ini tidak ada pihak luar sponsor. Anda ingin sponsor???? Untuk iftar Isnin dan Khamis, sila hubungi kami...................

Sunday, April 24, 2011

Ahad 24/4/11

Hari ni di adakan gotong royong membersihkan kawasan asrama dan menyusun semula kayu terpakai ditempatnya. Ini semua dilakukan oleh pelajar2 yang berprogram di sini dibantu oleh warga yatim kita.



Photobucket
pelajar SIS bergambar sebelum pulang

Photobucket


Photobucket
hujan lebat mencurah-curah

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket
itik dan angsa mandi-manda

Photobucket
Photobucket
angin ribut.....
Photobucket
dua beradik yang dah pandai baca tahiyyat

Sebaik hujan reda datang satu keluarga dari Seri Manjung untuk menyempurnakan hajat mereka yang baru mendapat cahaya mata selepas membuat aqiqah anak mereka..sumbangan berbentuk wang dari mereka dan juga dari ibu mereka untuk membeli keperluan kepada anak2 yatim di sini....

Saturday, April 23, 2011

Sabtu 23/4/2011 - Arnab comel mati

Arnab comel kami yang  telah hilang 2 hari lalu telah ditemui mati tanpa kepala oleh Udin di dalam paya.Patutlah dalam sehari dua ini tak nampak kelibat arnab tu. Dan sebelum ini seekor arnab besar telah megalami cirit birit yang kemudiaanya didapati mati di waktu pagi oleh Jamal dan si Hisyam amat sedih dengan kematian itu, dan berulang kali mereport kt walid "abang Jamal tanam arnab, arnab mati". 

Program pelajar yang mengadakan aktiviti di sini masuk hari kedua dan esok adalah hari bergotong royong untuk membersihkan kawasan sekitar asrama ini. Program mereka akan berakhir selepas solat zohor katanya.Program pelajar sebegini diharap dapat memberi kesedaran kepada warga asrama ini terutama yang lelaki kerana yang datang ini pun ada yang sebaya dengan anak-anak di sini. Biar mereka perhatikan bagaimana orang lain boleh mengendalikan majlis mereka sendiri dengan licin dan teratur.Dan tidak banyak membuang masa dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Inilah yang cuba kita bina mereka menerusi program MELUR untuk mendedahkan bakat diri mereka.

Hari ini ummi,walid dan Izzah,ketiga-tiga tidak bermaya. Walid yang baru nak pulih demam, bp pulak naik sampai 104,ummi pulak pening kepala dari pagi sampai malam begitu jugak kak Izzah tumbang hari ini demam dan hilang selera makan. Mudah-mudahan Allah sembuhkan kami secepat mungkin.Amin.

Friday, April 22, 2011

Jumaat 22/4/2011 - Cerita Hari Ini

Persekolahan hari ini berjalan lancar mengikut jadual. Tiada sebarang masalah, kalau ada pun si Hisyam dan si Haruan yang masing-masing batuk dan demam. Hisyam hari ini demam dan dibawa ke klinik, suhu badannya panas dan doktor beri ubat untuk turunkan kepanasan melalui dubur dan beberapa jenis vitamin. Batuknya menjadi-jadi ketika dalam perjalanan ke  klinik tadi. sekarang ni ummi tempatkan dia di dalam bilik sakit untuk berehat.

Waktu rehat hari ini, anak-anak ini disajikan dengan nasi putih kurma ayam dan sambal belacan sumbangan hamba Allah yang tidak dikenali menerusi mak cik Yong tauke nasi lemak di tambun ini.

Tamu yang datang hari ini jam 10.15 a.m, ialah Pn. Munah dan suami dari Taman Rimba ,Tambun.Penyumbang tetap yang memilih hari Jumaat untuk menyumbang sumbangan mereka berupa beras dan wang.

Pukul 12 p.m, Walid dan Ummi pergi ke Restoran Bunga Lawang untuk mengambil lauk pauk sumbangan tetap secara mingguan dari pemilik restoran, En. Halim dan Pn. Haliza. menu hari ini sayur lemak kubis dan ayam masak merah serta buah tembikai/semangka.

Semalam pun kita menerima sumbangan nasi tomato dari Restoran Ros Ikan Bakar di Taman Tanjung Perdana. Alhamdulillah rezeki anak yatim melimpah ruah sampai si tiga beradik yang baru masuk tu, bila ditanya nak balik ke tidak, masing-masing menggeleng....

Selepas solat Jumaat, walid menghantar tujuh orang budak hitam pergi ke sekolah agama rakyat. Malam ini ada majlis melur yang ke-19, tapi tidak dapat diadakan di dewan kerana dewan telah digunakan oleh pelajar-pelajar dari Sek. Izzuddin Shah yang ada program di dini.




Photobucket
halimah bercerita
Photobucket
iwan bersajak....
Photobucket
udin bercerita penuh bergaya.....
Photobucket
hafiz bersajak ibu....
Photobucket

Photobucket
danial nak cabar rauf gak

Photobucket

Photobucket
rauf bakal hafiz kami


Photobucket
kurang respons

Photobucket
aizat membaca Quran sebagai pembuka majlis



Photobucket
amin sebagai pengerusi.....



Photobucket
hakim pun bercerita gak....
Photobucket
hakimi tunjuk kebolehannya membaca dalam 3 minggu di sini....

Photobucket

Photobucket
suasana di permulaan majlis





Thursday, April 21, 2011

Gambar2 lawatan opkim (bahagian 2)

Photobucket
dari dlm bas

Photobucket
dari dlm bas

Photobucket


Photobucket

Photobucket
mr roy di apit 2 pnsihat

Photobucket

Photobucket
b'gmbr ramai

Photobucket


Photobucket


Photobucket

Photobucket
mini library
Photobucket
rasmilah sudah

Photobucket

Photobucket
eii usyuk..

Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket

Photobucket
salam jemaah

Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket

Photobucket
salam jemaah adik2 p'puan

Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket

Photobucket
pakat peluk sedih dan hiba
Photobucket
doa akhir majlis
Photobucket
mr roy khusuk mengaminkan doa

Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket

Photobucket
dlm library slps prsmian

Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket

Photobucket
sumbangan tergubah indah




Photobucket


Photobucket


Photobucket

Photobucket
baru jer gunting riben
Photobucket
perasmian..

Photobucket


Photobucket


Photobucket

Photobucket
cantik kan
Photobucket
majlis penyampaian sumbangan


Photobucket


Photobucket

Photobucket
ummi pun dapat...

Photobucket


Photobucket


Photobucket

Photobucket
anak2 menerima sumbangan...

Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket

Photobucket
giliran bbudak lelaki plak..

Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket

Photobucket
ucapan majlis penutup...

Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket

Photobucket
kesian jurukamera yg sorang ni...




Photobucket


Photobucket

Photobucket
keletihan nih....

Photobucket

Photobucket
angah n mr roy

Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


* gambar-gambar ini susunannya descending...