Persekolahan hari ini berjalan lancar mengikut jadual. Tiada sebarang masalah, kalau ada pun si Hisyam dan si Haruan yang masing-masing batuk dan demam. Hisyam hari ini demam dan dibawa ke klinik, suhu badannya panas dan doktor beri ubat untuk turunkan kepanasan melalui dubur dan beberapa jenis vitamin. Batuknya menjadi-jadi ketika dalam perjalanan ke klinik tadi. sekarang ni ummi tempatkan dia di dalam bilik sakit untuk berehat.
Waktu rehat hari ini, anak-anak ini disajikan dengan nasi putih kurma ayam dan sambal belacan sumbangan hamba Allah yang tidak dikenali menerusi mak cik Yong tauke nasi lemak di tambun ini.
Tamu yang datang hari ini jam 10.15 a.m, ialah Pn. Munah dan suami dari Taman Rimba ,Tambun.Penyumbang tetap yang memilih hari Jumaat untuk menyumbang sumbangan mereka berupa beras dan wang.
Pukul 12 p.m, Walid dan Ummi pergi ke Restoran Bunga Lawang untuk mengambil lauk pauk sumbangan tetap secara mingguan dari pemilik restoran, En. Halim dan Pn. Haliza. menu hari ini sayur lemak kubis dan ayam masak merah serta buah tembikai/semangka.
Semalam pun kita menerima sumbangan nasi tomato dari Restoran Ros Ikan Bakar di Taman Tanjung Perdana. Alhamdulillah rezeki anak yatim melimpah ruah sampai si tiga beradik yang baru masuk tu, bila ditanya nak balik ke tidak, masing-masing menggeleng....
Selepas solat Jumaat, walid menghantar tujuh orang budak hitam pergi ke sekolah agama rakyat. Malam ini ada majlis melur yang ke-19, tapi tidak dapat diadakan di dewan kerana dewan telah digunakan oleh pelajar-pelajar dari Sek. Izzuddin Shah yang ada program di dini.
|
halimah bercerita |
|
iwan bersajak.... |
|
udin bercerita penuh bergaya..... |
|
hafiz bersajak ibu.... |
|
danial nak cabar rauf gak |
|
rauf bakal hafiz kami |
|
kurang respons |
|
aizat membaca Quran sebagai pembuka majlis |
|
amin sebagai pengerusi..... |
|
hakim pun bercerita gak.... |
|
hakimi tunjuk kebolehannya membaca dalam 3 minggu di sini.... |
|
suasana di permulaan majlis |
No comments:
Post a Comment