Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Saturday, April 30, 2011

Sabtu 30/4/11 Keliru lagi....

Setakat ini 1;58pm tamu yang datang ada dua orang pertamanya ialah Pn Zuraida Hanum penyumbang tetap bulanan yang datang jam 11:00am untuk menyumbang wang..dan yang kedua adalah dua beranak seorang ibu dan anak dari Rumah Murah Tambun yang berhajat untuk menghantar makanan pada petang hari Isnin ni...
Apa yang kelirunyer? Ummi terkeliru dengan perubahan tarikh sambutan hari ibu di RPA Ulu Kinta lalu bersetuju terus bila dikatakan hari Isnin 2/Mei tu cuti...kami nak tukar ke tarikh tu boleh? Ummi jawab kalau cuti tak pa ler ok jer....tak perasan yang bebudak ni puasa hari tu....terlajak perahu kata orang boleh kayuh patah balik terlajak cakap....kantoi...dah le baru teringat pagi ni bila orang dua beranak ni nak hantar makanan hari Isnin...
Malam ni ada sumbangan chicken chop dari En Saiful dari Gugusan Manjoi nun...
Sebenarnya walid baru turun dari atas menyudahkan pasang dinding plywood untuk bilik penempatan pelajar2 tahfiz dan kedua2 ustaz mereka nanti...
Tepat jam 8:00pm datanglah isteri En. Saiful   membawa  chicken chop untuk santapan anak2 yatim dan warga asrama ini...kata ummi isterinya berbisik tadi minta anak2 yatim ni doakan mereka agar murah rezeki..kesihatan suaminya semakin baik setelah beberapa kali diganggu ilmu hitam oleh orang2 yang mencemburui perniagaan chicken chop yang maju....Alhamdulillah dengan kesihatan sebegini walaupun badannya agak susut, perniagaan mereka berjalan lancar..kata isterinya..rupanya dunia perniagaan makanan ini agak mencabar juga..baru ni tuan punya sebuah restoran datang mengadu kepada walid dan minta walid datang ke restoran mereka untuk "menengok" kenapa pelanggan mereka ramai yang dah lari ke restoran lain dan ramai yang tefon mereka kenapa tak buka kedai..?? Kami sebenarnya buka tapi orang yang datang tak nampak kedai...so mereka singgah kekedai lain rungutnya....Walid tegaskan kat dia walid bukan bomoh...Setakat nak tolong berdoa, sembahyang hajat bolehlah tolong lakukan...menengok2 ni perkara ghaib..Allah yang tahu...kita makhluk tak tahu...dia kata ada orang datang beritahu dia suruh datang tempat anak yatim ada ustaz gemuk janggut merah, minta tolong ustaz tu...Setakat ni walid kata pada dia tak pernah keluar berbomoh dikedai2 macam tu...

Ni baru habis tengok raptai nasyid Hari Ibu tu..bolehlah...melepaskan hajat orang..sedap jugalah persembahan tu..tak pakai microfon pun....

No comments:

Post a Comment