Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Saturday, April 16, 2011

Sabtu 16/4/11

Hari ini Sabtu mesin basuh sejak dari pagi sampai ke malam tak henti2 digunakan oleh budak2 lelaki dan perempuan..Semalam hujan dan begitu juga tengahari ini membawa kepetang, yang budak2 perempuan ni asal hujan jer pakat carilah baju sejuk macam turun salji lagaknya...boleh dikatakan semua macam tu..mana tak berlonggok pakaian depa...budak2 lelaki pun ada juga tapi tak semua...yang si Hasyim (Hisyam) pun pakai juga baju sejuk saper pun tak tau..Ketiga2 budak baru ni ditukar sementara nama asal depa sampai depa boleh eja nama sendiri baru guna nama sebenar...Yang seronoknya si kecil ni lah bila dipanggil Hasyim..eh nama kita Hisyam..mana ada nama Hasyim la ustaz..Hakim ade lah merujuk kepada si Hakim...Ok Hisyam tau tak eja nama Hisyam? Tak tau...kalau tak tau ustaz nak panggil Hasyim ..tak boleh eja nama Hisyam kita panggil Hasyim dulu sampai boleh tulis nama Hisyam baru panggil Hisyam ok? Kepala dia ni saiz besar..dongga..ummi bagi kopiah saiz kecik jenuh tekan nak bagi masuk...tak boleh...so petang ni carikan kopiah yang betul saiznya..walid pun ambik kopiah baru tu nak tanda supaya tak bercampur dengan orang lain..Yang semalam tu ummi dah tuliskan nama dia dibahagian dalam,,jadi oleh kerana kopiah tu kecil kita bagi saja kepada abang dia Hafizan yang memang muat sedang molek.. Walid ambil kopiah baru dia tu nak tulis nama HISYAM...apa dia komen?? Kenapa tak tulis nama Hashim dulu..sampai boleh eja Hisyam!!! Petah betoiii budak ni..Ummi jadi terhibur dengan dia ni...

Jam 3:00 pm Pak Chak dan mak chak datang bawakan air zam2, kurma dan jubah kat kami. Depa baru balik umrah dan kami tak sempat pergi ziarah pun hanya pergi masa nak berangkat hari tu...masa tu memang kami nak keluar untuk masukkan duit kat anak bongsu yang dah habis langsung sejak dua hari hanya makan roti gitu2 kemudian minta sikit kat angah..jadi walid keluar kejap ke Giant dalam 5 minit jer..kemudian beli dua tiga jenis kueh untuk tamu...bukan apa karipaf, seri muka dan ketayap..Si Hashim ni masa tu lekak kat situ..kemudian perkenalkan dia kat pak cak yang kaki mengusik gak...nampak kecik gitu tapi boleh habis karipaf dan pulut seri muka..itu baru sudah makan nasi..

Lepas Asar ada 3 orang pelajar Sek Izzuddin datang meninjau tempat kerana depa nak buat program pelajar
di sini...dibawah  Us Faisol..katanya sekitar 50 orang yang akan datang...minggu depan.

Jam 7:25pm datang pula suami isteri dari Balai Polis Tambun memang anggota polis berasal dari Sarawak, datang menyumbang barangan kering dan kegunaan harian...

Lepas solat Maghrib ada lagi tamu datang iaitu En. Azahari dari Tm. Desa Tambun membawa pulut kuning dan kari ayam...kemudian bertanyakan kekosongan tarikh untuk beliau menjemput anak2 ni awal Mei nanti ke rumahnya kerana nak buat jamuan sikit katanya...

No comments:

Post a Comment