Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Monday, April 4, 2011

Isnin 4/4/11

Jam menunjukkan 5:11pm, kami baru pulang dari membeli sayuran dari pasar malam kerana hari ini puasa Isnin. Waktu catatan ini ditulis hujang turung begitu lebat kalu bansa kuar jalang dak paka payung habih kuyup...demang...

Jam 10:00am ada cina datang memasang palung air pada bumbung dewan dan siap jam 1:30pm..

Tamu yang datang hari ni Tn Hj Rahmat dan isteri  pada jam 6.45pm minta sembahyang hajat mohon kepada Allah agar anak lelakinya berjaya dalam temuduga...

Emak abang Kamarul datang dari KL jam 6:15pm dengan adik perempuannya yang terlibat dalam kemalangan baru2 ni dan dengan baby yang dilahirkan selepas kejadian tersebut.......bersambung nanti sebab ada kuliah Maghrib di K.Kangsar..

Sekarang jam 10:55pm... baru jer sampai dari K.Kangsar bersama ummi dan sempat meninjau kerja pemasangan palung air tu..Semasa kami sampai di gate tadi hanya Nan sorang yang tidur di atas wakaf dan dia yang bangun membuka gate..yang lain2 tak nampak batang hidung pun..mungkin dah tidur kut..

Tamu yang terakhir datang yang baru saja pulang sebentar tadi ialah seorang anak muda yang memperkenalkan dirinya bernama Hasrul dari Bercham, katanya dia berhasrat untuk buat makan2 untuk anak-anak yatim tapi tak tertunai hajat tu sebab mungkin tak tahu lokasi  dan malam ni baru dia jumpa jalannya...jadi dia singgah untuk menyumbang kepada asrama ini dan terus nak ke KL. Ditanya dia kerja kat mana...katanya dia kerja sendiri dalam bidang  motivasi dan yang berkaitan dengannya...


No comments:

Post a Comment