Melur ke 15 telah diadakan malam tadi dipengerusikan Hakim, majlis diteruskan juga di anjung makan disebabkan dewan digunakan untuk program lain. Latihan public speaking seperti ini perlu sentiasa diteruskan supaya anak2 ni dalam keadaan bersedia sentiasa untuk menyampaikan persembahan mereka dan agar mereka berani tampil dalam keadaan tiada kekok dan canggung. Ini dapat kita lihat sendiri bila tujuh orang budak2 ni kita hantar belajar ke sekolah KAFA sebelah petang mereka dipilih untuk mengetuai kumpulan nasyid lelaki dan perempuan, sebagai contoh Si Hafiz diamanahkan memimpin kumpulan nasyid dibantu Si Hakim dalam pertandingan minggu depan sementara Si Atirah yang amat tidak menonjol dalam Melur dipilih mengetuai kumpulan nasyid perempuan dibantu oleh Halimah yang memang ada suara..
Pagi ni antara tetamu yang datang ialah suami isteri En. A. Rahim Shaffiee dan Pn Solleha dari Ulu Kinta yang bekerja d Jab Mineral Ipoh untuk menyampaikan sumbangan derma dari kawan mereka dan dari mereka sendiri..Mereka juga antara penyumbang tetap kepada asrama ini...dan pernah sponsor baju raya kepada anak2 disini tahun lepas..
Jam 7.30pm tiba2 datang sebuah lori untuk memunggah barang katanya...barang apa? Kemudian keluar En. Kumaran..rupanya dari Cosmopoint Ipoh yang sebelum ini wakilnya datang untuk menawarkan beberapa peralatan pejabat keasrama ini..30 kerusi bankuet, meja komputer dan beberapa peralatan lain...
Selepas solat Isya' satu gotong royong diadakan diketuai Danial untuk menempatkan semua peralatan ini kedalam setor....
No comments:
Post a Comment