Malam tadi kita tempatkan Hisyam dan abangnya Hafizan tidur dibilik sakit kerana masih panas dan batuk dua beradik tu..ditemani oleh si Amin..Amin ni budak yang berani boleh diajak bangun malam temani mereka bila nak kencing ke apa...Hisyam sebelum masuk bilik telah pecah rahsia...cik Lilis kata Hisyam tak payah pose dan tak payah subuh....dua tiga kali di ulangnya,, cik Lilis yang kata...Lilis ni bibik kami...rupanya ini dibelakang tabir...
Jam 1.30 tghri, ada dua orang lelaki datang menemui ummi untuk bertanya khabar tentang anak-anak gadis kononnya untuk diberi latihan kemahiran oleh mereka seperti menjahit dan lain-lain kononnya......bila ummi menyatakan di sini tiada lagi anak-anak gadis sebab ada yang telah pulang, mereka agak terkejut dan meminta alamat untuk dihubungi kononnya.......inilah masalah yang kami hadapi bila berkecimpung dengan penjagaan anak-anak yatim dan terbiar ini kerana dalam ramai-ramai yang berkunjung ke sini, ada juga pihak yang ingin menangguk di air keruh. Pernah satu ketika dulu, pihak yang sama datang untuk mengambil gambar anak-anak di sini, rupanya digunakan untuk memohon derma dari orang ramai atas nama persatuan anak yatim tajaan mereka....mujur ada orang yang datang menyiasat sendiri benarkah pihak kami ada membuat kutipan tersebut dari rumah ke rumah di merata taman perumahan dan ditentukan kadar bayaran oleh mereka kononnya. Orang yang datang tersebut teperanjat bila kami mengatakan kami tidak tahu menahu tentang ada pihak yang menggunakan nama asrama ini siap dengan gambar untuk mengutip derma, kemungkinan ini adalah sindiket yang datang hari ini kerana bila kita bertanya secara bersemuka, mereka terdiam dan sejak daripada itu mereka tidak datang lagi ke sini. Sebenarnya pengalaman kami diperalatkan untuk kegiatan tidak bermoral seperti ini bukan sekali dua, malah sebagai contohnya ada orang yang menawarkan untuk meletakkan tabung derma di hyper market dan lain-lain kononnya atas nama anak yatim dan diajar supaya kita mengajukan surat rasmi kepada pihak berkenaan akan tetapi tabung-tabung itu lesap entah kemana.
Pengalaman yang terbaru, ada orang yang berjawatan dalam persatuan penduduk yang mencadangkan supaya kami memberikannya tabung derma atas nama asrama iniuntuk diletak di sebuah restoran. Selang beberapa bulan, kami dihubungi pihak restoran untuk datang mengambil tabung yang telah penuh dan kami pun pergi mengambilnya dan bila kami meletak semula tabung itu untuk kali kedua, sekali lagi kami dihubungi pihak restoran untuk kami datang mengambilnya seperti biasa, cuma bila kami agak terlewat pergi ke restoran tersebut kami diberitahu ada orang yang nama sekian-sekian telah mengambil kononya untuk dihantar ke asrama kami...dah hampir setahun tabung tersebut ghaib entah ke mana.........dan tidak ada siapa pun yang datang menghantarnya kepada pihak kami.........begitulah ramai orang yang ingin mengambil kesempatan melalui cara mudah untuk mendapatkan wang haram.
Dari itu, dinasihatkan kepada sesiapa yang ingin menyumbang ke asrama anak-anak yatim samaada di sini atau tempat-tempat lain, sila berurusan terus dengan pihak pentadbiran berkenaan bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Dan Alhamdulillah, setakat ini kami tidak pernah menggunakan anak-anak di sini untuk meminta sedekah di luar, sama ada di bank atau di mana-mana. Walaupun, di antara yang tinggal di asrama kami ini memang ada yang berpengalaman sebelum ini dalam aktiviti sebegini. Ini kami ketahui bila ada pihak yang ingin membantu kami telah mencadangkan mencetak kalendar atas nama asrama ini untuk di jual bagi membantu dana asrama kami. Ada anak-anak di sini yang meminta izin daripada ummi untuk membenarkan mereka menjual kalendar tersebut dari rumah ke rumah, kerana kata mereka "kami pernah buat kerja ini dan ada cara yang diajar bagaimana untuk menarik simpati orang membeli dan menderma" kerana mereka pernah dapat duit hasil jualan kalendar semasa mereka menghuni asrama anak-anak yatim sebelum asrama Dar'us-Salam ini. Begitulah cerita penyamun tarbus (sindiket) yang menggunakan anak yatim untuk menarik simpati.
Tamu hari ini selain dari dua orang yang disebut di atas adalah, Tn. Hj. Zainal, imam masjid Tambun yang datang untuk menyatakan hasrat menghantar sarapan pagi dan mencari tarikh sesuai yang akan diberitahu kelak.
Iftar hari ini tidak ada pihak luar sponsor. Anda ingin sponsor???? Untuk iftar Isnin dan Khamis, sila hubungi kami...................
No comments:
Post a Comment