Persekolahan berjalan macam biasa...cuma Si Hafiz kurang sihat, muntah2 dan pening hingga ummi benarkan dia rehat dan tidur di atas wakat sessi pagi tadi, tapi dia kesekolah agama KAFA pada petangnya..balik dari sekolah petang ni pun asyik tidur saja kata ummi...
Ada tamu dari Hospital Bahagia Ulu Kinta seorang sister yang datang menyatakan hasrat untuk mengadakan sambutan Hari Jururawat di asrama ini dan beliau dah minta tarikh pada bulan Mei untuk majlis tersebut...katanya untuk memeriahkan lagi sambutan tersebut beliau bercadang untuk import anak2 yatim dari rumah2 lain...
Pada jam 4:00 datang pula En Anuar dari Ulu Kinta juga menyampai wang sumbangan ibu mentua beliau yang berhajat untuk buat jamuan kepada anak2 di sini...Tamu ini sudah pernah datang kesini sebelum ini bersama Cikgu Mat Zin katanya...
Pada jam 6:45 datang pula pengurus Pusat Dobi D'Suci dalam keadaan agak tergesa2 kerana ada hal lain. Tujuan kedatangannya pun adalah untuk menyumbang wang ke asrama ini...Syukur Alhamdulillah...
No comments:
Post a Comment