Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Wednesday, April 27, 2011

Rabu 27/3/11

Baru jer balik dari Restoran Kayu Manis Rapat Setia utk mencari tomyam campur nak makan dengan bubur kanji..sebab tak ada selera makan jenuh fikirkan apa yer nak makan malam ni bagi alas perut...ummi pun tak ada idea juga nak masak apa..lalu teringat panas badan ni setengah orang minum air cap kaki tiga...ajak ummi keluar sekejap cari benda tu dan cari tomyam dengan bubur kanji....berpeluh dibuatnya yop....Alhamdulillah mudah2an cepat sembuh..sebab banyak kerja yang nak diselesaikan menjelang bulan Mei ini...

Rancangannya nak sediakan tempat penginapan kepada dua orang ustaz tahfiz yang baru dan kembar seiras yang tinggal di kem PGA Ulu Kinta menggantikan us. Fitri yang sibuk sangat2 hingga tak dapat beri tumpuan kepada 7 orang pelajar kita..Sedangkan pengajian tahfiz ini perlukan disiplin ketat dan komitmen yang tinggi...kita khuatir semangat budak2 ni yang sejak lama dah menyebut nak jadi hafiz...menjadi tawar dan hambar bila melihat keadaan yang tak menentu, luar dari apa yang mereka harap dan jangkakan... Ketiga2 ustaz ini walid temui ketika berada di San'aa Yaman tahun lepas kesemuanya lepasan Maahad Tahfiz Tualang Sekah, Malim Nawar yang belajar di Univ. Al-Iman Sana'a, Yaman..Oleh kerana Yaman sedang bergolak sekarang mereka dihantar pulang oleh kedutaan M'sia di Yaman. Kita bercadang nak pakai seorang jer sebab hanya untuk membimbing 7 orang tapi bapa mereka kata ambillah dua2 sekali sebab kembar ni tak boleh berpisah langsung...So kembali kepada rancangan asal kita tentang kelas tahfiz ni yang akan bermula sebelah petang, malam dan Subuh...Kerana dari jam 8.00am mereka mengikuti persekolahan biasa....hingga Zohor....

Kita harap 7 orang ni akan menjadi perintis kepada Sekolah Tahfiz Anak Yatim (STAY) yang bakal akan dibina di Parit Buntar nanti..Tapaknya sudah ada..

Tamu yang datang hari ini ialah sekumpulan jururawat dari Hospital Bahagia Ulu Kinta yang melawat lokasi yang akan disambut Hari Jururawat nanti....di sini...

Hisyam hari ni menjadi sebaik2 manusia atas muka bumi...tetap dikerusinya sepanjang masa dan tak banyak bercakap asyik menyiapkan kerjanya mewarna dll. Semasa walid balik tadi dia datang kekereta menghulurkan tangan bersalam...sambil tenung kemuka....bila walid ngusik dia...eh tak puasa ke Hisyam ni...terkebil2 memandang, abangnya Hakimi yang disebelahnya jawab...esok la ustaz puasa Khamis...Hari ni semua guru kata Hisyam baik sungguh hari ni. Budak cerdik ni mudah faham dan senang dibentuk...

No comments:

Post a Comment