Selepas solat Maghrib malam ni kita melancarkan kelas Tahfiz yang akan dikendalikan oleh Us. Fitri Abdul Ghafar Al-Yamani. Sepatutnya kelas ni bermula semalam tetapi ada hal yang tidak dapat dielakkan olehnya jadi kita mulakan malam ni dalam satu sessi pendedahan kepada 7 orang anak2 kita yang dah khatam al-Quran beberapa kali dan yang berminat untuk menjadi hafiz...Mereka bertujuh ini ialah Rauf, Aizat, Danial, Che On, Iwan, Hakim dan Hafiz..
Tamu hari ini menurut ummi dari Jabatan Bomba dan Akademi Bomba Ipoh seramai tiga orang diketuai oleh Tn. Saroni yang datang meninjau kawasan untuk mengadakan gotong royong melibatkan para pelatih baru..dalam masa terdekat ini. Operasi mereka biasanya pada pagi Jumaat dan dalam kawasan setempat tapi kali ini cuba dibawa keluar dan memilih asrama ini..Alhamdulillah...
Menurut Tn. Saroni beliau pernah datang ke sini sebelum ini di bulan Ramadhan dan tahu serba sedikit tentang perkembangan asrama dan anak2 yang menginap di sini.. Kita memang memerlukan khidmat dan bantuan bomba untuk mengatasi masalah pokok balak kekabu yang membahayakan keselamatan anak2 ini terutamanya ketika ribut kerana dahannya memang menghala betul2 ke atas bumbung dewan. Sebenarnya pokok ini ada dua batang hampir berkembar berada ditanah jiran sebelah (seorang opah) dan kita memang minta tebang sejak sebelum pembinaan dewan lagi tapi tuan tanahnya enggan membenarkan, alasan ketika itu ialah kekabu tu sumber pendapatannya..cuma bila kita bangunkan asrama dan dewan dan mungkin dia sedar bahaya dan risiko yang akan ditanggung kalau berlaku apa2 -wal 'iazubillah- dan setelah tahu kosnya terlalu tinggi barulah meminta kita selesaikan masalah pokok itu. Dan dengan bantuan pasukan Komando 69 sebatang dah ditebang, namun kemudiannya dek kesibukan mereka pun tak dapat datang meneruskan operasi. Kita akan cuba meminta pandangan pihak bomba nanti....
No comments:
Post a Comment