Hari ini anak2 disini berpuasa dan belajar seperti biasa. Tapi sekolah walid cuti hari ni dan esok yang merupakan hari keputeraan sultan Perak...cadangnya nak ke Hospital K.Kangsar untuk check darah dengan ummi.
Baru balik dari beli buah mempelam untuk berbuka nanti..dan nasib baik belum bertolak lagi ke K.Kangsar sebab bila teringat nak telefon dulu kawan di bahagian patology sebelum keluar tadi, dia kata dia dapat mc sebab kena gout dan tak leh jalan....katanya datang hari Sabtu nanti...
Bila sampai di asrama dapat lapuran yang ayah Sarah dan Hafiz datang tadi nak hantar adiknya pula tinggal di asrama ni...mujur teacher ada dan beritahu dia pihak pentadbiran keluar dan dia tak boleh buat keputusan....bila kami panggil Sarah untuk tahu kedudukan sebenar tujuan kedatangan ayahnya tu, rupanya dia baru habis nangis dengan mata merah..bila ditanya..katanya ini rahsia dan ayahnya tak bagi cerita...banyak punya cantik..
Dalam dok geram dengan sikap Sarah ni datang En. Aziz dari kilang Carsem jam 12:45pm untuk menghantar bihun satu tray kerana di kilang ada program hari kesihatan tapi makanan banyak yang tak terusik langsung....
Hampir jam 1:00pm ada satu keluarga datang dari Bercham membawa sekotak buah epal dan sumbangan wang..ini kali pertama mereka datang ke sini...
Jam 2:30pm datanglah si ayah Sarah tu bawa sekali emaknya (nenek Sarah) meluahkan perasaannya, masalahnya, kesulitannya bila isteri barunya melarikan diri malam hari entah ke mana sampai sekarang tak balik2 so nak letak anak lelakinya lagi sorang kat sini untuk kita bela...kita tak dapat tunaikan permintaan ini kerana prinsip kita untuk anak yatim dan yang terbiar....
Perkembangan terkini
Hashim telah dapat menebus kembali namanya apabila dapat mengeja namanya Hes Ai Es Wai Ei Em Hisyam...Hakeemy pun dah dapat eja cuma yang tengah masih nama Haruan..Dan yang lebih menarik lagi Hisyam hari ini berjaya berpuasa penuh satu hari macam orang lain...Hebat budak ni..
macam - macam cerita ..........memang meriah
ReplyDelete