Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Sunday, August 7, 2011

7/8/11

Ramadhan...sepuluh hari pertamamu menjanjikan rahmah dan kerahmatan, kini tinggal hanya tiga hari sahaja lagi untuk fasa pertamanya dan dua puluh dua yang berbaki ini adalah untuk maghfirah atau keampunan Ilahi dan seterusnya yang sepuluh terakhirnya menjanjikan kemerdekaan dan kelepasan dari Naar...dari neraka....Inilah kelebihan Ramadhan yang penuh dengan tawaran luar biasa yang ekstravaganza...hanya beberapa hari sahaja...selepas itu kembali kepada biasa...Bukankah manusia akan berebut2 membeli bila ada tawaran..berduyun2 datang entah dari mana2...kerana tarikan jualan murah, potongan yang gila2 PIKOM sebagai contohnya...esok nak datang lagi dan lusa nak datang lagi dan hari akhir lagi nak datang lagi..Ramadhan adalah lebih dari segala2nya itu....Syurga ganjarannya...Lailatul Qadr ganjarannya...terlepas dari neraka dan dari senarai nama penghuni neraka..hanya bermodalkan puasa dan melipatkan gandakan amalan soleh pada siang dan malamnya...

Tatamu yang berkunjung pada hari ini pertama sekali pada jam 8:30am, Tn. Hj. Danial katering dan isteri Hjh Badariah yang sepatutnya masak pada 10hb ni datang memberitahu dia tak dapat masak pada tarikh itu kerana tak cukup kakitangan maka diminta kami yang uruskan hal itu dan beliau membawa wang dan beras untuk itu....

Disusuli pasangan suami isteri selepas itu dari Sunway yang sampai ke sini  11:00am bertujuan untuk menyumbang beras juga..kemudian datang masa yang sama suami isteri secara tergesa2 untuk menyampaikan sejadah solat dan juga beras, kemudian terus beredar..

Jam 12:00 datang pula orang TNB mungkin seorang engineer kerana katanya dia kawan Sulaiman Shah engineer kenalan kami yang berpindah ke KL...juga datang untuk menghantar beras.........Kemudian datang Pn. Ida katering yang sponsor berbuka semalam untuk mengambil peralatannya....

Jam 3:45pm hujan rahmat turun selebat2nya hingga berlaku blackout...dalam pada itupun ada tamu datang meredah hujan untuk menyampaikan sumbangan wang dari Bt 8 Hulu Kinta dan nak balik ke Klang katanya...

Jam 5:10pm datang sepupu ummi Md Yusof, isteri dan anak dara mereka untuk menyampaikan infaq wajib isterinya yang rupanya dah bersara dari BSN..bersara pilihan...selepas itu datang pula suami isteri En. Solikhin dan Pn. Rohana untuk menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak2 ni..Suaminya bekerja di bahagian farmasi Ipoh Specialist Hospital Ipoh...

Jam 6:30pm datang Pn. Zue dan En. Mat pengusaha Zue Ayam Bing Ent. dan keluarga mereka untuk berbuka di sini..hampir 30 orang dari pihak Zue yang hadir berbuka malam ni sebagai family gathering mereka setiap tahun..Menu  berbukanya dua jenis nasi, nasi puteh dan nasi minyak dengan tiga empat jenis lauk dan yang pastinya kuih muih nya banyak berjenis2..walid berbuka dengan kurma, mi goreng dan kuih2 jer...



Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket
kuih ketayap feveret hisyam n walid

Photobucket
kuih lompang
Photobucket
agar-agar oreo
Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket



No comments:

Post a Comment