Berbuka hari yang ketiga petang ni disertai para pelajar dari SMK Gunung Rapat yang datang seramai 16 orang pelajar untuk mengadakan program dalaman dengan anak2 yatim ni dan terus berbuka dan solat Maghrib di sini. Sementara yang sponsor untuk anak2 yatim pula adalah mak cak dan pak cak. Jadi lauk mak cak digabungkan bersama hidangan yang dibawa para pelajar dengan segala kueh muehnya...Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan sempurna ditambah pula dengan hujan rahmat sejurus sebelum berbuka...
Semasa di sekolah tadi walid telah dihubungi oleh anak saudara dari P.Buntar untuk bank in wang infaq kedalam akaun asrama ini dan nak meminta kepastian no akaun BIMB yang tertera di kad kami tu betul...Emak si Azmin ini adalah kak pupu walid namanya Pn. Zahariah pesara jururawat..yang dah beberapa kali nak datang ke asrama anak yatim ni tapi belum termakbul lagi..jadi hari ni walid tengok ada beberapa missed call di handset ketika tu walid dalam makmal bahasa...petangnya telah dimaklumkan sejumlah wang telah dimasukkan...Terima kasih...
Sementara itu beberapa orang tetamu datang hari ini untuk menyumbang diantaranya dari PUSWATAN Sjn Zulkifli Jusoh dan dua pengiringnya diikuti kumpulan pelajar dari SMK G. Rapat yang diketuai guru pengiring mereka Ustzh Azlin Safizan. Serentak dengan itu juga datang Cik Atikah dari IPG Ipoh untuk menyumbang tenaga mengajar calon UPSR Sarah dan Basirah. Disusuli kedatangan Us Mat Idris pensyarah IPG Ipoh dan Us. Tajuddin yang membawa beras fidyah rakan sekerja di IPG.
Selepas itu datang sepasang suami isteri dari PGA En. Zainuddin Itam dan Pn. Rohana serta anak mereka yang baru melangsungkan perkahwinan untuk menyampaikan wang...wang apa? Mereka telah melancarkan tabung derma untuk anak yatim ketika majlis kenduri mereka dulu, katanya itu yang terfikir ketika itu untuk membantu asrama anak yatim kami...so adalah yang menyumbang sambil datang memenuhi undangan tu..jadinya mereka datang hari ni adalah untuk menyampai wang sumbangan tersebut yang dah lama disimpan katanya...Satu ilham yang tak terbayang dikepala walid....kreatif untuk membantu....Alhamdulillah...jazakumullah khairal jaza'...
No comments:
Post a Comment