Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Saturday, August 6, 2011

Sabtu 6/8/11

Tiba2 walid teringatkan Yaman..teringatkan Babul Yaman di San'aa..pusat perniagaan tertua di Asia Barat...tempat qafilah Quraisy berdagang di selatan semenanjung Arab dimusim sejuk. Meeting point kepada seluruh pedagang yang berkunjung ke situ sehingga timbul ide dikepala Abrahah untuk membina kaabah tiruan yang dinamakan Ummu'l-qulais agar orang ramai tidak lagi pergi ke Makkah tawaf di Kaabah sebenar di sana...Entah bila pula dapat peluang untuk ke sana dan menghayati bulan Ramadhan di Yaman..??

Sejak pagi hari ini ramai para tetamu yang berkunjung kesini....bermula dari jam 9:00am..sepasang suami isteri yang datang dari Tasek..isterinya bekerja di Lhdn Ipoh...ziarah mereka ke asrama ini adalah untuk menyampaikan sumbangan mereka....

Selepas itu pada 10:00am datang pula keluarga Hj. Mohamed bersama isteri dari Tm. Soon Chong yang bawa bersama mereka anak cucu kemari juga untuk menghulurkan sumbangan.

Yang ketiga pula suami isteri En. Shafik dan Pn. Shima dari Tm. Puncak Tambun yang dah lama teringin nak datang beri sumbangan ke asrama ini...baru hari ini mereka berjumpa...mereka datang tadi jam 10:30am.

Menyusul pula selepas itu pada jam 11:30am sepasang suami isteri juga datang dengan tujuan yang sama juga...dan yang seterusnya ialah Cikgu Hamizah dan ibu yang datang jam 12:00pm untuk menyampaikan fidyat dan sumbangan kiriman kakanya ke sini....

Jam 6:15pm datang pula Pn. Ida sponsor jamuan berbuka hari ni....menghantar makanan....dengan lima jenis lauk yang menyelerakan dan bubur gandum..



Photobucket
ayam goreng ala kentucky

Photobucket
sotong masak pedas
Photobucket
telur mata kerbau masak sos
Photobucket
sayur campur
Photobucket
udang masak lemak nanas

Photobucket
tadarus selepas tarawih
Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket



No comments:

Post a Comment