Hari keempat puasa..dan dah dua hari berturut2 hujan turun dipetang hari...menyegarkan anak2 ini berpuasa bila cuaca sejuk sebegini..SubhanalLah..Maha Suci Allah yang mengatur segala2nya dengan penuh tepu hikmah dan kebijaksanaan..
Kelas pagi berjalan seperti kebiasaannya, begitu juga sekolah agama rakyat petang pun bagaikan biasa cuma ditamatkan setengah jam lebih awal dari biasa. Cuma terlupa nak diberitahu ummi buat keputusan untuk menggantung sekolah si Atifah sepanjang Ramadhan ni biar dihantar balik kerumahnya di T. Intan. Dia dihantar balik oleh abangnya sendiri Aizat...kerana tiada disiplin dan semakin menjadi perangai buruknya. Sekarang mereka dah ada bapa tiri yang katanya garang...eloklah bagi depa pula jaga...
Kelas tusyen petang ini atau Kelas Intensif Amal, dikendalikan oleh Cik Didi guru pelatih yang dah berbahagi hari dengan kawan2 depa untuk membantu dua calon UPSR ni...hari Isnin, Rabu, Khamis, Jumaat dan Sabtu..Alhamdulillah sumbangan tenaga untuk membantu pelajar kami yang separa lembam ni dengan teknik2 yang ada pada mereka..mana tahu boleh membantu dua orang budak kita ni di bulan Ramadhan ini.. Ini ikhtiar manusiawi.. terserah kepada anak2 ni untuk membuat latihan seperti yang diajar dan berdoa agar Allah buka pintu hati dan akal mereka dapat menerima pelajaran dengan sebaiknya..
No comments:
Post a Comment