Hari ini giliran Hj. Zakaria dari Tm. Cempaka punya moreh berbuka dan sebelum pukul 5:00pm beliau dah datang menghantar makanan, kuih dan buah epal. Dan yang lawaknya taukeh kedai runcit En. Manan dah terlewat tempah tarikh yang dah penuh pun. Mereka dari satu taman..so bila dia tahu Hj Zakaria punya giliran hari ni, dia punya missed call dalam hanset walid ada 6..kebetulan pula walid tertinggal hp pagi ni...rupanya Si Manan ni nak tumpang juga2 dan minta join Hj Zakaria..Hj Zakaria untuk berbuka dan dia punya untuk lepas Tarawih...
Lagi satu missed call dari Pelabuhan Kelang dari En. Damanhuri yang bila dihubungi dia beritahu dah bank in Rm600 untuk moreh dan duit raya kepada anak2 ni..Dan beliau dah tempah untuk jamuan berbukanya Ramadhan tahun 2012 pada hari Sabtu keduaa..kerana kali ni terlewat, yang dapat hanya pada 22hb Ogos hari Isnin jadi dia tak dapat turut sama..Biasanya yang lepas2 dia akan turun buat family gathering masa berbuka pada Sabtu atau Ahad...
Rombongan dari Bank Rakyat Medan Gopeng yang diketuai oleh Pengurusnya dan dua orang pegawai untuk menyampaikan duit raya sumbangan dari bank tersebut. Kemudian datang dua orang dari Kementerian Perdagangan yang nak minta tarikh untuk majlis berbuka puasa...tapi bila diberitahu semua tarikh untuk berbuka telah dipenuhi oleh mereka yang datang lebih awal, kita minta maaf tidak dapat membantu. Menurut ummi lagi selepas itu datang suami isteri untuk menyampaikan sumbangan....
Petang ini barulah kami dapat dengar suara si anak Indon Muhammad bila walid panggil Hisyam dan Hafizan untuk ajar azan dan dia pun ada sama...Hafizan seorang yang cukup mudah bila disuruh terus buat..si Hisyam ni mengada2 sikit...si Muhammad ni memerhati saja mula tu namun kerana minat agaknya dia terpanggil pula untuk perdengarkan suaranya ....mula2 pelan bebenor lepas tu kuat la juga dan ternyata suaranya pun bolelh tahan sedapnya...

No comments:
Post a Comment