Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Sunday, August 14, 2011

Pengunjung yang datang keasrama hari ini agak ramai..seorang lepas seorang datang untuk menyampaikan hajat mereka...Walid pula sejak 6:30am dah bertolak ke KL dengan kawan kerana ada hal di sana dan kami bertolak pulang jam 12:00pm. dan sampai lebih kurang 4:00pm..Ada beberapa panggilan masuk semasa disana. Dari pelajar UniKL dan dari pelajar UIA dan dari Sdr. Samad Komando yang nak datang ke asrama..Jadi mereka nak datang berjumpa sebelah petang sebaik pulang dari KL..

Pelajar UniKL datang lebih awal dan tujuan mereka nak melihat lokasi kerana ada program mereka yang memakan masa sehari suntuk sampai Tarawih kata ummi...

Lepas itu Paklang dan tukang Sg Petani pula sampai untuk menyelesaikan kerja pemasangan bumbung tapi tak cukup lagi beberapa keping kata paklang kepada angah...

Disusuli selepas itu sepasang suami isteri En. Hazrin dan Pn. Azie  yang datang dengan hasrat nak menyumbang jam, blender dan dapur gas..diikuti oleh satu keluarga lain pulak datang tiga beranak untuk menyampai sumbangan wang..Kemudian datang pula Chikgu Mat Zain dan isteri datang membawa sumbangan bagi pihak anaknya yang berhajat untuk menderma.

Tn Hj Hamid..pemilik Rizqan Food datang membawa baju terpakai untuk disumbangkan kepada anak2 yatim..Alza Owner's Club dengan anggotanya yang datang dengan 19 buah kereta Alza silver sekitar jam 3:00pm menyampaikan duit raya kepada anak2 ni.

Sejurus selepas walid sampai datang Sdr Samad untuk menyampaikan sumbangan dari hasil sawitnya dan infaq wajibnya..bebara minit kemudiannya datang pula Sdr Oummaar bekas pelajar Sek. Izzuddin yang sekarang sedang menyiapkan tesis MA di UIA menyampaikan RM 1K kiriman pensyarahnya seorang Cina Muslim yang cacat penglihatan, yang suruhnya cari dan sumbangkan kepada mana2 asrama anak yatim.. 

Selepas itu datang pula seorang pakcik Zainuddin Tuah menyampaikan bubur lambok dari Kg Kepayang, Fair Park anak jati Tambun yang semasa berumur 17 tahun dulu pernah bekerja di Kilang Batik Tambun yang dijadikan asrama anak2 yatim kini..Tak lama selepas itu datang pulak En. Mohamad Rodhi dan isteri membawa berbungkus2 nasi goreng berlauk ayam celup tepung dan berkuah dalca dari Tm. Bercham Raya.

Dan terakhirnya seperti yang dipersetujui sebelum ini datanglah Sdr Nizam dan kawan2 selepas Tarawih dari Tm. Perpaduan membawa nasi tomato untuk sajian sahur nanti.

Hari ni anak2 ni dijemput berbuka di Surau Syukuriah, Bt 8 Ulu Kinta..dijemput dengan bas sekolah. Pemandunya walaupun perempuan tapi berani menyeberangi dengan selambanya jambatan baru tu dan masuk sampai depan asrama..perkara yang tak berani dilakukan oleh drebar lelaki...






Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket
ayam masak merah

Photobucket
kuih muih

Photobucket
daging masak kicap

Photobucket


Photobucket


Photobucket
sambal tempoyak

Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket



No comments:

Post a Comment