Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak diucapkan buat seluruh ummat Islam seantero dunia Kullu 'Am Wa Antum Bikhair....Ahlan Ya Ramadhan...Ramadhan Kariiiiiiim...
Aduh terimbau kembali nostalgia berpuasa di bumi Kinanah Mesir, kemeriahan menyambut Ramadhan dengan pengisian iman siang dan malam..menjejaki rumah Allah untuk bertarawih sebelah malamnya bertadarus bersama jamaah selepas solat Subuh...di Masjid Ibadur-Rahman, Haiyu As-Sabi' bersama Dr. Abdel Mon'em, Kapten Fahmi, Kolonel 'Ala ud-din, Sarjan Solah, Syeikh Sobrah, Haji Ahmad Kontraktor, Imam masjid dll...Bertarawih dibelakang Almarhum Syeikh Sayyid Sabiq..kenangan manis yang masih terbayang hingga kini pun...pernah menjadi bilal dimasjid tersebut setiap waktu Asar, Maghrib dan Isya'...
Hari ini Ramadhan datang lagi membawa keberkatan yang tidak terhingga..dari Allah SWT...Segala syaitan dan jin dirantai untuk menyediakan ruang seluasnya kepada manusia menghirup rahmat Allah yang berlimpah ruah disajikan kepada hambanya yang beriman...Terlihat keajaiban pada hati manusia yang kembali kepada kesedaran fitrah yang suci semula tiada lagi godaan syaitani sepanjang bulan ini...lalu kembali hati cenderung tanpa disuruh dan dipaksa untuk mendekati Ilahi..tangan mula memegang Quran tanpa rasa berat, bibir mula mau melafazkan kalam Ilahi tanpa malas dan perasaan terpanggil untuk mengerjakan kebaikan dan kebajikan tanpa siapa pun menekannya kerana fitrahnya sudah pulih dari gangguan syaitan yang banyak menyekatnya dari jalan Ilahi..Kini bila tiba musim puasa Allah sediakan suasana kondusif buat manusia semua seluruh dunia dengan latihan dalam khemah ibadah untuk kembali berdamping diri kepangkuan Rabbani yang menggamit seluruh hati dan jiwa dengan santun agar mendatangi, merebut dan menyahut seruan...Hai orang yang inginkan kebaikan majulah, maralah....hai orang yang inginkan kejahatan mundurlah...Pintu syurga terbuka seluasnya dan semua syurga Allah yang sememangnya tersangat indah itu saling menghias lagi untuk menambah keindahan yang tersedia demi menanti calon2 yang bakal mendiaminya..yang lulus dari madrasah Ramadhan ini...Benarlah aura Ramadhan terlalu hebat tidak terperi kehebatannya...bayangkan busuk mulut orang berpuasa mengalahkan keharuman kasturi disisi Allah..sistem nilai yang bertukar setiap menjelangnya Ramadhan...dia tinggalkan makan dan minum semata2 keranaKu, justeru Aku sahaja yang akan mengganjarinya tanpa siapa pun jua tahu apa2 tentang ganjaran itu hatta malaikat pun dihalang dari mengetahuinya...Itulah hebatnya puasa sebagai ibadah eksklusif khas buat Allah semata...
No comments:
Post a Comment