Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Tuesday, August 16, 2011

Selepas solat Subuh pagi tadi walid sampaikan sedikit tazkirah meraikan pelajar2 UK/Ireland yang bermalam disini diikuti dengan sesi bergambar sebelum walid ke sekolah..
Menurut ummi mereka tidak terus balik malah mengambil peluang pagi ini untuk melayan anak2 ni yang minta ajar BI dan minta abang2 ni mempersembahkan nasyid kepada mereka...Sedap bukan mainlah kerana mereka memang ada kumpulan nasyid di UK dan pernahpun buat persembahan didepan Raja Ireland kata mereka dalam satu festival di sana.

Sewaktu walid pulang dari sekolah ada Mitsubishi Triton dan lori Syarikat Seraya Mekar di halaman, rupanya ada lima orang termasuk pengurus sedang memasang tingkap nako dan berbisik kepada walid minta tolong catkan mana yang tak sempat mereka kerjakan kerana esok cuti dan mereka pula ada projek di Sg Petani Isnin depan kena pergi selama 6 bulan, ada projek yang mereka dapat di kem askar...Jadinya banyak jugalah yang mereka siapkan hari ini dan akan datang semula bila kerja di Sg Petani tu siap nanti...Alhamdulillah syukur Allah hantar orang yang nak membantu ikut kemahiran yang ada pada mereka...

Lapuran dari ummi pulak, jam 9:30 sepasang suami isteri datang untuk menyampaikan sumbangan mereka dan pada 10:00am datang lagi sepasang suami isteri juga pun dengan tujuan untuk memberi sumbangan dan pada jam 4:00pm juga ada tetamu datang menyumbang, begitu juga pada jam 5:30pm datang En. Din dan isteri pengusaha kantin RPS membawa bersama mereka pengusaha kedai minyak Petronas Rapat Setia dan Petronas Jalam K.Kangsar untuk menyampaikan sumbangan.

Jam 5:45pm selepas mengambil anak2 dari sekolah agama KAFA walid pergi mengambil lauk dari rumah Hj Danial Katering di Rapat Setia Baru dengan Nizam anak saudara ummi. Sementara anak2 ini dapat jemputan berbuka di Jabatan Parit dan Saliran Ipoh..di iringi oleh Kak Izzah dan Iffah..So untuk sajian sahur pagi ni dah tersedia...Alhamdulillah...



Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket





Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket



No comments:

Post a Comment