Sewaktu walid balik dari sekolah tengahari tadi kelihatan sebuah lori kecil dibawah pokok diluar asrama dan terdapat beberapa beg beras, minyak masak, milo, gula dan kopi diatas meja..Walid lihat juga ada orang sedang berbual dengan ummi...rupanya beliau dari syarikat pembinaan yang meninjau apa yang boleh mereka bantu diasrama ini..kemudiannya beredar.
Menurut ummi sebelum ini ada beberapa tamu Jumaat yang berkunjung kesini diantaranya ialah Cikgu Habsah dan Pn. Marina yang datang untung menyampaikan sumbangan wang sebagai infaq wajib kepada pengurusan asrama ini...disusuli dengan kehadiran En. Mustafa penyumbang tetap yang juga menyumbang wang. Selepas itu datang lima orang dari Simpang Pulai membawa barang2 atas meja tersebut...barulah orang yang datang dengan lori tu En. Shahrin namanya datang menawarkan kemahiran mereka untuk sebarang kerja seperti memperbaiki pintu rosak dan mengecat asrama ini...
Jam 4:15pm datang pula Us. Sidek Nor membawa pesanan enam botol minuman sarang burung walit yang menjadi minuman ummi untuk merawat penyakit kebas pada bahu dan tangan..Alhamdulillah..hilang kebas tu setelah habis dua botol...Kebetulan orang yang ziarah disini ada yang mengalami masalah yang sama dan bila ummi ceritakan hal sarang burung walit ini mereka berhajat juga...Jadi nampaknya walid boleh jagi agen mengedar minuman burung walit ni...ha ha ha...
Pada jam 5:00pm En. Shahrin datang lagi bersama bossnya En. Mohd Amir dan seorang perempuan mungkin pembantu bossnya, yang datang untuk melihat sendiri apa yang boleh dikerjakan kerana katanya minggu depan mereka akan ke Sg Petani selama 6 bulan...Jadi yang dilihat perlu dilakukan ialah memasang cermin nako....kerana pekerja Indonesia mereka tiada pekerjaan buat masa ni...dan akan terus dimulakan esok, kata En. Amir...
Masa itu juga dah ada guru tusyen amal untuk mengajar Sarah dan Bashirah ni..
Jam 5:45pm ada dua beranak datang dari Kem PGA Ulu Kinta En Abu Bakar dan anak beliau Abu Ridhuan yang juga bertujuan menyampaikan sumbangan. Abu Ridhuan ni baru sampai semalam dari Bandung..pelajar perubatan di Universitas Pejajaran Bandung..pulang bercuti dan menyampaikan nazarnya..
Jam 6:10pm datang pula En Kamarul penderma tetap kami juga membawa kuih dangai untuk berbuka.
Jam 6.45pm datang pula Cikgu Aziz mantan SU Masjid Al-Amin Tambun untuk menyampaikan wang kiriman emaknya...beliau ni baru balik dari Turki dan Bulgaria..Di Turki beliau berlima dari Jamaah Tabligh Malaysia berada disana selama 42 hari kemudian terus ke Bulgaria..
Malamnya jam 9:45pm datang pula Us Fazali dan tiga orang kawan nak berbincang tentang kunjungan mantan Imam Masjid Al-Aqsa yang dijangka tiba esok di KL...Tahun lepas beliau berbuka di asrama ini dan menyampaikan ucapan tentang pertarungan dengan Israel yang berusaha merobohkan Al-Aqsa..Kita nak lancarkan kutipan derma membantu anak2 yatim di Palestin..Tahun lepas kita berjaya serahkan sebanya RM34K untuk Hamas Palestin...Tahun ini??? Masa agak suntuk dan maklumat baru diketahui nak datang esok...Harapkan Allah buka pintu hati orang2 yang nak buat kebajikan di bulan Ramadhan ini...Amin...
jambatan yg dah siap
buah melaka
No comments:
Post a Comment