Hari ini cuti peristiwa Nuzul'ul-Quran. Jadi asrama ni tak bersekolah hari ini. Angah dan Kak Iffah balik ke USIM membawa Danial dan Izwan bersama. Angah ada meeting persatuan dan Kak Iffah pulak bawa barang2 keperluan untuk Sem depan jadi ambil kesempatan angah nak pergi kesana untuk bawa terus keperluan dia.
Walid pula ada urusan di Taiping..tapi nak ke sana tak mampu nak drive sendiri kalau ada angah dialah driver, jadi ajak kawan tolong drive..selesai urusan jam 12:00pm terus balik kerana petang ini ada pelajar UTP nak datang berbuka so kena balik lekas kerana nak beli sayur untuk berbuka. Sampai balik pada jam 01:05pm dan terus pergi cari barang keperluan tadi...
Siapa yang datang semasa walid tiada?
Jam 11:00am Wazi Hamid mantan juara lumba motorsikal datang dengan kawannya Lan untuk confirm tarikh majlis berbuka kelab motorsikal mereka di sebuah restoran di Ipoh pada 25/8/11 akan datang.
Setengah jam selepas itu datang pula Hj Hamid Restoran Hamidiah Fair Park, Hj Mansur taukeh Pelita Alam kedai menjual barang terpakai hotel 5 bintang dan Hj Borhan money changer Ipoh untuk berunding mohon diterima 3 orang anak dari keluarga susah kenalan mereka yang tak ada emak..belajar disini...
Dan ada lagi beberapa orang yang datang membawa sumbangan beras sahaja dan yang menyumbang beras dan buah tembikai dll.
Jam 4:30 datang pelajar UTP seramai 40 orang lelaki dan perempuan untuk berbuka dan kalau ikutkan mereka akan berada disini sehingga Tarawih tapi berlaku perubahan agenda mereka kena balik selepas berbuka kerana ada program di kampus.
Sementara itu anak2 yatim ada undangan berbuka di Surau Tm. Hiburan yang mengambil mereka dengan bas sekolah...Semasa itu angah sampai dengan Kak Iffah dari Bandar Baru Nilai....
Ketika hampir berbuka ummi dapat panggilan tefon dari Paklang Nordin yang beritahu dia bersama Maklang Rusnah nak sembahyang Tarawih berimamkan angah. Datanglah mereka berdua jam 9:05 dari Tm. Puncak Meru..masa tu sunyi sepi disebabkan ketiadaan anak2 ni..Kami tunggu mereka pulang kerana dijanjikan dengan Hj Lias yang mengambil anak2 ni minta dihantarkan selepas Maghrib kerana nak bertarawih di sini. Masa tu juga ummi teringat ada Restoran Ikan Bakar Ros minta datang ambil laksa Penang untuk moreh selepas Tarawih...Walid dan ummi berkejar untuk mengambil laksa yang dijanjikan...Semasa kami nak masuk simpang ke asrama terserempak bas sekolah yang didalamnya kelihatan Hj Alias dan isteri datang menghantar anak2 ni.
Bertarawih ler dan selepas tu makan ler laksa tu..tapi bebudak ini ada yang tak peduli selain hamper yang mereka dapat saja yang digomolnya...Paklang pun balik ler ke Sg Petani selepas makan laksa..
No comments:
Post a Comment