Monday, April 21, 2014

Petang ini baru ada perubahan pada talian internet ni, laju seperti dulu setelah laporan kali ketiga dibuat melalui kawan yang juga orang dalam tm.net. Sebelum ni pun kalau ada masalah walid akan beritahu dia, tapi baru2 ni dia baru balik umrah masih letih dan dalam cuti maka urus sendirilah.

Ok..semalam Ahad, satu majlis makan tengahari diadakan di sini anjuran persatuan isteri2 pasukan polis PERKEP dari Kem Briged Utara Hulu Kinta. Menunya adalah nasi ayah taugeh peh yang menjadi johan dalam pertandingan memasak dikalangan anggota PERKEP, disamping turut meraikan kelahiran ahlinya dari bulan Januari-April dengan memotong kek panjang yang ditempah khas untuk itu.

Majlis diawali dengan zikir tahlil dan doa selamat dan meraikan anak-anak yatim dengan penyampaian hamper dan diikuti pemotongan kek dan sajian nasi ayam. Majlis diketuai Pn Hjh Solehah ditemani suami beliau Tn Hj Abd Rahim orang besar dalam Komando 69. Perkep juga telah menyampai sumbangan wang kepada pengurusan asrama ini, Alhamdulillah.