Wednesday, December 25, 2013

MB Datang Berlima Petang Ini


MB datang pukul 6ptg bersama Hj Rais, Rashid dan dua orang lagi membawa rak, troli dan mi goreng utk anak2 disini kebetulannya sedang bermain bola. Sambil meninjau kawasan buangan batu dan tanah yg berlonggok2 itu MB dengan nada mengeluh berkata: Entahlah ustaz, nampaknya tanah yg kita mohon tu macam tak ada rezeki jer...tak pa lah kalau tak dapat kita kena belilah...kita longgok kat sini.. kesian tengok budak2 main dalam lecah...
Dalam posting lepas ada diceritakan bagaimana mereka datang tengah malam membawa harapan utk memohon tanah yg rasanya nak dibuang...Tapi permohonan tidak berjawab dan tanah tu pulak semakin luak nampaknya.....Tak apalah.....
Kata Rashid pula dia bimbang budak2 main ditepi lebuh raya takut kenderaan terbabas jatuh kebawah...nahas..so nak pindahkan tapak kelain....

Sunday, December 22, 2013

Halimah dpt tawaran belajar di Sek Idrisiah K. Kangsar

Halimah adik Izzati ditawarkan belajar di tingkatan satu di Sekolah Idrisiah Bukit Chandan, Kuala Kangsar dan diarahkan datang mendaftar esok. Petang ini ummi dan kak Iffah agak sibuk kerana keluar membeli segala keperluan dari pakaian sampai ke slipar termasuk lagi baldi, sabun mabun peralatan mandi dan lain2. Unifom, tilam bantal wajib dibeli di koop sekolah. Tawaran ini dikategorikan tawaran bersyarat sekiranya gagal 4 subjek dalam ujian tingkatan maka pelajar tidak dibenarkan meneruskan pelajaran di Sekolah Idrisiah dan implikasinya ibu bapa pelajar berkenaan kena memohon masuk ke mana2 sekolah lain yg sudi menerima kemasukan pelajar, luar dari masa yg ditetapkan mereka.


Selesailah Sudah Kenduri Angah...

khemah dipasang hari jumaat





bakal warga dar'us-salam

daniel dan maknya 


Alhamdulillah syukur diatas kurniaan Allah SWT yg dg izinNya jua majlis walimatul-urs angah dan Maryam sempurna lancar bagai diharapkan. Tetamu undangan datang bertali arus dari jam 12 hingga jam 6petang, dari Kelantan, Pahang, Johor, Selangor. Kedah, Perlis, N.9, Wilayah, P.Pinang, Sabah, Sarawak, Melaka dan Perak. Bekas anak usrah walid semasa di Mesir ditahun 80an dan selepas pulang ke tanah air tahun 90an ramai yang datang bertemu dan bergambar, ramai yg dah ada Ph.d dan berjawatan penting dalam kerajaan. Para pelajar dan graduan yg pernah berusrah di Dar'us Salam sejak tahun 2001 ada datang disamping jemputan lain yang terdiri dari para dermawan dan penyumbang bila asrama anak yatim ini diwujudkan pada 2008. Yang berhalangan datang sehari sebelum kerana ada kenduri keluarga dan pada awal pagi lagi kerana terpaksa bergegas ketempat lain. Jemputan yg datang paling akhir adalah Ustaz Abdullah Patani datang dari Kupang Baling, sebelumnya Ustaz Ramli dan Ustaz Che Wahid kedua2nya dari Rantau Panjang Kelantan. Mereka paling akhir meninggalkan majlis jam 9.30 selepas Isyak. Alhamdulillah, menu kenduri yg terdiri dari nasi putih, nasi tomato berlaukkan daging masak hitam, masak ayam berempah, gulai daging cincang, ikan masin.. ditambah dengan kari ikan nyok nyok dan acar buah serta laksa dan len chi kang mendapat thumb up ketika jemputan bersalam semasa meninggalkan majlis..

Thursday, December 19, 2013

Walid ada temujanji di Hospital Ipoh dan Keputusan PMR Izzati

Hari ini walid ke Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh ditemani ummi. Tepat jam 9 pagi kami sampai dihantar Maryam on time seperti tertulis diatas kertas dan diminta berada di kelinik pakar-pakar. Rupanya orang dah penuh sesak diruang menunggu dan dapat no giliran 7135. Sebenarnya bersiap kitanya pukul 8 dah kira ok sebab hospital dekat jer...Bila tanya orang sebelah bila sampai? Pukul 6 sudah sampai sebab masalah besarnya nak dapatkan parking.

Sebab utama pergi kesitu kerana kandungan gula dlm darah tinggi, minta tukar dari tablet kpd insulin...jadi doktor IJN suruh rujuk ke hospital terdekat untuk dapatkan benda tu supaya senang dimoniter..tak payah berulang alik ke KL hanya kerana itu. Pukul satu lebih baru balik kerumah.

Izzati anak yatim kami yang ambil PMR di Sekolah Idrisiah dapatlah 2A 5B 1C dan BI dapat D. Inilah antara anak yatim kami yg tak pernah sekolah kebangsaan kerana tak ada surat beranak dan hanya mula belajar bila masuk asrama anak yatim kami dan kami tolong uruskan hingga dapat surat beranak mereka tiga beradik dgn penuh kesulitan birokrasi jpn dan keegoan individu pejabat penghulu terbabit yg meroyan tiba2 dan menghempas seberkas fail didepan  ummi kerana geram kpd keluarga Si Izzati 3 beradik ni...Baru kita tahu begini rupanya bentuk pentadbiran dan pengurusan peringkat bawah yg terpaksa dialami oleh orang kampung...Pendatang asing boleh dapat kerakyatan dg mudah berbanding anak watan. Kena cari siapa bidan? Dah mati! Cari siapa pembantu bidan?Tanya sana sini jumpa rumah dekat ceruk mana entah..bila sampai dan bagi salam buka tingkap sikit saja utk laluan suara bila ditanya dua tiga soalan tentang kelahiran bebudak ni...tutup tingkap kaunter dg kata aku tak mau subhat...aku tak mau masuk neraka.....Siapa ketua kampung masa tu..dah mati..kena tanya ketua kampung yg ada sekarang. Arwah tok wan depa saya kenai lah..bila depa beranak?macam2 mana itu saya tak tau la..pasa saya pun baru ja depa lantik jadi ketua kampung..tak berapa tau cerita!!!!! Birokrasi yg keterlaluan...Ummi sorang yang sabar ulang alik dari Ipoh ke JPN Parit Buntar dan masuk ceruk kampung utk cari saksi yang diminta JPN. Dan hampir nak kena pergi ke Putrajaya. Agaknya kerana ini ibu jari orang mati disimpan di India...senang cop pada borang bila berurusan.....

Ada lagi tujuh anak yatim akan datang tinggal di asrama ini....

Ekoran dari kemunculan ayah Amirul itu hari yg bertanyakan tentang hasrat kawannya yang nak tempatkan anaknya di sini maka semalam Rabu datang dua orang budak dengan ayahnya  utk meninjau tempat baru dan ingin tahu apa syarat2 yg dikenakan disini. Sementara tiga anak yatim lagi akan dibawa selepas kenduri angah in sya Allah.

Ada juga ibu yg menghubungi melalui telefon nak hantar anak yatimnya kesini dari Parit Buntar katanya dan anaknya tingkatan dua tahun depan. Kalau tiada apa2 aral melintang ada tujuh orang penghuni baru akan datang dalam tempoh terdekat ini..Apapun kita masih pada ketetapan hanya akan mengambil setakat 40 orang sahaja....

Alhamdulillah baru hari ini dapat line....

Rasanya dah dekat tiga hari tiada line internet...kalau adapun terputus2 dan menjengkilkan..tak tahu apa sebabnya..Kawasan asrama ini terkenal dg pusat kegiatan para dr tak bertauliah...kalau sebelum2 ni bila saja line telefon terputus akan ambil masa dua tiga hari bila ditanya puncanya apa..kabel dicuri orang..kena tunggu kontraktor baiki...jadi sabor jer lah...

Anak yatim sebahagiannya sedang mengikuti program tahfiz intensif selama seminggu. Dan yang tinggal pula dibawa melawat KL oleh Yayasan Shamsuddin pusat tusyen mereka. Tapi dalam lawatan kali ini dipilih yang ada kad pengenalan sahaja. Mereka bertolak sebelum Subuh hari ini.

Semalam empat khemah telah dipasang utk majlis perkahwinan angah Sabtu ni.








Sunday, December 15, 2013

Coach Adi datang dua kali hari ini....

Hari ini yang tinggal di asrama hanya 9 orang sahaja, yang lainnya menyertai Kem Tahfiz di Masjid Sultan Azlan Shah Jalan Diary Ipoh. Mereka pergi sejak petang semalam lagi untuk pendaftaran dan kebetulan kami sekeluarga kena pergi ke rumah Paklang Norddin di Sg Petani majlis pertunangan anak perempuannya. Hafiz anak Makcik Som tolong hantarkan mereka ke masjid tersebut. Coach Adi datang juga petang kelmarin untuk bawa tiga orang ke kelab polo. Melihat longgokan kayu yg ada dia minta budak2 ni buatkan pelantar sebanyak dua unit untuk kegunaan mereka dan yang sebaya mereka naik keatas belakang kuda. Semasa kami balik dari SP sekitar jam 9.30mlm, satu pelantar dan siap dibantu coach Adi sendiri.

Pagi ini coach datang bawa budak kecil sahaja ke kelab dan sebelah petang datang ambil budak besar pula dan angkut kedua2 pelantar itu ke kelab. Adi juga dikatakan berbincang dengan banglasia yang kerja dikilang depan untuk ambil serbuk kayu kilang utk dijadikan alas utk kuda tidur. Jadi hari ini Adi angkut sekali guni serbuk kayu tu agaknya.

Sementara itu ayah Meon ada singgah petang tadi untuk bertanyakan boleh tak terima anak yatim seramai 3 orang yang bapa mereka meninggal di Mekah katanya umur darjah empat kebawah. Dan ada seorang lagi tingkatan satu tapi masalahnya emak dia meroyan tak menentu jadi minta nak masuk ke asrama ni juga. Walid kata boleh bawa kesemua tu kesini sewaktu cuti ni dan kita boleh test sama ada mereka sesuai atau tidak di sini. Kalau perkembangan baik boleh terus tinggal dan belajar di sini.

Thursday, December 12, 2013

MB datang lagi malam ni

Malam ini walid dapat panggilan dari MB jam 9:45pm katanya ada hal penting nak jumpa walid dan dia dalam perjalanan ke asrama -in sya Allah- dalam 5 minit saja lagi akan sampai. Rupanya mereka datang bertiga, selain MB sendiri ialah Tn Hj Rais Tim Pengarah Jab. Mineral dan Geosains dan Sdr Rashid orang kuat Syrkt Belati Wangsa. Semua ini adalah aktivis kerja amal yang tak reti duduk diam. Apa tujuan? MB bagitau ada satu projek pembinaan saliran membabitkan longgokan tanah yg banyak. Katanya berdasarkan risikannya kita boleh memohon untuk mendapatkan sedikit dari tanah tersebut untuk kerja menambak di asrama ini dan ada pihak yang menyuruh draf surat untuk tujuan tersebut. Perkara ini perlu tindakan segera dan kalau boleh surat tersebut akan diserahkan kepada pihak terlibat esok, kata MB dan disokong oleh Hj Rais dan Sdr Rashid. Lalu walid minta angah taipkan satu surat permohonan kepada pihak terbabit memohon 12 lori tanah dengan kos yang akan ditanggung oleh pihak pemohon. Sebagai seorang kontraktor Sdr Rashid banyak menerangkan langkah seterusnya sekiranya permohonan diluluskan, lori berapa tan perlu disewa disamping back pusher untuk menolak dan meratakannya.
Seronoknya mereka duduk berbincang dimeja bawah pokok jambu yang dihasilkan anak2 yatim. Suasana sejuk dan nyaman kata Hj Rais. Seterusnya MB serahkan RM800.00 untuk daftarkan Amirul yg sudah 17tahun, utk belajar memandu untuk berkhidmat di asrama ini...Alhamdulillah...

Bawa Naseh tengok kuda

Balik dari Kl malam tadi mama Naseh demam, pagi ini nak bagi mama dia berehat kami bawa Naseh tengok kuda dan bawa sekali anak2 yatim yang nak berlatih menunggang kuda....pukul 3 nanti datang lagi kata coach Adi

sayang gambar tak sharp



naseh senyum ni





anak kuda ni cadangnya nak tangkap dg naseh




berebut nak dukung naseh





keletihan


Wednesday, December 11, 2013

Gambar Naseh baru sampai sangat2 dari KL

mata dok merah n mamun agi

senyum kat jaddi















main tangan opah



seronoknyer.....