Friday, September 30, 2011

Tengahari tadi ketika walid masih di sekolah ada panggilan dari Sdr. Khairi dari Maybank Ipoh bertanyakan jalan ke Asrama Dar'us-Salam kerana mereka dah terlajak sampai ke Giant...kebetulan walid pun tunggu masa nak balik dan beritahu mereka jalan yang sebenarnya patut mereka masuk sambil memandu pulang ada lagi dua kali panggilan yang sama...akhirnya sampailah juga mereka beberapa minit mendahului walid..bertiga rupanya mereka datang bertujuan untuk memberitahu program Maybank dengan beberapa asrama anak yatim esok di Padang Polo Ipoh dan bas mereka akan datang menjemput pada jam 7:00am dan diminta tunggu di pangkal jambatan masuk sebab bas tu mungkin tak boleh masuk...besok kira sambutan hari raya dengan anak2 yatim ler anjuran bank mereka...

Masa tu juga ada seorang pegawai polis wanita datang menyumbang beras dan berbual dengan ummi...dari Balai Polis Taman Chempaka.

Petang ni lori  Inflow datang membawa kueh mueh...lama tak lihat sendiri lori ni masuk ke mari...hanya kotak kueh saja yang ada atas meja...

Selepas itu ada sebuah van masuk dan secara tergesa2 tuan van ni minta izin nak ambil anak2 ni untuk jamuan dirumahnya...walid masa tu nak vacum dewan kerana malam ni akan digunakan jadi walid suruh dia berbincang dengan ummi...keputusannya malam ni boleh sebab ada anak2 di sekolah agama rakyat yang belum balik sementara Sarah dan Basirah di ambil Pak Uda Sarah untuk dihantar ke Sek Idrisiah yang  ada ujian kelayakan besok...


Thursday, September 29, 2011

Hari ini adalah hari puasa sunat Khamis...tiada yang terkecuali begitu juga program sebelum masuk kelas iaitu solat Dhuha dan bacaan Ma'thurat berjalan seperti yang dijadualkan..

Us. Hafiz datang menghantar lauk jam 11:30am dan menu hari ini kari ikan, sayur petula dan masak tumis kerang dan kacang buncis.

Mr Tawil datang seperti biasa membawa sedekahnya yang pelbagai tu jam 12:30pm..makanannya tak payah cerita lagi.....berjenis2 banyaknya..ummi simpan dulu dalam frizer menantikan waktu berbuka...

Jam 6:00 pm guru2 pelatih lelaki dan perempuan dari IPG Ipoh datang untuk program motivasi anak2 ini yang dirancang sejak Ramadhan lagi...

Jam 6:30pm Pn. Azi dan suaminya datang  membawa cekodok panas dan memberitahu suami diarahkan bertukar ke Pengkalan Hulu minggu depan kerana kenaikan pangkat kemudian akan berangkat ke Mekah pada 16 Oktober akan datang kerana bertugas di sana selama lebih kurang 45 hari katanya...sedih..sebab suami saja yang akan berangkat...

Sdr Manan pula datang membawa murtabak untuk anak2 ni berbuka jam 7:00pm..sumbangan Dato Azummu...

7:15pm anak2 berbuka dengan abang2 dan kakak2 IPG dan program motivasi akan diteruskan selepas solat hingga jam 10:33pm.

Wednesday, September 28, 2011

Hari ini tidak ada cerita menarik yang boleh dicoretkan... Persekolahan  berjalan seperti biasa..tumpuan diberikan kepada calon yang akan menduduki peperiksaan UPKK dan Sarah dan Basirah yang akan masuk ujian kelayakan di Sekolah Idrisiah Kuala Kangsar.

Jam 11:30 Us. Hafiz datang menghantar lauk masakan ibunya menu hari ini ialah ikan kembung masak cabai, jelatah, sayur dan sambal belacan. Jam 12:30pm pula Mr Tawil datang seperti hari2 lain dengan pelbagai jenis makanan dalam bungkusan di ambil oleh Udin....

Pukul 1:00pm walid dan ummi pergi ke stesen keretapi Ipoh menghantar kak Iffah balik ke USIM sebaik sampai di stesen  keretapi dah ada tunggu masa untuk berlepas..dan tak ramai penumpang pun di Ipoh ni...angah akan tunggunya di Nilai nanti...Itupun dalam keadaan belum pulih sepenuhnya dari demam..tambah pula tak ada selera makan...semua tak lalu..bihun sup kegemarannya pun tak habis dimakan..nasi lemak pun tak jalan..dalam keretapi kami bekalkan air kotak dan roti...itu yang dia makan tadi katanya...

Petang ni selepas Asar Hisyam dan abangnya Hafizan dan Hakeemy menebas lagi meneruskan kerja semalam...Semalam petang walid suruh Jamal potong dahan pokok kekabu dibelakang asrama lelaki yang nampaknya dah meninggi semula...dulu Jamal lah hero...sekarang dah tak jadi hero lagi dia jadi gayat dan tak berani nak tebang..ada 3 batang baru yang tumbuh...baru sebesar betis saja, jadi Danial yang ambil tugas Jamal  nih..tapi Danial tak tahu cara macam mana nak bagi tumbang supaya tidak menghala ke asrama..jadi kena jerit arahan dari bawah..dapat lah juga dia tebang dua batang..masuk yang ketiga dia jadi buntu nak buat lagu mana antara gayat dan tak yakin...walid jerit dibawah pun dah tak dengar katanya akhirnya tumbang menghala asrama....mujurlah tak sampai...Alhamdulillah...

Masa dok tumpu ke pokok kekabu tu ...Hakeemy, Hafizan dan Hisyam bersama budak Muhammad ni pula sebok menebas rumput tepi pagar...dibantu oleh Amin...kata Hisyam kami nak buat "laluan" kat situ boleh tak ustaz? Nanti kami nak buat tempat berehat pulak, boleh?? Kata si petah ni...Ketika orang sebok dengan pokok kabu tu depa punya projek jalan dan cerah juga jadinya...

Petang ni selepas Asar datanglah depa minta nak sambung projek semalam...datang mintak perkakas itu ini...sabit yang ada hanya satu..jadi walid bawa Hafizan keluar beli tiga sabit baru dan kebetulan ada tetamu datang masa tu dan dia tolong tunjukkan cara macam mana nak menyabit rumput...kena dok jauh antara sorang...Hafizan dan Hakeemy boleh buat....Hisyam banyak celoteh dari menyabit...


 

Tuesday, September 27, 2011

Pagi ini anak2 dan seluruh guru disini di undang ke jamuan raya di Jabatan Mineral dan Geosains Perak. Sebaik saja mereka selesai sembahyang dhuha dan ma'thurat, datang 4 buah pajero menjemput mereka untuk kesana tepat pukul 8.45 pagi. Menurut ummi, anak2 dan guru2 pengiring dibawa melawat muzium jabatan yang amat menakjubkan. Mereka telah dibawa melihat segala macam logam, batu2 permata yang beraneka..Program ini berakhir jam 12:00pm dengan jamuan..

Sebelum anak2 ni pulang ada dua orang guru sessi petang dari Sek Men Tambun yang datang menyumbang dan meninjau setelah baru mendapat tahu kewujudan asrama anak2 Yatim dari Sdr Hafiz yang juga mengajar disitu, jadi mereka datang ditemani Sdr Hafiz. Sdr Hafiz pulak keraplah pula datang kesini kerana ummi minta bantuan ibunya untuk memasak lauk untuk hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis...   

Monday, September 26, 2011

Hari ini Isnin hari puasa sunnat...Alhamdulillah semua berpuasa...amalan ini ditambah dengan amalan solat Dhuha dan bacaan Ma'thurat setiap pagi selepas solat sunat Dhuha dan petang setiap kali selepas solat Asar...penerapan secara berperingkat2 ini kita lakukan selepas cuti Idil Fitri...

Kelas Tahfiz bermula hari ini jam 3:00pm dengan tenaga pengajar baru Us. Amin yang mengajar sekali dengan walid di Sek Taayah macam yang disebut sebelum ini...buat masa ini hanya petang sehingga waktu 'Asar..kerana itu luang yang ada yang dia dapat datang bantu...selepas PMR nanti mungkin ada sedikit masa tambahan kerana dia mengajar tingkatan tiga Tahfiz...

Ummi kata tetamu yang datang hari ini selain Mr Anjang, ramailah juga dan kesemua datang untuk menyampaikan sumbangan berbentuk wang...Alhamdulillah..

  

Sunday, September 25, 2011

Walid hari ini ambil kesempatan semasa pulang dari satu program di Lumut untuk singgah di kedai Hasil Laut Jamilah membeli ikan bilis 2 kilo, sotong kering, belacan dan keropok dengan harga diskaun anak yatim yang agak istimewa...kawan2 lain yang ikut konvoi pun turut dapat potongan...ada dua kereta lain selain kereta walid yang dipandu Sdr Samad..singgah membeli buah tangan untuk anak2 mereka....Di pertengahan jalan hujan lebat...

Sampai di asrama jam 3:20pm masa itu hujan baru mula dan kelihatan ada khemah terpasang dan ada orang sedang menyusun meja dan kerusi siap dengan alas...baru terlintas diingatan petang ini ada jamuan Hari Raya keluarga Zue Ayam Bing lepas Asar hari ni bagi memenuhi hajat anak2 sedaranya yang tak ada rezeki berbuka dengan anak2 yatim masa Ramadhan dulu....

Ummi kata makanan selain yang disediakan Zue ni datang satu lepas satu..mula Hj Alias bawa laksa kemudian disusuli seorang lagi bawa berbungkus2 nasi lemak...disusuli kemudiannya kueh karipap dan tepung bungkus disedekah oleh Pn Hasnah dari Bandar Baru Putera...

Disamping itu datang pula dari Sunway Inn, Lost World of Tambun berkotak2 berisi air mineral dan makanan ringan yang tak sempat nak dicheck pun...baru2 ni ada kawan sms serbuan yang dibuat Jakim keatas kilang biskut Munchys yang didapati dalam setornya berpeti2 arak bila ditanya diberitahu dengan bersahaja bahawa arak itu digunakan untuk campuran dalam adunan tepung biskut....jadi dengan maklumat sebegini kita akan buang jenama ini jangan dimakan oleh anak2 asrama ni...

Malam ni angah dan kakaknya kak Izzah balik ke U masing2 kecuali kak Iffah yang masih demam dan ada tanda2 macam demam campak....sebentar tadi mandikan dengan daun mambu...Hisyam yang prihatin sangat ni, semalam minta nak jenguk sekejap tengok kak Iffah..malam ini tengok daun mambu yang terjatuh tanya ini daun apa....bila walid kata buat ubat nak mandikan kak Iffah...katanya oh kak Iffah demam lagi ye...daun ni ustaz nak buat macam mana kat kak Iffah..nak sapu muka macam ni ke, sambil letak daun kemukanya...malam ni perutnya bulat macam belon..dah macam tu pun sempat lagi hentam (istilah yang dia guna) donat dua ketul, agar2 dan nasi lemak berkongsi dengan abangnya Hafizan...Sahur nanti dah ada makanan nasi ayam...

Saturday, September 24, 2011

Angah, kak Izzah dan kak Iffah balik ke rumah malam tadi kerana masing2 ada nak ambil barang yang terlupa tempohari..manakala kak Iffah balik dalam keadaan demam yang agak teruk, walau doktor panel USIM sana bagi ubat namun suhu panas tak turun...balik malam tadi minta ummi jelum dengan daun belimbing..pagi ni ummi mandikan dengan daun tu....

Pagi ni walid keluar nak bayar bil TMnet pergilah ke kedai TM dekat JPJ tapi closed tergantung kat pintunya dan suasana lengang tanpa sebarang kenderaan..tak ada service hari Sabtu agaknya lalu terus ke TM Point di Ipoh...buka pun Alhamdulillah...Sebabnya bil tak ada sampai cuma ada orang hubungi melalui telefon minta jelaskan sebelum 30/9..tak ada bil tak boleh bayar di tempat lain...Bila walid beri no akaun kerani pun cari didapati dua bulan tertunggak RM141...selesai...

Ummi telefon beritahu anak2 kita dah diambil ke rumah Pn Azi yang buat jamuan Hari Raya dan doa selamat dan minta walid balik cepat sebab adik (kak Iffah) tidur..tak larat sedang ummi, angah dan kak Izzah dah kira2 nak bertolak kekenduri sepupu ummi di Sg. Bakap...Walid yang masa tu on the way nak balik pun kata ok...bila sampai kat Caltex walid terima panggilan dari seorang yang sedang mencari2 lokasi asrama dah sampai dekat jambatan..walid pun bagitau arah dan minta tunggu sekejap walid dah nak sampai sebab masa tu tak ada siapa2 kecuali adik...

Yang datang adalah suami isteri serta dua anak lelaki...Suami pegawai di Jab Mineral Geosains yang pertama kali mencari tempat ini setelah mendapat kad kami dari seorang kawan di hospital Ipoh kata Pn. Roslina siisteri..tujuan berkunjung hari ini untuk menyampaikan sumbangan wang...Alhamdulillah..
Jam 3:00pm sepasang suami isteri datang membawa sumbangan biskut dan wang. Ini kali pertama jumpa asrama ini sebelum ini mereka telah tersasar tak jumpa asrama ini dan terus balik gitu saja...Suami bernama Jasni Hashim pengarah urusan Madani IT bekas pelajar Sek Izzuddin..bila walid beritahu 1991 walid ngajar di Izzuddin Us Hasrizal Jamil yang sekarang ni ikon remaja terkenal...tingkatan 4 masa tu dan Jasni ni kata dia memang sekelas dengan Hasrizal...tapi tak dapat recall...Isterinya bekerja di PTG Ipoh...mereka dapat tahu asrama anak yatim kami ini dari seorang pensyarah Politeknik Ungku Omar katanya.. Semasa itu juga walid terima panggilan dari Bagan Serai yang minta smskan no akaun asrama ini kerana nak sumbang wang secara bulanan...Alhamdulillah...Bagi yang ikuti blog ini no akaun memang ada tertera dibawah tajuk Pertanyaan dibahagian atas halaman..

Jam 5:22pm ada 4 buah kereta datang menjemput anak2 asrama ini ke Bt 5 jika tak silap..kerana yang datang tu semua parkir diluar pintu jadi tak dapat jumpa...

Apa cerita semasa walid keluar tadi...kena tunggu ummi...


Justice means to put things in place appropriate

Friday, September 23, 2011

Cerita semalam...setelah kembali dari rumah MB hampir 11:00pm mereka yang se10 itu telah dibekalkan dengan beberapa jenis alatan kompang...tapi kesian...tak pandai nak gunakan...bahkan tak teringin nak cuba2 pun...

Petang ni jam 3pm pelajar2 Taayah kelas STAM yang walid guru tingkatannya akan datang berhari raya dengan anak2 di sini...mereka ni ada yang pandai berkompang, jadi bolehlah suruh mereka tunjukkan bagaimana cara memukul kompang tu...

Pelajar2 Taayah pun datanglah tapi bukan pukul 3 tapi pukul 4pm..dalam keadaan agak tergesa kerana mereka datang dengan dua buah van dan diiringi Pk Hem Ustzh Fatimah yang  adiknya datang kerumah katanya itu sebab lewat tu...masa mereka sampai tu Hisyam masih kerekot tidur atas kusyen diruang ligar makan, depa kejutkan budak tu dan bangun terkapa2 dan termangu menghulurkan tangan bersalam dengan kakak2. Ustazah tak beri masa yang panjang kat depa so kita buatlah sikit acara dalam dewan dengan tiga persembahan anak2 ni, satunya oleh Hisyam, Muhammad anak Indon dan Hafizan yang menyampaikan lagu 60an "Main buih sabun" dan "Oh Itik"...penutup oleh Hafiz dan kawan2nya; You are The Sunshine...semua secara adhoc jer...Pelajar Taayah pun gitu juga ada dua lagu..pastu pergi makan, ummi masak bihun goreng dan mi goreng, nasi himpit dan kueh raya..peyek paling laku...Rasanya kejap sangat mereka datang kira satu jam lebih kurang kemudian balik dalam keadaan moyok...


Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Thursday, September 22, 2011

Hari ni Pak Anjang (Mr X) datang lagi sebagaimana biasanya membawa pelbagai jenis makanan siap berbungkus..Selain Pak Anjang ada wakil dari Jabatan Mineral dan Geosains datang membawa kad jemputan kepada asrama ini untuk Majlis Hari Raya mereka pada hari Selasa depan...

Sementara petang ini jam 3:55pm wakil dari BSN datang untuk urusan rutin mereka..di samping itu Us. Amin juga datang untuk membincangkan kelas tahfiz yang terhenti kerana Ramadhan dulu dan beliau akan menggantikan Us. Faiz yang masuk UM...Hari ini bincang jadual dulu kerana ustaz ini mengajar di Sek Taayah sama dengan walid...mungkin sebelah petang atau malam dia boleh datang untuk memantau hafazan budak2 ini..

Jam 5:00pm 10 orang anak yatim kita di jemput ke kediaman MB untuk mengetuai kumpulan zikir dan mereka dah berlatih untuk itu dua hari lalu...semalam ada seorang wakil dari pihak penganjur datang mengikuti persembahan mereka...harap2 tu berjayalah....

Sementara itu walid pula hari ini menerima panggilan dari dua tempat pertama dari sebuah syarikat yang nak buat makan tengahari di asrama ini dan menyampaikan sumbangan hamper kepada anak2 ini tapi belum confirm betul lagi sebab walid minta datang berunding di asrama...yang kedua dari Maybank yang akan menganjurkan Majlis Sambutan Raya pada 1 Oktober ni di Taman Rekreasi Ipoh, walid maklumkan kita tidak ada kenderaan kalau penganjur boleh sediakan no problem, katanya pihaknya boleh sediakan...kira jadi...

Wednesday, September 21, 2011

Pagi ini ada hamba Allah sponsor nasi lemak kemudian dalam pukul 10 gitu ada lagi orang hantar berbungkus2 mi dan bihun goreng dan tengahari pula ada lagi orang dari Tm. Seri Tambun  hantar seperiuk nasi ayam....Alhamdulillah..

Jam 7:00pm Sdr Azizi dari DBI datang untuk menyampaikan wang untuk buat kenduri dan tahlil arwah kakaknya yang meninggal hari ini di Puterajaya..Alfatihah..

Tuesday, September 20, 2011

Lapuran dari ummi hari ni ada Pn. Zila wakil Ajk PIBG dari Sek. Keb. Tambun datang untuk mendapat persetujuan tarikh bagi satu lawatan ke asrama ini yang akan disertai oleh lebih seratus orang murid di sk tersebut guna untuk menziarahi dan melihat sendiri kehidupan anak2 yatim di sini untuk menimbulkan kesedaran kepada mereka yang hidup dengan ibu bapa disisi...

Hari ni juga Cik Suhaila dari Nikkie Glogal Marketing datang untuk berbincang peluang untuk membantu menambah dana pentadbiran asrama ini...   

Kemudiannya Cik Niza dan ibunya dari Tm. Meru datang untuk menyampaikan sumbangan satu beg penuh kueh raya ...agak lama juga tak datang...

Selepas itu datang pula pengunjung yang kerap datang ke sini menyampai sumbangan wang, kopiah dan baju t terpakai yang masih elok untuk anak2 ini.


Monday, September 19, 2011

Hari ini puasa sunat Isnin seperti amalan lazim sebelum ni...begitu juga solat Dhuha dan bacaan ma'thurat yang baru diperkenalkan pun menurut ummi berjalan seperti biasa dipimpin oleh Rauf selepas itu baru kelas bermula...

Jam 11:00am Huda Mansor pelajar UK datang kerana besok akan berlepas pulang ke sana semula dan katanya kepada ummu bulan February tahun 2012 baru balik untuk praktikal di Penang. Sebelum balik ni datang untuk berjumpa dengan adik2 disini. Kumpulan mereka inilah yang merintis program Simfoni Kasih pertama kemudian diteruskan oleh junior mereka di Kolej Mara Banting di sini.

Selepas itu Pn Intan dari BSN datang bertemankan pelajar yang praktikal di situ untuk menyelesaikan kemasukan wang kedalam buku anak2 ni..

Berbuka hari ini menu kari dalca, ikan kembung goreng dan sambal belacan....

Sunday, September 18, 2011

Pagi ni ummi terima telefon dari Makcik Yong lebih kurang jam 11am minta pinjamkan anak2 yang boleh mem baca Yasin ke Bandar Baru Putra kerana ada majlis di sana dan ummi pun pilihlah Raof, Danial, Anas dan Hafiz sambil beritahu kepada Cik Yong tolong bawa balik cepat selepas majlis kerana selepas Zohor nanti orang-orang PPH Ulu Kinta akan datang mengambil mereka ke majlis Hari Raya di kem sana...Rupanya bukan untuk meramaikan majlis bacaan Yasin tetapi menjadi Khalifah memimpin bacaan Yasin..jadi Rauf dan yang pergi memang terlatih setiap maghrib samada memimpin bacaan Yasin atau Tahlil...beres...Barulah Cik Yong beritahu yang ada dalam majlis tu orang2 perempuan dewasa dan berumur tapi tak boleh nak pimpin jadi kena ikut anak2 yatim...dan terkedu mereka dibuatnya sehingga ibu Cik Yong ni suruh hantar cucunya (anak lelaki bongsu Cik Yong) belajar di asrama anak yatim.

Selapas tu datang jiran kami semasa di Rapat Setia Baru dulu Sdr Mohamad dan isteri yang sebelum ini tersesat jalan mencari asrama terus pulang begitu saja..hari ini mereka dapat mencari tempat ini dengan mudah setelah dapat petua..Tujuan kedatangan ini adalah untuk melihat lokasi surau yang bakal didirikan dan yang beliaulah yang akan melukis plannya, justeru datang nak tengok betul2 tempatnya..sedikit kekeliruan terjadi kerana lakarannya untuk buat kelas dan pejabat sedangkan kita nak buat surau dan rumah guru...bila dah datang baru nampak jelas kedudukan tapak dan persekitarannya..Cerita punya cerita timbullah pula mereka nak hantar anak ke Sek Izzuddin dan ke Madrasah Idrisiah K.Kangsar petang nanti...Ummi tanya boleh tak nak tumpangkan sekali Ati kami...Anak depa tingkatan 3..Tak dak masalah...kami tunggu panggilan nanti..dan dekat pukul 6:00pm kami tunggu ditepi jalan besar Tambun tempat yang disebut dalam telefon...

Yang cerita tetamu lain pula yang menziarahi kami hari ini selain di atas ialah En. Ayob dan isteri datang menyampaikan kad jemputan majlis perkahwinan anak mereka bulan depan, kemudian datang pula Hafiz bersama kawannya membawa beras dan sumbangan wang sementara Hafiz nak ambil bekas2 tupperware emaknya yang masak untuk kami dan terakhirnya ialah dua buah feri sekolah PPH dengan lima orang anggota untuk mengambil anak2 ini ke majlis Hari Raya di kem Ulu Kinta..


Saturday, September 17, 2011

Hari ini walid ada urusan di Pdg. Rengas pergi seorang diri tanpa drebar sementara anak2 ini pula dijemput kerumah En. Mazlan dikediamannya di Tm. Tambun untuk menghadiri rumah terbuka Idil Fitri dan menerima duit raya dari YB Dato Husni Hanazlah...

Pada petangnya pula  ada beberapa orang tetamu datang sekitar jam 2:30pm  Us. Amin datang untuk berjumpa walid tapi masa tu walid belum balik so dia pulang semasa ada tetamu lain yang datang nak berbincang pasal korban lembu yang nak disumbangkan ke asrama katanya..jadi bila walid tak ada maka perbincangan terhenti begitu saja dan katanya akan hubungi lain kali...

Friday, September 16, 2011

Hari ini cuti umum dan kita disini juga turut bercuti tiada persekolahan dan anak2 ini diminta membasuh baju sekolah mereka selepas sarapan...sarapan hari ini mi kuah..

Semasa anak2 ini solat Dhuha ada tetamu dari Tm. Hiburan kali pertama datang ditemani seorang tempatan disini untuk menyampaikan infaq wajib simpanannya.

Selepas solat dan ma'thurat gotong royong membersihkan laluan belakang asrama iaitu laluan mereka ke masjid Hari Jumaat..




Jam 5:30pm ada tetamu datang keluarga Pn Mimi dan keluarga abangnya menghantar barang keperluan dapur dan selepas tu walid terima panggilan dari Sdr Abdul Fatah dari Batu Gajah yang memaklumkan telah bank in sebanyak RM800 untuk duit raya dan pembangunan..sememangnya kami sedang menanti plan siap untuk pembinaan rumah guru dan surau dua tingkat, mungkin besok Sabtu pelukis plan akan datang...in sya Allah..

Balik dari BIMB 6:30pm ada tiga orang pelajar KISDAR datang ziarah bertanyakan tentang asrama ini dan apa program yang boleh mereka buat di sini.

Lepas Solat Maghrib anak2 ini dijemput untuk undangan Jamuan Hari Raya di Tm. Tanjung Permai.  Tapi walid ada hal terpaksa bergegas selepas solat untuk bank in duit poket kat angah dan adiknya di USIM...Bila walid balik lebih kurang jam 9 pm ada satu kereta yang dah nak beredar dari laman cuma sempat angkat tangan dan tanya dari mana saja, kata ummi mereka sekeluarga datang dari Kg Kepayang Fair Park dekat Stadium Indera Mulia Ipoh..datang tujuan nak sampaikan sumbangan..

Thursday, September 15, 2011

Berakhirlah UPSR jam 4:15pm..Basirah mengatakan dia dapat jawab dengan yakin sementara Sarah tak berani nak kata senang....

Hari ini menjadi hari yang agak sibuk bagi walid dan ummi...Balik dari sekolah terus ke Kuala Kangsar untuk ambil Izati di Idrisiah...on the way teringat nak singgah Hospital K.Kangsar dan telefon kawan; Sdr Shafawi yang bekerja di unit patologi untuk pemeriksaan darah kebetulan puasa Khamis hari ni...rupanya unit dia buat jamuan berbuka jadi kena tunggu sekejap...selesai ambil darah terus ke Idrisiah dan balik terus. Sampai saja Tambun terus ke Sek. Keb. PPH tempat dua calon kami mengambil peperiksaan tunggu hingga 4:15 baru mereka keluar, pada masa tu dapat panggilan dari hospital Sdr Shafawi memaklumkan uric asid walid tinggi 600, kandungan gula 8 dan kolestrol kira ok lah... kemudian kami balik ke asrama untuk dua orang ni tukar pakaian kerana ada pegawai BSN menunggu untuk update akaun mereka di BSN Ipoh Garden hingga jam 6:00pm, itupun belum selesai kena sambung ke hari Isnin depan sebab esok cuti..Semasa kami pergi kesana asrama dijaga oleh Ustazah Zaharah.

Hari ini makanan datang bertalu2...mula dengan Mr X yang menghantar pelbagai makanan seperti biasanya..kemudian Kak Zai yang menghantar jamuan berbuka, datang orang dari Sg. Rokam bagi mi rebus dan beberap minit sebelum berbuka datang pula orang dari Tg. Rambutan bawa laksa beras...Alhamdulillah...



Wednesday, September 14, 2011

Pukul 7am tadi walid dan ummi pergi menghantar Sarah dan Basirah ke Ulu Kinta untuk hari kedua peperiksaan UPSR...semasa balik mereka berdua beritau soalan hari ini agak susah juga namun mereka jawab semua soalan yang diberi...besok adalah hari akhir UPSR..didoakan semoga mereka berjaya...

Jam 9:30am lebih kurang wakil dari BSN Ipoh datang untuk mengemaskini akaun anak2 ini.

Jam 11:00am ummi ke Majlis Sambutan Hari Raya anjuran Kem. Kesihatan Peringkat Negeri Perak atas undangan khas mewakili asrama untuk menerima sumbangan cek sempena sambutan tersebut.



Calon UPSR kami yang dua orang; Sarah dan Basirah selesai peperiksaan hari pertama pada jam 1;00am dan walid serta ummi pergi jemput mereka dari Sek Keb PPH Ulu Kinta...Rasanya berdasarkan cerita yang didengar mereka boleh buat. Begitulah harapan dan doa kami....

Hari ini sebelum pergi jemput budak2 ini Makcik Zai dan suami datang untuk mengundang budak2 ni ke jamuan di rumah mereka tapi bila dilihat semua dah penuh mereka tukar untuk sediakan jamuan berbuka pada Khamis ini...Manakala Mr X atau Pak Anjang datang lagi membawa pelbagai makanan berbungkus untuk kali kedua selepas kembali berniaga semula agaknya setelah bercuti sepanjang Ramadhan...

Monday, September 12, 2011

Angah , Kak Izzah dan Kak Iffah pulang ke U masing seusai solat Subuh pagi ni...masing2 terasa ralat kerana Hisyam belum datang2 lagi...petang ni jam 6:00pm baru ibu Yati datang menghantar mereka bertiga..menunjuk sakanlah..main badminton..tunjuk berbagai buku yang baru dibelikan oleh ibu angkat mereka...buku mewarna pun ada..tapi tak lokek langsung ajak kakak2; Syafikah, Atirah dan Atifah join sama mewarna..tak per ibu Yati kata boleh...Hakeemy katanya beraya dengan ibu kandungnya ibu Aishah, yang Hisyam dan Hafizan beraya di Johor bersama keluarga bapa angkat mereka...

Hari ini ramai juga tetamu yang datang..antaranya ialah Mr X yang mula datang menghantar pelbagai makanan ke sini pada tengahari tadi...kemudian sepasang pengantin baru Aini dari IPK Ipoh dan Kamarul dari Mahkamah Tinggi Ipoh yang baru seminggu berkahwin datang membawa barangan...

Tusyen untuk Sarah dan Basirah dikendalikan oleh guru pelatih Chikgu Ehsan yang mengajar Sains...Besok adalah peperiksaan sebenar mereka berdua dan malam ni mereka akan bermalam dirumah teacher....

Sunday, September 11, 2011

Gambar2 jamuan raya di Warisan Haji Jermadi di MK Tm. Perpaduan:




Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Wednesday, September 7, 2011

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِ مَا سَأَلَكَ مِنْهُ نَبِيُّكَ مُحَمَّدٌ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَنَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا اسْتَعَاذَ مِنْهُ نَبِيُّكَ مُحَمَّدٌ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، وَأَنْتَ الْمُسْتَعَانُ وَعَلَيْكَ الْبَلَاغُ . وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ باِللهِ.
Ya Allah sesungguhnya ku pohon kepadaMu apa jua kebaikan yang dipohon kepadaMu oleh NabiMu Muhammad S.A.W dan kami berlindung denganMu apa jua yang diminta lindung oleh NabiMu Muhammad S.A.W..Engkaulah jua yang diminta pertolongan dan terhadapMu jua disampaikan rayuan dan tiadalah daya dan kekuatan kecuali hanya dengan Allah 

Tuesday, September 6, 2011

Ada beberapa anak yang belum pulang ke asrama ini diantaranya ialah Hisyam tiga bersaudara yang tidak dapat dihubungi walau berkali2 kita cuba call ibu angkatnya tapi tidak berangkat...terakhir kami diberitahu oleh ibu angkatnya mereka akan beraya di Johor...Selain itu adalah Meon dan Tok wan yang juga tidak memberi alasan kenapa...
Tamu yang berkunjung kesini masih seperti bulan Ramadhan juga...jemputan untuk anak2 ni berhariraya hampir 10 undangan manakala tempahan untuk berbuka Ramadhan tahun depan 2012 semakin bertambah...Sdr Mat Tamchik dari pasukan Komando 69 datang jam 10:00am untuk menyampaikan sumbangan kutipan kumpulan mereka..Ustaz Hambali dan dua beradik orang tempatan Norazlina dan adiknya dari Puncak Tambun Indah  terkejut bila mengetahui asrama ini dah empat tahun diwujudkan...Dua anggota Pusat Latihan PGA datang selepas itu untuk menempah tarikh jamuan Hariraya PLPGA pada 17 September ni...

Sebelum Asar Sdr. Ehsan, guru pelatih dari IPG Ipoh datang untuk tusyen Sarah dan Bashirah, selepas Asar datang pula Sdr Nizam guru pelatih dari tempat yang sama juga, untuk format laptop walid yang kena virus...besok in sya Allah siap katanya...
   
Sekitar jam 6:00pm pula, Wan budak Bidor datang dihantar oleh ayah dan pakciknya. Bila ditanya kenapa datang lewat? Kerana pakciknya menghantar anaknya kesekolah berasrama dan tak sempat nak patah balik dan menghantar kemari...Kini yang belum sampai ada lima orang lagi..

Monday, September 5, 2011

Alhamdulillah...berbanyak syukur kami panjatkan ke Hadhrat Ilahi yang sentiasa menghantar hamba2nya untuk membantu kami...

Sunday, September 4, 2011

Sedar tak sedar dah lapan hari blog ini terbiar kerana hari2 terakhir Ramadhan selepas semua anak2 ini balik belaka, kami balik kerumah sendiri yang dah lama ditinggalkan..macam2 kerja terpaksa dilakukan kerana beberapa kali hujan lebat menyebabkan rumah kebanjiran kerana saluran air kelongkang besar telah tersumbat dengan pelbagai beg plastik so air dari balkoni atas dan dari bawah bertakung dan meredah masuk kedalam rumah dari tingkat atas dan bawah habis segala karpet basah....kesian kat kami....Bila walid jolok longkang menggunakan batang roller mengecat dapatlah  dikeluarkan satu demi satu beg plastik ketika itu barulah air dapat disurutkan....

Berayalah kami sekeluarga di situ beberapa hari menerima kunjungan tetamu tanpa laptop dan tanpa internet dan menziarahi sahabat handai, sanak saudara sekitar Ipoh, melawat mak sedara ummi yang sakit tua dan kakak ummi di Puncak Meru disamping menziarahi adik dan kakak walid diKulim dan semalam balik kampung kerana adik walid mengadakan walimah anak lelakinya...on the way nak balik Ipoh singgah ziarah orang sakit di P.Buntar...ada sorang lagi Toklong Che' Mah yang uzur berumur 100 tahun ++ di Bandar Baru tapi tak jadi singgah kerana masa agak lewat tika itu...

Hari ini walid dan ummi balik semula keasrama untuk mulakan tugas menjaga anak2 yatim yang mula balik malam tadi diambil oleh bang chik Ati, Imah, Anas dan Hakim dijemput bang chik dirumah nenek depa di Titi Serong. Danial datang dihantar ibu tirinya petang semalam...Dijangka hari ni ramai lagi yang akan sampai...

Petang ni hujan turun agak lebat dan semasa itu juga ada beberapa orang lagi anak2 datang diantaranya Bashirah dan Nurul disusuli oleh Rauf dan Jamal and the gang...selepas itu datang si Muhammad anak Indon...

Nak cerita rezeki anak2 yatim ni....sejak semalam semasa baru lima orang yang datang makan malam mereka disponsor oleh Sdr Aziz dari Tm. Rimba Tambun dan hari ini pula Cikgu Ali, isteri dan Diana anak mereka datang membawa laksa Penang pula jam 6:30pm tadi...semasa kami belum sampai tengahari tadipun ada pengunjung yang datang menyerahkan sampul berisi duit raya buat mereka...yang datang hantar beras pun ada....

So setakat malam ini yang datang dah ada 15 orang...Ati dah dihantar pulang ke asrama Madrasah Idrisiah petang tadi oleh bang chik..

Sekejap tadi jam 9:45pm Aizat pula datang berempat dengan adik2 perempuannya menjadikan jumlah 19 orang...

Besok in sya Allah...mula puasa Isnin serentak dengan puasa sunat Syawal..