Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Thursday, March 31, 2011

Khamis 31/3/11 Jumpa anak murid balik dari Mesir...

Alhamdulillah...Baru saja selesai berbuka dan solat Maghrib..Berbuka hari ni dimulakan dengan majlis khatam Al-Quran adik Izzuddin anaknya Pn Azmah yang jadi sponsor berbuka hari ini dan juga Iwan yang baru khatam beberapa hari lepas, disusuli dengan tahlil dan  berbuka...

Sementara di Sekolah Ta'ayah hari ni walid dikunjungi bekas pelajar yang baru pulang dari Mesir setelah menamatkan pengajian di sana diperingkat BA..Shahrizan bekas pelajar STAM tahun 20__? tak ingat..Mesir katanya dah kembali macam biasa selepas meletus revolusi baru-baru ni dan dia yang belajar di Mansourah tak ada masalah langsung tidak seperti di Kaherah..walid nasihatkan supaya terus sambung keperingkat M.A dan PhD..

Siapa tetamu asrama hari ni? Tetamu yang datang pagi ini ialah En. Rosli seorang anggota polis dengan seorang lagi rakan setugasnya polis perempuan dari balai polis Tambun katanya ingin meninjau keadaan di sini sambil menyampaikan sumbangan.

Selang tak lama selepas itu datang En. Abd Rahim  yang  baru pertama kali sampai kesini membawa hajat untuk menyampaikan infak wajibnya kepada pengurusan.

Tengahari pula Pn SharifahYati datang membawa kawannya dari Rapat Setia Baru yang berhajat untuk menyampaikan sumbangan gaji pertama anak beliau yang baru dapat kerja. Dan di waktu sessi persekolahan hampir tamat muncul pula 2 orang wakil dari Bank Rakyat Gopeng datang ambil gambar persekitaran,  untuk dibentangkan kedalam mesyuarat mereka nanti. Petangnya pula ada tamu dari kawasan berhampiran Tambun datang membawa sumbangan beras...

Sebelum jam 7:00 datang orang menghantar makanan untuk berbuka dari Restoran Seri Areeya Tomyam yang ditempah oleh Pn Azmah..diikuti oleh beliau selepas itu bersama anaknya Izzuddin...

Wednesday, March 30, 2011

Rabu 30/3/11

Hujan lebat malam tadi mencurah2 hingga air sungai Pinji sebak dan asrama lelaki kebanjiran..mungkin disebabkan longkang tersumbat, air tak dapat keluar..dan semasa walid keluar ke Lenggong jam 6:50am paras air hampir mencecah lantai jambatan dan terdapat sampah berlonggokan ditepi dan diatas jambatan akibat hujan semalam....

Persekolahan hari ini berjalan seperti biasa walaupun hanya dikonduk oleh ummi seorang sahaja..hebat betul Super Ummi yang berjaya kontrol 3 kelas seorang diri hingga jam 1:00pm..tanpa sebarang masalah..Teacher dan Ustazah Zaharah adiknya tak dapat datang kerana kereta meragam tak boleh distart..cuba hubungi orang itu orang ni minta tolong hantarkan tidak berhasil..hubungi pomen pun tengah hari baru dapat cakap...jadinya ummi kena hadapi keadaan seperti ini tanpa sebarang rungutan pun...itulah cekalnya Sang Ummi ni..walid salut dengan ketabahan dan kekentalan semangat waja seperti ini..tak payah terjerit2, tapi menurut ummi tak ada sesiapa pun yang keluar kelas, masing2 buat kerja...

Setelah selesai sessi persekolahan yang lelakinya bergotong royong mengelap lantai, basuh tikar dan jemur bantal yang basah dan lain2. Selepas solat sambung lagi gotong royong tersebut...Yang sekolah agama KAFA seramai 7 orang dihantar dengan empat basikal diketuai oleh Danial ketua umum dan dibantu oleh Aizat, Anas dan Jamal...masing2 membawa adik sendiri ke sekolah agama rakyat...balikpun mereka yang settel...

Hari ni tiada tetamu yang datang dalam keadaan cuaca mendung atau mungkin ada yang datang terkejut dengan keadaan jambatan yang penuh aneka jenis timbunan sampah lalu berpatah balik pun mungkin juga..

Ada tidakpun yang datang hari ini adalah Ah Choy  datang untuk ukur projek fasa kedua iaitu palung air dan bumbung sebelah kiri dewan....

Selain itu panggilan telefon dari pelajar BMI Gombak yang bertanyakan beberapa soalan tentang peralatan yang ada di Maahad ni untuk kegunaan mereka dalam program 2/4/11 nanti..

Tuesday, March 29, 2011

Selasa 29/3/11

Walid baru saja sampai dari Resort Tasik Raban untuk seminar menjawab soalan Bahasa Arab Tinggi SPM bagi pelajar2 Sekolah Taayah...besok ada lagi satu slot dari jam 8:00-12:30.

Tanya ummi apa perkembangan hari ini...ummi kata tak ada apa..perkara biasa cuma along budak baru tu buat hal merajuk tak mau makan dipujuk pulak oleh adik yang kecik supaya jangan nangis...dua orang adiknya tak ada masalah langsung...pandai bawa diri..

Tamu yang datang hari ni ialah Pn Hanum penderma tetap setiap bulan...
 sila lihat gambar2 sekitar resort...

Monday, March 28, 2011

Isnis 28/3/11

Alhamdulillah, dua dari tiga orang budak baru masuk tu dapat juga berpuasa hari ni...baru selesai berbuka tadi..si adik Hisyam yang berumur 6 tahun dapat bertahan setakat jam 1:00am...tu kira okey sebab masa bangun sahur jam 5:00am dia digerak juga oleh bebudak lain tapi tak jamah apa2 pun sebab dalam keadaan separuh sedar...benda baru baginya barangkali..apa pun depa kira happy lah...

Pagi ni tiga orang ni bersekolah sakan la..kasut baru dan unifom baru...ummi kata respon bagus la..bersambung...sat g..walaupun tercicir tak pernah sekolah..kesian. Si Abang tu boleh nyanyikan ABCDEFG...dan kenallah yang mana huruf besar dan kecil..Si Angah ada respon mahu salin huruf dalam buku tulis cuma si adik ni ummi kata kena pegang tangan dia...tak kenal apa...

Jam 1.30pm ada orang datang nak serah anak2 lagi yang juga mangsa cerai berai berumur 3,4 dan 5 tahun..ini kita tak dapat terima sebab kita hanya ambil anak2 yang dah boleh uruskan kencing berak dan tahu bahasa..kita tak cukup kaki tangan dan memang tak ada dalam perancangan setakat ini untuk buat nursery ambil kanak2 macam tu...

Kami keluar jam 4:00pm untuk selesaikan bayaran bil, semasa ketiadaan kami ada dua orang tamu yang datang menyumbang. Pertamanya Pn Siti Asa yang membawa kiriman orang dan keduanya seorang dari Tm Perpaduan yang pernah datang sebelum ni tapi teacher tak kenal siapa orangnya...

Selepas solat Isya' sambung gotong royong untuk membakar kawasan keliling reban yang sudah dibersihkan mengikut arahan Jab Perkhidmatan Haiwan baru2 ni...dalam masa gotong royong malam ni abg Kamarul sampai dari Kelantan...datuknya masuk semula ke Hospital Tanah Merah kerana jangkitan kuman pada paru2..esok sambung lagi..

Sunday, March 27, 2011

Ahad 27/3/11 Tiga budak baru..datang hari ni.....

Pagi Ahad ni selepas sarapan dan ngaji Quran ada yang mesin rumput bergilir2 dan ada yang mesin baju dan ada yang menguruskan arnab dan angsa...

Jam 11:00am En Mohd Rozhlan dari Kg Tersusun Bt 8 Ulu Kinta datang berkunjung ke sini untuk menyampaikan sumbangan. Saudara ni dulunya bekerja dengan Lost World of Tambun tapi sekarang dah berhenti...

Jam 12:00 Ila datang bersama suaminya Khalil menghantar puding roti dan beredar pulang dan janji akan datang petang nanti.. untuk bersama2 anak2 yatim ni...kerana ada kenduri katanya...

12.30 Rauf datang dihantar oleh maknya dengan kereta dan terus balik tanpa berjumpa dengan ummi pun...sibuk sungguh...

Jam 2:30pm,Yati bersama suami datang menghantar 3 orang anak2 baru dari Manjoi iaitu Hakeemy 9, Hafizan 8 dan Hisyam 6..anak dari keluarga bercerai berai dan tak pernah bersekolah cumanya dokumen mereka semua telah diuruskan dengan selesai oleh Si Yati ibu angkat mereka yang bekerja di JPN. Dua orang adik tu tak ada masalah langsung boleh masuk kawan cuma si abang pula yang ada sedikit manja dan tak mahu tinggal di asrama tapi akhirnya bila melihat 2 adiknya happy jer dia pun tak merengek dan bila masuk Asar ketiga2nya sembahyang berjamaah kemudian baca Iqra' di temani oleh Jamal dan Amin...

Selesai mengaji petang kami buat gotong royong untuk membersihkan reban dan buang segala pukat jaring kerana nak jadikannya lapang...Ketiga2 anak baru ni terus berpartisipasi tak payah di arah2 dan nak buat macam mana bebudak lama buat...Itu yang menariknya tentang depa ni...yang si Hafizan ni mulutnya pot pet pot pet dengan suara mersik sepanjang datang kesini hinggalah tertidur tadi...

Sebelah petang datang kembali Us Khalil dan Ila untuk melihat anak2 yatim ni masa tu depa dah pun makan puding yang dibawa sebaik selesai jemaah Asar..

Kemudian datang En Mustafa orang Tambun bawa cabai merah, belacan dan sbgnya...kemudian mempelawa satu kotak berisi baju terpakai katanya kiriman orang..kami tunjukkan 5 guni pakaian yang dihantar semalam..

Jam 6:00 En Idris datang membawa bungkusan nasi lemak sumbangan keluarganya..dia adalah pemandu lori Inflow yang selalu kemari menghantar kuih muih petang...

Kemudian datang pula beberapa orang pelajar dari UTP untuk berjumpa walid....sampai solat Isya'.....

Selepas itu ummi pula mengubahsuai kedudukan katil untuk mengelak dari kejadian jatuh katil dan budak bertiga dan yang kecil di beri katil single sahaja sementara double decker hanya untuk anak2 yang besar sahaja..

Saturday, March 26, 2011

Sabtu 26/3/11

Selepas sarapan pagi dan ngaji Quran jam 8:00am ada gotong royong membersihkan kawasan, asrama, kelas dan dewan. Tak lama selepas itu datang lagi Ah Choy dengan orang2nya untuk memasang pintu besi, dengan itu selesailah satu fasa kerja dia fasa kedua ialah memasang palung air didewan yang akan dipasang minggu depan katanya.

Jam 11.30 ada jemputan kenduri kahwin di Tm Seri Tambun di belakang asrama ini.
Ada sebuah kereta datang sekitar jam 2.30 hanya untuk menghantar beras dan keperluan dapur kemudian terus beredar. Selepas itu datang pula Aina Katering membawa bihun goreng.

Jam 6.15pm datang sebuah kereta menghantar 5 guni plastik gula berisi pakaian terpakai ditinggalkan kepada bebudak ni dan terus pergi.. bila diperiksa ada serba serbi pakaian berbagai saiz termasuk lampin plastik bayi lama pun ada.....adui...letih..

Selang tak lama lepas itu datang pula dua kereta keluarga Pn Yati mak angkat Hakim yang janji hari ni nak kenduri kuah durian dengan roti sebenarnya bukannya pulut macam yang walid tulis semalam. Mereka pun terkejut tengok longgokan pakaian terpakai yang beraneka ragam tu...

Selepas itu ada orang hantar nasi kenduri dan akhir sekali selepas solat Isyak datanglah isteri Shamsul taukeh chicken chop di Kg Dato Ahmad Said Gugusan Manjoi menghantar chicken chop seperti mana yang dijanjikan semalam...Shamsulnye tak dapat datang kerana berniaga..insya Allah jika rezeki murah kami akan datang lagi kata isterinya...AlhamdulilLah...

Friday, March 25, 2011

Jumaat 25/3/11 Rangkuman laporan hari ini..

Ada beberapa orang tetamu yang datang hari ini seorang darinya datang pada jam 9:30am seorang wanita yang menghantar kek dan seluar sukan untuk anak2 ni dari Tm. Perpaduan..sementara yang keduanya ialah penyumbang tetap keluarga En. Razali dan isteri dari Tm. Rimba Tambun yang hari ni datang membawa beras sebelum anak2 ni rehat diikuti pula kemudiannya oleh Pn. Yati yang datang jam 12:00 dari Tm Meru bersama dua orang anak yatim untuk diserahkan keasrama ni...

Sebenarnya ada tiga orang semuanya tapi yang sempat dibawa pagi ini hanya dua orang saja..mereka datang semalam lagi tetapi tidak sempat berjumpa kami dan kedatangan hari ini pun untuk tujuan yang sama bagi mendapat persetujuan diterima atau tidak..juga untuk membiasakan anak2 yatim ini dengan suasana disini..kemudian akan datang semula hari Isnin depan selepas membuat sedikit persiapan barangkali....

Cerita abg Kamarul pula hari ni menyatakan hasrat untuk balik ke Kelantan menziarahi datuknya yang uzur dan dimasukkan ke hospital sudah beberapa hari serentak dengan satu kemalangan jalan raya yang membabitkan adik perempuannya di KL yang sarat mengandung, kemalangan itu berlaku dalam hujan lebat semasa adik perempuannya keluar menuju ketempat kerja..keretanya terlibat dalam kemalangan membabitkan deretan beberapa kereta dihadapan, dalam kejadian tersebut dikatakan ketubannya pecah kerana terhentak di stering kereta dan dia diselamatkan oleh seorang jururawat dalam kereta dibelakangnya yang terus membawanya ke HUKM untuk pembedahan mengeluarkan bayinya, keadaan bayi agak kritikal di ICU ...Jadi mak abg Kamarul bergegas ke KL untuk melihat adiknya dan dalam masa itulah juga menerima panggilan dari atuknya yang meminta emaknya balik segera ke Kelantan...jadi abg Kamarul ni tersepit antara dua; ingatkan adik dan atuknya yang mahukan emaknya menziarahinya...jadi dia balik ke Kelantan hari ni mewakili emaknya dan membawa bersamanya si Aizat dan Danial untuk menemaninya diperjalanan. Tadi dia telefon ummi menyatakan dah selamat sampai di Jeli.

Lepas Jumaat datang pula seorang eksekutif syarikat iklan berbangsa Cina dari KL meninjau untuk menggunakan tapak tanah kami yang berhampiran lebuh raya utk didirikan billboard...tapi walid nyatakan sudah ada sebelum ini syarikat iklan yang memohon cuma tak tahu perkembangan seterusnya..namun dia nampaknya amat mengharap jawapan secepat mungkin diberikan...

Petang ni pula ummi menerima panggilan telefon dari Rimba Tambun yang berhajat menempah tarikh untuk mengadakan jamuan pulut durian..iaitu Pn Yati mak angkat Hakim..yang katanya ada buah durian kebun yang nak disedekahkan kepada anak2 yatim di sini.

Malam ini adalah malam Melur ke15 yang dipengerusikan oleh Iwan. Menurut ummi persembahan malam ini menyerlahkan bakat Jamal dan Tokwan serta Hafiz dalam persembahan mereka....sila saksikan gambar2 MELUR 15 dalam fb.

Thursday, March 24, 2011

Khamis 24/3/11

Hari ini hari puasa Khamis, amalan yang akan diterapkan secara berterusan insya Allah, kerana banyak kesan baiknya yang dapat dilihat..persekolahan hari ni yang melibatkan kelas ummi dihujung sekali terpaksa dipindahkan keruang makan kerana Ah Choy dan kawan2nya datang untuk memasang grill pada tingkap dan pintu dibilik sebelah kelas ummi mengajar kerana mengelak kebisingan. Dalam bilik tersebut ada satu tangga yang menghubungi ketingkat atas yang ada dua bilik sekarang ini dijadikan stor menyimpan baju2 terpakai sumbangan orang ramai. Ini sebagai langkah keselamatan dan ikhtiar manusiawi...

Jam 2:00pm walid dan ummi keluar  membeli kawat mata punai untuk memagar kawasan angsa yang semakin kerap keluar kawasan bersama itik serati secara berkumpulan..angsa2 ni pula dah pandai mengeluarkan siren amaran bila ada orang baru yang datang..

Sebaik kami pulang keasrama diberitahu budak2 ni ada orang bawa anak2 yatim nak belajar di sini..orang tu bersembang dengan teacher..tunggu ummi balik, pastu depa balik..Siapakah mereka? Adakah itu anak muallaf Cina yang sedang kami nanti tu...Baru2 ni PTA Ipoh ada telefon walid ada dua orang anak yatim emaknya seorang muallaf Cina, boleh terima ker? Walid beritahu kami terima dengan syarat mereka menerima untuk belajar di sekolah kami sendiri..kerana kami adalah sekolah berasrama penuh anak yatim...Rupanya bila ummi bertanya teacher, yang datang tu adalah anak yatim lain dari sebelah Manjoi...3 orang anak lelaki yang baru siap surat beranak mereka diproses..

Selepas tu sekitar jam 5:00 ada satu keluarga dari Kg Dato Ahmad Said datang untuk menghulurkan sumbangan...Alhamdulillah..baru kali pertama datang ke tempat ini...

Lewat petang datang pula sebuah kereta menghantar mi goreng kicap, katanya dari katering Desa Tambun yang datang tanpa memberitahu terlebih dahulu, ingatkan mereka adalah wakil dari mak datin rupanya orang lain...kemudian baru menyusul Datin yang sponsor jamuan berbuka puasa hari ni yang menempah tarikh ini sebulan yang lepas..

Wednesday, March 23, 2011

Rabu 23/3/11

Hari-hari hujan petang di sini..bermula jam 2 lebih tadi hujan mulai turun..sekarang jam 5.12 baru mula renyai2 nak berhenti..Sebentar tadi dua orang pelajar perempuan dari Poli datang untuk menyerahkan surat dan tentatif program Lawatan Baktisiswa anjuran Kelab Pengurusan Peruncitan PUO. Program ini akan diadakan pada 27/3/11 mulai jam 8:00am-4:00pm. Setiausaha kelab sebelum ni dah telefon semasa hujan lebat memaklumkan tak dapat datang kerana mereka menaiki motorsikal, namun bila hujan mulai reda  mereka datang juga. Langkah seperti inilah yang sebaiknya untuk menyatakan kesungguhan dan memudahkan pengurusan...

Petang ini Nan datang dibawa oleh paksunya setelah beberapa minggu pulang untuk menerima rawatan masalah yang dihadapinya...kata paksunya tadi Nan menerima rawatan tradisional kiranya tidak ada perubahan kali ni mereka akan usahakan lagi..

Yang belum sampai lagi Rauf seorang jer lagi...apa masalahnya pun tak tahu..baru sebentar kami menerima panggilan dari emak Rauf memohon maaf kerana tidak dapat menghantar keasrama buat masa ini kerana road tax mati plak...Dia dah tarik muka nak menyebal sebab tak leh hantar dia lagi...

Tuesday, March 22, 2011

22/3/11 Selasa

Hari ini persekolahan seperti biasa cuma kelas petang yang biasanya dikendalikan oleh Ustazah Zaharah ditiadakan atas arahan ummi kerana dijangkakan satu program anjuran pelajar Politeknik Ungku Omar akan diadakan disini jam 3:00pm kononnya akan datang bersama 30 orang pelajar dari jam 3 hingga 5 petang kata seorang pelajar yang memperkenalkan dirinya sebagai Raj seorang pelajar berbangsa India agaknya sebab tidak memberi salam...Ummi terima panggilan ini dua minggu lepas dan minta dia datang sendiri untuk berbincang dan  apa program yang akan diadakan..tapi dia kata kira jadi..minta program itu diadakan sebelah pagi..tak boleh, sebab pagi persekolahan kata ummi. Lalu ditunda dari waktu pagi kepukul 3-5pm. Anak2 disini pun diarahkan supaya menyusun kerusi meja dalam dewan dan diminta bersedia untuk menyertai program.....tak datang!!! Kalau ye pun telefon lah untuk maklumkan pembatalan atau apa2 masalah...inilah masalah bila order menerusi telefon....

Siapa yang datang??? Yang datang Pn Anum tuan punya Sunway Fitness, datang bersama anak lelakinya menyumbang beberapa beg beras...katanya dia pernah datang sebelum ini...selepas itu datang pula Pn Mimi yang bekerja di Hospital Bahagi Ulu Kinta.

Malamnya kami keluar ke farmasi untuk mencari sedikit ubat2an bagi kegunaan asrama...

Monday, March 21, 2011

Isnin 21/3/11

Persekolahan berjalan seperti biasa dan hari Isnin adalah hari puasa, makanya yang ada semuanya berpuasa termasuk Wan yang sampai pagi ini pun berpuasa..Menurut pak saudaranya yang menghantar Wan pagi ni, sepatutnya semalan lagi Wan ni dihantar balik tapi disebabkan mereka terpaksa hantar sepupu Wan ke SMKA Slim River kemudian balik mengambil Wan untuk dihantar kemari tapi masa tu dah jam 8.00 malam jadi Wan tidur di Batu Gajah di rumah mereka jer lah. Cerita Wan nak di ambil oleh opahnya dah tak berbangkit lagi sebab budak ni pun tak mahu tinggal dengan opahnyer sebab dah seronok di asrama ni...

Yang belum sampai lagi hingga kini ialah Rauf pak imam..tak ada sebarang info dari emaknya kenapa Rauf belum sampai lagi..

Hari ni walid terpaksa ke klinik juga untuk dapatkan injection setelah melarat kedua2 belah kaki tak boleh melangkah apatah lagi berjalan....gagahilah juga drive untuk sampai ke klinik untuk dapatkan satu jarum...pastu kena tidur sejam dua dengan nyenyaknye baru kurang kesakitan tu..sekarang ni dah kembali biasa dan baru jer balik dari Bank Islam Ipoh jam 10.30am....bawa Udin sekali untuk dapatkan information apa rahsia tersembunyi setelah bebudak yang balik kampung datang semula ke asrama..ada tak apa2 benda terlarang yang depa seludup...Udin sengih jer...

Cerita Hafiz pula semasa cuti baru ni dia diusung merata oleh Pak Udanya untuk perdengarkan kepada saudara mara macam mana fasihnya Hafiz membaca Al-Quran dengan suara yang jelas dan lemak merdu pakat pujilah dengan penuh bangga pencapaian anak saudara ni....

Hari ni boleh dikatakan tidak nampak matahari  sejak pagi lagi hujan turun sampai sekarang, ni pun masih ada rintik2 hujan..jadi tak nampak sesiapa pun tidur di atas wakaf..masa cuti ada yang tidur...ni mungkin berkerumun nak dengar cerita atau lawan bercerita....

Sunday, March 20, 2011

Rangkuman berita hari ini Ahad 20/3/11

Jam 11.00am hari ni kami menerima kunjungan dari pelajar UTP yang mengadakan lawatan amal ke asrama ini..
Jam 12 ada jemputan kenduri  di Bt 4 yang menjemput secara mendadak mana yang ada, untuk menghadiri majlis kenduri mereka, jadi 10 budak hitam yang ada ni terpinga2 kerana tiba2 saja diarah supaya bersiap utk makan kenduri...

Seperti yang diketahui hari ini merupakan hari terakhir cuti sekolah dan anak yatim yang pertama pulang ke asrama tengahari ni adalah Che On dan Izwan (Tokwan) yang datang sekali dihantar oleh bapa saudara tokwan. Selepas mereka berdua datang pula lainnya..Setakat ini selain Rauf, Nan dan Wan semuanya dah pulang keasrama...Wan ni mungkin ada masalah dengan opahnya (mak arwah ibunya) yang dikatakan tak setuju cucunya dihantar kesini...dia nak bela sendiri cucunya itu...kalau betul maklumat itu terpulanglah....selama beberapa bulan berada disini dah banyak perubahan berlaku pada diri Wan ni...Sementara Nan pula ada masalah kesihatan dan kami memang suruh keluarganya selesaikan sendiri...Rauf mungkin esok balik keasrama..

Pada petang ni juga disamping waris yang datang menghantar anak2 yatim keasrama ada tamu yang datang untuk menghulurkan sumbangan...Selepas solat Maghrib ada jemputan kenduri kesyukuran di Bt 5 dirumah En. Bukhari yang sebelum ni mengadakan perarakan Maulidur Rasul...dan mengundang anak yatim disini untuk bernasyid....masa trip pertama datang abg Kamarul on the way balik dari menghantar Ati ke Madrasah Idrisiah, K.Kangsar tapi sempatlah sampai kerana dalam kereta semasa ngantar Ati ada bawa Amin dan Pikah, jadi dua beradik dapatlah pergi undangan Maghrib tadi...

Sementara itu mak datin pula sibuk didapur untuk menunaikan janjinya nak buat roti jala...sebaik bebudak ni pergi memenuhi undangan dia pun mulalah buat roti jala kuah durian dah dibuat sebelum Maghrib lagi kalau tak silap....katanya kalau nanti dah kenyang boleh dihidang semasa sahur nanti...esok puasa Isnin...Padanlah pulak bebudak ni dihantar pulang ke asrama dah jam 10.45pm...memang sah ler depa kena makan waktu sahur.........

Saturday, March 19, 2011

19/3/11 Sabtu

Hari ni ada jemputan untuk sepuluh budak hitam kami ini ke majlis kenduri kesyukuran sempena orang nak mengerjakan umrah...Yang datang menjemputnya ialah seorang pengusaha pembekal anak-anak benih kelapa sawit dekat Tambun ni juga yang boleh dikategori sebagai berjaya dalam kerjayanya..dan memang berniat untuk menjamu anak2 yatim dan bersedekah kepada mereka...kalau tak silap mereka akan berlepas ketanah suci esok.
Sebelum itu Abg Ajis datang untuk menghantar ayam2 segar dari Ju Ayam Bing yang terlupa hantar pada hari Jumaat ikut kebiasaannya..Sebuk...la tu. Kebetulan baru ni ada orang telefon bertanya kami dimana boleh dapatkan ayam untuk kenduri kahwin? Yang kami tahu inilah Jue Ayam Bing dan ceritakan tempatnya dan petua lokasinya kemudian telefon lagi minta no telefonnya plak...

Hari ni Jamal dan Udin meneruskan kerja mesin rumput yang dimulakan semalam...dan luas jugalah kawasan yang dimesin tu...hari ni cuaca redup dan minggu ni boleh dikatakan setiap petang hujun turun...Ada sesuatu yang menjadi tanda tanya kenapa tong minyak petrol yang baru dibeli langsung tidak diusik mereka sejak dibeli seminggu sebelum cuti lagi? Sebelum ni ummi dah buat peraturan orang yang boleh menggunakan mesin tu mesti yang umur sekolah menengah dan mesti isi borang. Jadi geng yang berkelayakan utk guna mesin ni Danial, Aizat dan Che On termasuklah Tokwan...Jamal tak masuk sebab kategori sekolah rendah...Hairannya depa ni sebelum balik cuti (geng menengah semua balik bercuti) tak peduli pun tong petrol tu...Semalam kita pelawa kat Jamal pergi amik mesin  dan isi minyak sebab rumput dah nak panjang nanti liat. Bila diisi minyak 2T tambah minyak petrol...start punya start tak hidup rupanya....Tanya kepada Jamal siapa yang last guna mesin ni ari tu? Rasanya Danial kut...kami tak leh pakai...umi tak bagi..Rupanya ada masalah pada mesin tu dan depa simpan senyap2 dan make donno...cantik punya perangai..tak bertanggung jawap... Pastu suruh abg Kamarul check plug mungkin masalah disitu..ada la sikit karbonise dan nak dicuci dg kertas pasir..kertas pasir plak tak ada..Udin kata kertas pasir selalu budak Bangla kilang sebelah buang tepi kilang...suruh dia pergi minta kat bangla....Udin ni manusia lucu...loklak dan terhengkak2...dia bawa balik kertas pasir tu dia cerita la..bangla tu tak faham kami cakap? Apa??Hang kata apa? Kami kata ada kertas pasiar? Bangla kata ada?Dia faham la tuu! Tapi dia tak faham kami kata nak sikit...dia kata: apa?apa?pastu kami tukar bahasa...kami guna bahasa bangla,,kami kata nak sikak!!!...apa? Sikit kami tukar kata sikak...pastu dia faham dan bagi sikit kat kami...Mana hang tau bangla kata sikit tu sikak????Kami reka jer!!...tapi pastu dia faham....Pecah perut ummi gelak sampai terbatuk2...adakah kertas pasir boleh faham.....sikit tak leh faham....
Dah dapat kertas pasir cuciler plugnya....pasang balik start tak hidup pun...2T dah bubuh? Dah... banyak ke sikit? Satu tudung penuh....Mak oi banyak tu....pakat start tak leh jgak...Amin plak try,,,hidup pi kat dia...senyum melerek....Rupanya minyak belum sebati dg 2T jadi bila kawan ni goncang kawan ni goncang hidup ler lepas tu...Hari ni senang jer hidup....okla...
Lepas selesai mesin rumput tunggu sampai petang sket... pukul 6pm ummi minta tolong abg Kamarul pi pasar malam di Tmn Perpaduan utk beli sayur dan ikan..suruh bawa Jamal dan Udin sbb rajin dan tak tidur dan bawa Pikah sbb Pikah baru baik demam dan teringin nak makan ikan plak dah lama kami tak makan ikan, dok makan ayam dg daging jer...rupanya si bibik pun teringin nak ikut sekali mau bawa bakul katanyak... Abg Kamarul rupanya memang niat nak belanja kat bebudak yg tak balik ni ...cuma amendanye..ummi kata ayam percik ok kut...setuju...Pukul 7.30pm depa balik..dah masuk Maghrib..habis jer sembahyang..masa tu hujan sekali lagi...tak dak lah tahlil dan yasin..terpa mai nak makan..ada 15 ketul ayam percik, pedal dan hati ayam percik gak...keropok lekor dua pinggan..apam balik dua pinggan dan Si Udin belanja 6rm..utk beli air kelapa satu jag dan kat ummi satu bungkas bahasa bangla....dan durian 3 longgok rm 30 utk buat kuah roti jala maa...Jamal tak belanja apa2 ler sbb duit dia dah abis di Kuala Woh...nga alif nga alif ler...depa empat beradik ni bab duit,  bab tenaga memang tak kedekut dan berkira..esok ummi nak ganti balik pasai kenangkan kemuliaan hati tu....gitu ler cite ari ni....

testing......

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Friday, March 18, 2011

Jumaat 18/3/11

Pagi ini tiba2 saja walid diserang gout di kawasan tumit akibatnya tidak boleh melangkah terpaksa menggunakan tongkat rotan untuk menapak kedepan...sakitnya lagu mana hanya diketahui oleh orang yang ahli gout saja...baru jer baik demam dan buasir bersambung plak dg gout..Alhamdulillah redha...

Tamu hari ni..Sdr Azizi Hj Kasim dari MBI datang untuk memberi tahu satu majlis akan diadakan oleh jabatan beliau mengantikan majlis Gunung Lang yang diterbangkan angin itu hari, akan diadakan pada April ni cuma tarikhnya belum ditetapkan bergantung kepada Dato Bandar...disamping itu beliau sendiri ingin menyampaikan sumbangan sedekah hari ini..alhamdulillah.

Melur kali Ke14 sdg berlangsung walaupun bilangan tak ramai tapi mereka sendiri bersemangat nak teruskan...nanti sambung....
Walaupun jumlah anak2 yang tak balik cuti hanya 10 orang jer namun mereka boleh terus mengadakan Melur ke 14 ni..Dengan dipengerusikan oleh Udin

Thursday, March 17, 2011

Khamis 17/3/11

Pagi ni anak2 yatim dibawa abang Kamarul dan Mak Datin Bariah berkelah dan mandi manda di Kuala Woh, Jalan Tapah - Cameron Highland..bertolak dari asrama jam 9.30..Ummi demam semula disamping batuk yg tak habis2 lagi...walid dah baik demam cuma letih, suara hilang dan tak ada selera makan....

Jam 11.30am, ada dua orang tamu lelaki datang En Basri dan kawannya En Arifin yg menunjuk jalan ..kesini. En. Basri ni datang untuk menyumbang bagi pihak adik lelakinya yang baru meninggal dunia akibat penyakit kencing manis.

Jam 3.30pm kami didatangi pula tetamu tetap iaitu Tn Hj Samad dan isteri Hjh Ba'ie dari  Kg Melayu  Bt 8 Ulu Kinta yang membawa sumbangan beras 10kg sebanyak 4 beg...masa tu hujan dah nak turun dan mereka nak balik sebab ada projek mengecat pejabat surau katanya..

Selepas mereka pergi hujan punya ler lebat disini dengan kilat sabung menyabung dan guruh berdentum2 sampai dua kali black out..setelah habis satu pusingan pertama sekejap, turun pula kali kedua hingga sampai bebudak ni balik dari perkelahan....apa mereka bawa balik dari berkelah? Buah durian...yg dibeli di pertengahan jalan sebelum sampai ke Kuala Woh tu....mahal berdengung.,.

Buah durian tu kononnya kata datin nak buat kuah nak dipadankan dengan roti jala/surai..tapi bila dibuka jer dengan pelbagai rasa isinya, maka lupa dah roti jala....takpa kata datin nanti kita pergi cari lain....kat mane? kat Kuala Woh ler..katanya selamba....Alahai durian melambak kat pasar malam....Inipun bukan K.Woh,,,mak datin oi....ni durian Kg Gajah...kata abg Kamarul....oh gitu ker...

Wednesday, March 16, 2011

Rabu 16/3/11

Pagi ni dikesempatan cuti sekolah kita nak selesaikan kad pengenalan Izati yang tergendala sejak akhir tahun lepas. Sepatutnya dah selesai pada 28/12/10 bila ketika itu ummi bagi pihak asrama telah ajukan permohonan untuk mendapatkan kad pengenalan tersebut kerana walid masa tu out station di Sepang urusan Peperiksaan SPM, tapi kerani dikaunter JPN bila melihat surat permohonan kita, telah merujuk kepada ketua kerani diaras yang sama lalu dia datang menerangkan perlu ada surat sumpah atau ada waris kepada anak yang berkenaan yang datang sakali baru boleh diproses permohonan itu...jadi hari tu balik sajalah....
Pagi ni lebih kurang jam 10 pagi walid telefon Pn Hjh Fatimah Tim. Pengarah JPN tapi beliau ada hal nanti beliau akan call walid...mungkin ada mesyuarat kut..tunggu punya tunggu tak ada panggilan pun hinggalah jam 2.30pm walid call beliau semula...rupanya terlupa sibuk sangat katanya..walid beritahu nak selesaikan permohonan Kad Pengenalan yang gitu gini...hari ni juga. Ok datang sebelum jam 5.00 bawa surat berletter head asrama anak2 yatim, salinan surat beranak dan salinan KP tuan haji, itu jer....
Setelah siap semuanya kita sampai di JPN jam 4.15pm dan dapatkan angka giliran dan bila nak isi borang diberi tahu sistem komputer break down tak boleh buat...macam mana? nak tunggu ke? Walid kata kami tunggu..no problem..selesai isi borang semua tunggu giliran jumpa kerani perempuan India yang sama dan minta yang sama ada surat sumpah...walid cakap sebelum datang ni dah call Timbalan Pengarah Hjh Fatimah yang kata buat gini gini....dia tak puas hati pergi telefon lagi kemudian baru datang proses permohonan ambil cap jari Ati dan Walid juga kemudian pergi tangkap gambar..selesai Alhamdulillah...

Pulang dari JPN terus balik, sebaik sampai datang Pn Siti Asa yang baru pulang dari pengajian di Masjid Sultan Azlan Shah, Jalan Diary untuk menyampaikan sumbangan atas nama Muslimat Masjid utk asrama ni Alhamdulillah...
P.s: Gambar2 tidak dpt diupload disini sila ke Facebook anak yatim.....

Tuesday, March 15, 2011

Selasa 15/3/11

Dengan jumlah anak2 yatim 10 orang hari ni kita buat gotong royong di dalam dewan untuk membersihkan beberapa bilik yang akan dijadikan sebagai Perpustakaan Mini nanti...disamping itu mana2 siling yang dirosak oleh musang digantikan baru dan Jamal dan Udin telah menutup lubang laluan masuk binatang tu...dalam dewan tu ada 6 bilik semuanya tiga untuk bilik komputer dan bakinya bilik water pump dan setor dan bilik diguna oleh bibik berehat..
2/4 nanti pelajar BMI Gombak nak datang untuk projek amal mereka dan utk itu surat mereka telah di terima melalui emel kelmarin. Tak ada clash dengan program lain...
Petang jam 4pm Ah Choy cina welding datang nak suruh dia pasang grill dan dua tiga kerja besi lagi nak tengok sebut harga dia macam mana...sbb bengkel dia dekat jer dg asrama ni...tadi telefon juga Sham pembeli baju terpakai nak lego jer segala mak nenek baju lusuh yg orang tala kesini...baju dan seluar yg entah apa2 punya saiz dihantar sebahagian besarnya disini utk SEDEKAH kat anak2 yatim, bayangkan jean xxxl nak bagi anak yatim, kena tunggu 20 tahun lagi kut baru boleh dapat pakai saiz macam tu...jadi senang kira kita lego saja kpg Sham sebab dia rincih jer yg mana tak elok utk buat lap kaki..alas periuk dan sbgnya..Kita pun dapat kenal si Sham ni masa WARDAH Carsem datang dulu, depa yg suggest panggil Sham jer utk selesaikan baju2 yg tak senonoh sedekah orang. Sham akan datang esok petang katanya....
Petang ni juga kita repair roda gate yang telah pecah bola bearingnya Jamal, Udin dan Hakim saja dah pandai menggantikannya habis bengkok spanar digasaknya....tapi ok lah dan ada kemahiran...gantikan siling gantung pun boleh dah dilakukan oleh tiga cangak jer Jamal, Udin dan Anas...yg kurang kemahiran macam Anas tolong pegang tangga..Udin unjukkan siling dan Jamal salin yg baru..sebenarnya bab amali ni no problem dengan budak2 ni.....Cuma ada juga yg berat tulang....liat bila dipanggil...
Untuk tidak menjemukan mereka yg tak balik cuti ni..kita belikan dua papan congkak untuk depa main atas wakaf yang tersedia tu,,,,,

Ummi dan walid demam..baru beransur pulih...

Hari ini puasa Isnin walaupun yg tinggal di asrama ni hanya sepuluh orang saja..Ati, Imah, Hakim dan Anas satu keluarga. Jamal, Udin, Amin dan Fikah satu keluarga dan Iwan dg Ikin..

Pagi ni walid dan ummi ke Hospital Kuala Kangsar untuk check darah dikesempatan cuti sekolah ni. Memang ini dikira jadi rutin dua atau tiga bulan sekali, kenapa di Kuala Kangsar? Sebab dibahagian Patologi tu ada kawan yang senang berurusan, nak pergi tu hanya telefon saja sebelah petang atau malam utk bertanya dia kerja atau tidak esok, lepas tu dia akan bagitau kena puasa dll...yg special lagi boleh dapat keputusan bertulis beberapa jam selepas tu..

Oleh kerana budak2 tak ramai petang ni dibenarkan mereka pergi ke pasar malam masjid Tambun..bagi sorang 10rm...pakat beli sakan ditemani abd Kamarul...dari sini kita boleh nilai keperibadian anak2 yg kita bela ni..siapa yg boros siapa yg berjimat siapa yg berbudi bahasa dan siapa yg penting diri sendiri...

Beberapa minit sebelum berbuka ummi panggil walid berbuka bersama anak2 ni melepaskan hajat mereka..Kamarul belikan utk kami laksam...rupanya Jamal belikan utk ummi laksa, Udin belikan kat ummi jagung bakar, Amin belikan air kelapa dan Fikah pun belikan jagung bakar juga utk ummi. Iwan dan Ikin berkongsi belikan kueh limas utk ummi....

Wednesday, March 9, 2011

Rangkuman cerita hari ini Rabu 9/3/11

Hari ni persekolahan ditamatkan lebih awal iaitu pada jam 12.00tgh hari disebabkan masalah kesihatan tenaga pengajar...begitu juga kelas petang yg sepatutnya dikendalikan oleh Ustazah Zaharah pun ditiadakan dan anak2 ini buat tugasan sendiri. Untuk yg belajar di kelas KAFA yg bertujuh tu walid yg hantar dan ambilkan kerana ustazah yg ditugaskan utk menghantar mereka demam dan balik awal.
Minggu depan mereka bercuti dan ada dikalangan mereka nak balik kampung dan yg tak nak balik pun ada sebab tidak ada yg ambil kisah tentang mereka disini..diantaranya ialah Izati, Imah, Hakim, Anas dan termasuklah Jamal dan adik2nya yg kononnya tak nak balik....

Petang ni Pn Hanum datang utk menyampaikan sumbangan tetapnya dalam hujan dan disebabkan hujan agak lebat maka berbual panjanglah dia yg biasanya tak banyak bercakap..sehingga hujan reda..hari ni mengisahkan anaknya yg tak datang ngaji disini kerana dah ada guru Quran datang kerumah.

Pukul  6pm muncul dua orang dari Lost World of Tambun..yg dah lama menyepi  datang dg tujuan mewujudkan perpustakaan disini dan walid menyatakan kita memang dah ada pihak yg akan mengusahakan projek ni in sya Allah pada awal bulan April ni seperti yg ditulis dalam entri yg lepas mengenai BMI Gombak yg berkunjung baru2 ni...namun mereka nak bantu juga dengan buku dan komputer siap dg internet dan nak buat majlis  dg orang2 press lagi yg nak datang....

Malamnya pula datang taukeh kedai runcit pekan Tambun Ah Leong yg menghantar kiriman orang nak kenduri 13Mac depan...

Tuesday, March 8, 2011

Artis terkenal datang berkunjung.....

Petang ni lebih kurang jam 3.30 pm semasa kelas sessi petang berlangsung ada tamu memberi salam dan disambut oleh ummi masa tu gate bertutup jadi kereta diparking diluar...yg keluar ni si isteri yang menyatakan ini kali pertama datang kesini...ummi kata pandai pula mencari asrama ni kerana biasanya bagi orang yg baru payah juga nak jumpa kalau tak tersesat terlebih dahulu...katanya suaminya pernah beberapa kali kesini dan dialah yg cadang supaya datang kesini.....ummi naik hairan juga bila disebut suaminya pernah dua tiga kali kemari tapi berahsia benar nampaknya tak mau sebut siapa si suami tu...dia kata lagi dah lama duit terkumpul nak sumbang ke rumah anak yatim...bertagak2 dari minggu keminggu ia tak ia hari ini nekad ngajak suaminya pergi ke rumah anak yatim, suaminya kata tak payah pergi jauh2 yg dekat pun ada lalu dibawa kesini,,,,,Siapa?? Dia cerita lagi katanya dia ada butik kat MK sebelah kedai sayur Ma Tok Seng....masa tu baru ummi dapat klu bahawa yg bersembang ni Pn Lili Suriati adalah isteri Wahid Senario atau Haji Wahid yg pergi buat ibadat haji baru ni,,,,,memang Wahid dah masuk empat kali dg ni datang ke asrama ni..bebudak disini memang kenal benar...tapi mungkin kerana gate bertutup dia hanya duduk dalam kereta.....beliau antara penyumbang berkala ke asrama ini......

Sebelah malam plak datang ustaz Uzair dari Pdg Rengas utk menghantar seekor kambing Jamna Pari yg dah siap disembelih dan di lapah..

Monday, March 7, 2011

Rangkuman catatan hari ni 7/3/11

Pagi ni seawal jam 7:00 Sdr Kamarul dari Bndr Baru Putera dtg bagi kek dan sumbangan wang utk asrama ni. Kemudian datang pula Hj Zul katering menunjuk jalan ke asrama ini kepada suami isteri yg tercari2 arah kesini. Mereka adalah  taukeh Kedai Warisah Hj Jumadi dari MK Tmn Perpaduan yang dtg untuk meninjau asrama ni kerana mereka baru dapat maklumat dari kawan yg pernah datang kesini dan tujuan mereka hari ni setakat tengok tempat dulu dan akan datang lain kali utk menyumbang barang2 kering dari kedai mereka..lebih kurang gitu ler maksudnya dan dah tau tempatnya mereka pun beredarlah.....

Lepas tu datang pula Pn Bee dari Rapat Setia Baru membawa kawan yang teringin utk mengunjungi asrama ini dan menghulurkan sumbangan...Pn Bee ni dulunya ada groupnya yg datang sekali beramai2 tapi dah lama tak berkunjung kesini...

Hjh Zai dan suami Hj Shahani pula datang jam 6pm utk ziarah.. selepas balik Mekah inilah baru berjumpa dg tuan haji ni kerana masa Hjh Zai dtg seminggu selepas balik dari Mekah utk bagi oleh2 kat anak2 ni Hj Shahani tak ikut  bersama dan tujuan datang hari ni adalah utk menyumbang....

6:30pm datang pula Abdul Manan taukeh kedai runcit Din Faiz, Taman Chempaka yang datang utk  menghantar nasi dan buah tembikai sbg juadah berbuka puasa hari ini..

Sunday, March 6, 2011

Hebat!!...hebat!!

Tak sangka ler plak....perlawanan futsal anjuran Kilang Carsem hari ni yg berlangsung di gelanggang futsal Buntung menyerlahkan bakat terpendam dikalangan anak2 yatim kita..Apa dia futsal pun tarak tau apa..tapi boleh menang gak kat depa. 
Menamakan pasukan depa dg nama Rajawali cadangan Aizat. Pertama kali bertarung dengan Carsem United mereka menang 3-1 dua gol dijaringkan bergaya oleh Danial sementara Aizat merembat satu gol..penjaga gawang separuh masa pertama adalah Tokwan yg kemudian digantikan dengan Udin diseparuh masa kedua..semasa gawang dijaga oleh Udin pasukan lawan berjaya menyumbat 1 gol.. Pastu Rajawali berdepan pula dg pasukan Carsem United ii, sayang sekali mereka tewas 0-1 apabila kali ni gawang dijaga oleh Iwan yg tak pernah main bola pun..tu pun mujurlah tewas dg 1 gol sahaja. Perlawanan kali ke3 pula Rajawali bertarung hebat menentang pasukan anak yatim Manjoi  kali ni gawang  dikawal oleh Danial dan keputusannya berakhir dg seri 0-0..Kali ke4 Rajawali turun lagi kegelanggang kali ini menentang pasukan Kaki Bangku (budak2 taman berdekatan) mereka kalah 0-2 di separuh masa pertama lagi keeper masa itu ialah Tokwan kemudian digantikan Danial di separuh masa kedua...Kali ke5 dalam keadaan letih lawan pula  dg pasukan Kg Boy berkesudahan dg seri 0-0. Perlawanan terakhir adalah gabungan dari rumah2 anak yatim, asrama kita diwakili Aizat, Danial dan Che On bergabung dg anak yatim Manjoi dan Spg Pulai (Carsem United) manakala pasukan lawan pula adalah gabungan pasukan2 bukan yatim; Kg Boy, Kaki Bangku dan Lesen P...dalam perlawanan ni Aizat menyumbat 2 gol diseparuh masa pertama tapi sayang bila separuh masa kedua Aizat diarahkan utk berkawal dibahagian pertahanan dg Che On sementara Danial bertindak sebagai penjaga gawang yg terbaik membawa kemenangan menumpaskan lawan dg 3-1. Sayang sekali gambar2 tidak boleh diupload sbb sudah memenuhi kuota..dan ditolak setiap kali kita mencubanya...apa nak buat...
inilah barisan kita....

Udin balik dg keadaan kaki cengkeh begitu juga dg beberapa orang lain, sebab kata depa pasukan kaki bangku suka sepak kaki lawan dan depa pakai kasut bola sungguh sedang pasukan kita hanya pakai kasut sekolah jer...nak kena cari sponsor plak...sebab skrg pasukan Rajawali dah dalam perhatian Manchester United nih....

Flickr

This is a test post from flickr, a fancy photo sharing thing.

Saturday, March 5, 2011

Sabtu 5/3/11

Hari ini ada Temasya Sukan Tahunan Sek Raja (P) Taayah yg diadakan di Stadium Perak..Semasa sedang menemani Pengerusi PIBG dan tetamu makan di bilik VIP walid dapat panggilan dari En. Abdullah Sani tuan punya Syarikat Inflow tapi tak sempat jawap. Bila call balik dia kata lori dia on the way ke asrama nak sumbangkan rak buku, kabinet dan lain-lain..walid kata elok sangatlah sebab kita memang nak buat perpustakaan tak lama lagi dengan kerjasama BMI Gombak yg datang minggu lepas.. Lepas pada tu satu panggilan lagi masuk dari En. Aziz Carsem yg tanyakan hal meja bankuet semalam tu sampai ke belum..jawab walid tak ada datang pun bagai dijanjikan semalam dan tak ada pula apa2 kontek dari mereka..samada sesat ker..bertanya jalan ker...tak ada langsung sampailah malam..Katanya apa pun Isnin nantilah baru tau..

Bila walid balik dari stadium, tanyalah ummi Inflow ada datang tak bawa rak buku dan kabinet? Ummi kata ada...dari Inflow pun ada dari Carsem pun sampai...Oh..gituuuuu inform ler kat En Aziz perkembangan baru tu dan dia pun peringat semula esok nak datang amik budak futsal jam 6.45am...sebab mesti sampai kat gelanggang futsal tu jam 8.00am..depa nak datang jemput dengan tiga keta....

Hari ni pulak ada majlis baca Yasin diasrama ni sempena paklang n maklang, pakcak dan makcak nak pi buat umrah 13Mac ni...jamuan tengahari ni dimasak dirumah makcak dan dibawa keasrama ni.

Sementara itu kalau ikut jadual program malam ni kenalah hantar 10 orang anak yatim kita ke Karnival Amal di Gunung Lang..tiba2 ptg ni dapat panggilan pembatalan program tersebut...Apa pasal?Awat jadi lagu tu? Psai paa? Lhooo apa kena depa wat gu tu...?? Isy isyyyyyy..tak syok sangat aih buat tedehak orang lagu tu..!! Sabau la..tunggu dulu orang habiskan cita...mengurus persepsi...
Pasai apa dibatalkan majlis malam ni?? Petang ni punya ribut menyerang kawasan tu dan menerbangkan khemah2 dan runtuh abis pentas disana katanya...teringat perang Khandak habis terbang khemah orang Quraish....sehingga Abu Sufian kata, tunggu apa lagi caaaaaabuuuuuuut.....

lori inflow

dari Inflow

dari Inflow


dari Inflow

meja sumbangan Carsem


rak buku sumbangan Inflow

inflow

sumbangan Carsem


kenduri keluarga paklang dan pakcak

kenduri nak pergi buat umrah






pakcak sedang santap

abg kamarul buat tunduk malu plak...


potong asam keping





Sebelah petangnya datang sekumpulan pelajar dari PPUO nak meninjau dan bebincang nak mengadakan program dengan anak2 yatim di sini...program dalam bentuk apa yg sesuai...so kita beritahu kat depa asrama ni menjalankan kerja kebajikan utk anak2 yatim dan miskin yg terbiar dan kita menyediakan sekolah berasrama penuh utk anak yatim dengan pendidikan Islam dan formal disini, siapa mereka dari mana kita ambil mereka....kita memang mengalu2kan penyertaan pelajar2 dari institusi pendidikan utk memotivasikan mereka.....
pljr2 politeknik ungku omar 

bincang2 nak wat program disini....

Friday, March 4, 2011

Jumaat 4/3/11 Jemputan ke Gunung Lang

Tadi Sdr Azizi dari MBI telefon katanya nak datang ke asrama menyampaikan surat jemputan utk menerima sumbangan sempena Karniwal Amal Gunung Lang, Ipoh..anjuran Jabatan Hal Ehwal Komuniti Majlis Bandaraya Ipoh..hampir jam 12 dia datang membawa surat tersebut...Katanya Datuk Bandar Ipoh akan menyampaikan sumbangan tersebut dan dia sendiri sekarang dah bertukar dari Jabatan Koperat ke Jabatan Komuniti ni..Itulah semalam ada panggilan dari jabatan ini yang minta hantar orang utk ambil surat, bila dia sebut dari MBI terus saja ummi minta berikan surat itu kepada Azizi tapi pelik plak dia kata ada sorang nama Azizi tapi pompuan....plak dah..

Lepas Jumaat walid balik nampak keta Kembara dihalaman dan masa tu budak2 belum balik dari masjid Tambun lagi...sunyilah dan bila walid sampai dia keluar semula dari kereta utk bersalam rupanya Sdr Amin penderma tetap yg walid tulis sebelum ni sebagai tamu yg tak pernah jumpa...beliau selalunya datang pada hari Jumaat untuk bersedekah....bekerja di Rubberex..kalau tak silap nama tempat kerjanya.

Yang bebudak kita plak lambat balik bukannya apa pasal pakcik Shamil belanja makan ABC dan cendol selepas solat Jumaat...itu janjinya minggu lepas..kemudian ada kiriman plak utk bebudak pompuan diasrama..hari Jumaat memang rezeki depa murah...

Restoran Bunga Lawang hari ni tukar menu lauknya kali ini kari dalca yg dan ayam masak merah...dua2 sedap giler....bila ummi telefon adik (Iffah) di USIM sebut masakan sajian Restoran Bunga Lawang hari ni, adik kata janganlah sebut...sbb teringin sangat nak makan...adik habis duit..minta bank in kan...

Kemudian ada dua orang datang meninjau ke asrama ni kata ummi. Dua2 pompuan yg datang ni nak tengok dulu tempat ni sambil bawa kek dan karipap dan dok congak2 apa sumbangan yg sesuai utk mereka belikan kepada anak2 yatim ni....

Melur ke 12 malam ni....

hafiz pengerusi

rauf...quran pembukaan


fikah...hafazan

wan..cara berwuduk yg betul



pecah kaca pecah gelas...atifah

udin..bersajak

atirah...berseloka

iwan..bercerita

berdailog..imah and the gang

amin...berpantun..juara malam ni

hakim..bercerita

atiqah...


aizat..syarahan

basirah...bercerita 

lanca

una..tazkirah tawbat

jamal...sajak

sarah ...puisi


tokwan..sajak

anas...gurindam

meon...spoil lupa..




rauf...bersyair

Walid tak dapat ikuti Melur 12 kerana ada program di Taiping, namun berdasarkan penilaian Abg Kamarul secara keseluruhannya Melur malam ni ada peningkatan....