Monday, January 31, 2011

Siapa tamu hari ini....?

Hari ini walid tak kesekolah, sbb Sekolah Taayah cuti sampai 6  Feb, UIA dan USIM pun sama bercuti sbb tu Izzah, angah dan Iffah balik bercuti, tapi seperti yang diceritakan sebelum ini bahawa Maahad Dar'us-Salam yg menjadi sekolah berasrama penuh anak yatim ini tidak bercuti kecuali pada hari kebesaran Islam sahaja.
Tamu hari ini ialah Hj Wazir dan isterinya Hjh Norzan yg datang dengan hajat untuk memberi fidyah bagi pihak ibu hajjah yang uzur dan infak wajib beliau sendiri. Sebelah petangnya datang pula Hjh. Hamidah yang baru  menunaikan haji baru2 ni dan sebelah malamnya datang pula Hjh Jamaaiyah dan suaminya  cikgu Sail yang pernah mengajar di sekolah Taayah sebelum ini. Tujuannya untuk bertanya pandangan tentang Yaman kerana suami isteri ni nak ke Yaman akhir bulan Februari ini utk belajar Bahasa Arab disana. Hjh Jamaaiyah yg nampak beria2 nak tahu ttg Yaman ni dan walid sebagai orang lama memang menggalakkan mereka ke Yaman ni, sebab Yaman ni ada kelainan yg tersendiri yg hanya jauhari yg kenal manikam. Walaupun walid pernah tinggal di Mesir sepuluh tahun dari 1981-1991 tapi bila pergi keYaman selama 3 bulan lebih.. terasa rugi kenapa masa muda dulu tak teringat langsung nak ke Yaman....kerana Yaman ni terutama di Hadramaut adalah pusat ilmu dalam mazhab Shafii yang hebat...walid sempat menghadiri majlis Ilmu di Rubat Tarim yg mendapat nama jolokan Al-Azhar Yaman disampaikan oleh Habib Salim As-Shatiri, masya Allah sejuknya hati menikmati mutiara ilmunya yg dihamburkan kepada yg hadir cukup indah. Walaupun hanya 3 minggu di Hadramaut tapi teringat-ingat sampai sekarang, begitu juga di San'aa berjumpa dg ulama'-ulama' disana yg hebat seperti  Dr Abdul Karim Zaidan, Dr. Ali Garishah, Syeikh Abdul Majid al-Zindani dan Syeikh Qasim Bahr yg menurunkan ijazahnya dalam semua ilmunya kepada walid sewaktu kesempatan menziarahinya...sebab itu pesanan walid tadi jangan lupa ziarah Hadramaut terutamanya Tarim yg ada 350 buah masjid yg umurnya 400 tahun keatas dibina oleh jenerasi mungkin dari zaman sahabat Nabi atau tabiin yg terus dimakmurkan hingga kini disetiap waktu solat..
kesan keruntuhan rumah yahudi di san'aa

rumah yahudi yg ditinggalkan.....

lagi dan.......

lagi.........

dan lagi.......

lagi......

lagi.......kesan takat air

lagi.....


bersama abd hakim dari habsyah najashi


dalam masjid tertua di san'aa dg rashid ganu

disisi batu asas tiang masjid Jamek Kabir yg disuruh bina oleh Nabi diSanaa


quran lama bertulis tangan

pasang telinga dengar quran dibaca
s

dg rashid ganu minum teh susu


dg najib shah alam


Iwan lari dari asrama......

Iwan anak yg kita selalu jadikan contoh kegigihan seorang budak yg tercicir boleh belajar dan mengatasi budak biasa dalam pelajaran tiba2 buat hal melarikan diri selepas pelajar KMB pulang sekitar jam 2 lagi. Budak ni tak pernah sekolah hingga umur 10 tahun, dihantar ibunya seorang rakyat Indonesia kesini tiga tahun yang lalu dalam keadaan kosong tak tahu apa2. Ibunya dinikahi seorang anggota polis secara senyap namun bila budak ini lahir sipolis ini berlepas diri lalu budak ini didaftarkan dengan dibinkan kepada seorang warga Indon lain makanya taraf budak Iwan ini warga negara asing. Dua tahun lepas bapa sebenarnya datang berjumpanya disini sambil memeluk dan menangis setelah melihat anaknya dah boleh mengaji Quran dan azan..Saya minta kepada ayahnya surat nikah supaya kita bawa ke JPN untuk kembalikan kewarga negaraannya menjadi rakyat Malaysia, janjinya minggu depan saya datang lain..tapi itulah janji seorang yang tidak bertanggung jawab....helah yang bergelumang dengan penipuan dan kepalsuan semata-mata....dia tidak datang langsung selepas itu..sedangkan kami ada hubungan baik dengan tim. pengarah JPN yg mahu membantu.....masa tu mudah untuk selesaikan masalah seperti ini hanya memerlukan surat nikah. Sekarang sudah ada pindaan baru kena tunggu umur 18 tahun. Si Iwan ni anak yang otaknya baik boleh menghafal tahiyyat dlm masa 2 hari dg lancar sedangkan itu benda baru sangat baginya kerana sejak kecil berkawan dg anak cina dan tak pernah sembahyang. Bila tinggal diasrama ini dia tercabar dan berusaha dengan kegigihan luar biasa sehingga hanya dua tiga bulan sahaja dia sudah boleh menyamai anak-anak lain disini..tidak seperti adiknya Syikin yg juga dibawah jagaan kami, agak lemah dan tiada semangat berlawan. Cuma ibunya ini setiap Jumaat akan ambil kesempatan berjumpanya di masjid....kata budak2 dia ada beritahu dia balik nak jaga adik perempuannya sebab mak dia kerja.....alasan yg amat meragukan kerana kita ada sedikit maklumat ttg keluarga ni....

Sunday, January 30, 2011

Tamu yg tak pernah bersua....

Program simfoni kasih pelajar-pelajar Kolej Mara Banting berakhir tengahari ini setelah dua hari berada disini. Sebaik saja pelajar-pelajar ini berjalan meninggalkan perkarangan asrama menuju ketempat bas mereka menunggu, kami didatangi oleh beberapa orang tamu.
Tamu pertama ialah En Aminuddin dan anak2 dari Bandar Baru Putera ni tak pernah bertemu pun dan inilah kali pertama bersua pada hal sdra kita ni dah acap kali berkunjung keasrama ini. Katanya kali pertama dia datang ketika tu ustaz di Yaman. Yang terakhir datang menghantar peti sejuk kesini,,tu pun tak jumpa juga....hari ni baru dapat jumpa...
Tamu kedua ialah guru pengiring rombongan Simfoni Kasih KMB Pn Rokiah Daroo dan sepupunya..datang menjenguk kami sebelum bertolak balik....
Tamu ketiga pula ialah En Mustafa dan keluarga yang dtg untuk menempah tarikh nak hantar makan petang.
Tamu keempat ialah Dr Adam dan isteri
Lepas tu datang satu keluarga nak jumpa dan nak tengok wan budak baru, masa tu dah pukul 4.30pm.
Cikgu Zahidi dan isterinya Cikgu Halijah yg pernah ngajar wan di sek keb Bidor dulu dan jiran sebelah rumah..wan pun pernah duduk dirumah depa selepas arwah maknya meninggal

sessi bergambar


mencatat buku pelawat sblm berangkat pulang

kerumun kat rabbit cage...


tamu yg tak pernah jumpa walid en aminuddin dari rubberex

muhammad hafiz anak sulungnya ..... tempoh bertenang...

ni adiknya yg cpt masuk kawan

cikgu rokiah muncul last minit nak berangkat

sepupunya

suami sepupunya

along dah ok mau berbual dah....

alah alah senyum sitit.....
ni dr adam n wife 


cikgu zahidi n famili dari bidor nk tengok wan

main sepak raga
tokwan dan nan juara badminton

Saturday, January 29, 2011

BBQ dan tayangan lepas Isya' tadi.....

bbq ayam n kentang panggang

cuaca cantik tak jadi hujan......





nasi goreng somtam dan bbq ayam



tayangan dalam dewan...