Friday, December 30, 2011

Sebelum jam 6 pagi beberapa orang nurse datang menjalankan tugas mereka keatas walid, ada yang ambil suhu badan dan bp, ada yang cucuk ubat cair darah dan ada yang ambil darah...juga ada yang datang hantar air panas...selepas azan datang pula untuk tanggalkan drip serta oksigen kerana walid nak mandi...Malam tadi kami tiga beranak tidur disini, iaitu adik (Iffah) menempek diwad ni juga..boleh jugalah tolong ikut walid bila disorong orang atau tolong panggil nurse... 
Kalau ikut jadualnya pagi ini walid akan menjalani angiogram...tunggu hingga diberitahu kata nurse...

Thursday, December 29, 2011

Seawal 6:30 pagi dua orang nurse dah masuk ambil suhu badan, bp dan ecg dan yang seorang lagi datang menghantar air panas...Lepas solat datang seorang lagi untuk ambil darah...darah walid kelihatan pekat hitam..Jam 7:30 Dr. Azmee datang melihat walid..mungkin dia terkejut juga sebab walid masuk wad lebih awal dari sepatutnya...Dia tanyakan tentang sakit dada walid dan cadangkan kepada nurse apa ubat yang perlu diberikan kepada walid...

Wad dimana walid ditempatkan ni ada dua katil, yang satu ni dah masuk sejak 27 hari tu..ummi cam sangat isteri dia masa sama2 tunggu nak xray hari tu..mereka suami isteri dah buat angiogram ada 7 tempat tersumbat jadi kena buat bypass hanya menunggu perbincangan dengan doktor pakar..Rupanya Ipoh mali juga..suaminya yang sakit ni kerja di hospital Ipoh...dan mereka tinggal di Rapat Setia..

Pelawat pertama kami di wad ini hari ini ialah Maklang Rusnah, kakaknya Kak Teh yang tinggal di Gombak Setia dan Una..Yang Paklang pula kami minta tolong jaga anak2 yatim kami yang dah berkurang bilangannya kerana kita benarkan balik hingga 2 Januari 2012....Masa depa sampai tadi makanan tengahari pun sampai juga...sempat jugalah depa tengok menu apa yang disajikan...menunya boleh diorder dari senarai sajian yang diberi ikut selera kita...berbezalah dengan masa kat wad 7 di Hospital Ipoh yang angah geram sangat tu bila lihat layanan ala kadar..Tapi walid tak kisah sangat...

Maklang keluar tepat jam 1:30pm...Lepas tu angah dan adik Iffah sampai... selisih...tak sempat jumpa maklang...

Jam 4:30ptg seorang nurse datang menolak walid dengan kerusi roda ke bilik echo untuk ujian echo dan disana kawan angah semasa Sekolah Idrisiah Najmi Hakim MA ada sama dalam tu...katanya jantung walid ada sedikit bocor dan tebal disebabkan hypertension...kerana itu angiogram perlu dibuat...

Malam ni Mama Long dan Untie datang ziarah walid dan ummi untuk mendengar cerita perkembangan terkini...maklumat yang depa terima bahawa walid dah selesai buat angiogram kononnya yang depa fahan dari perbualan telefon dengan angah....walid pun jelaskan yang hari ni hanya buat echo jer..esok baru yang tu...

Sebentar tadi jam 9:30 walid telah dipanggil untuk dicukur lengan kanan dan kangkang kanan untuk tujuan memasukkan kabel menerusi urat lengan atau paha ke jantung...jadi mulai jam 10mlm ni walid kena mula puasa...Allahumma sallimna wa'afina wa'fu 'anna.....
Sekitar jam 12:00 tghari tadi ketika walid menanti dua pelatih dari giatmara Tambun membaiki punca black out malam tadi setelah kami balik dari KL, rupanya berpunca dari percikan api pada kabel letrik yang luka...ketika itu walid telah diserang sakit jantung tiba2 membuatkan rasa gelap mata dan pandangan menjadi jerubu dan walid terpaksa berjalan untuk masuk kebilik dengan memegang dinding nak elak dari terjatuh..untuk mendapatkan ubat bawah lidah..setelah meletakkan tiga biji dan berbaring dikatil beberapa minit baru rasa lega...kiranya inilah pengalaman pertama merasa bagaimana serangan jantung berlaku...Ummi tak perasan apa berlaku pada walid kerana asyik melayan tiga orang tetamu masa tu walaupun walid melintasi depan mereka untuk mendapatkan ubat bawah lidah..Sepatutnya ketika keadaan sebegini berlaku kena pergi ke hospital berhampiran...tapi bila rasa lega setelah ambil tiga biji ubat bawah lidah dan berehat agak panjang..sakit dada pun hilang tak jadi pergilah ke hospital Ipoh sebaliknya nak terus ke IJN kerana walid dijadualkan masuk wad jam 2:00ptg Khamis oleh Dr. Azmee Md Ghazi yang akan melakukan angiogram hari Jumaat ni...

Jadi bertolak lah kami jam 7 ptg...dan sampai di IJN jam 9:30..masuk Kecemasan jam 10:00 kemudian masuk wad jam 1:00 pagi....lamanya sebab fail walid berada dibilik pendaftaran yang berkunci terpaksa mencari jaga untuk membukanya kata jururawat yang bertugas di bilik kecemasan tu....Mulanya angah ikut sekali dengan ummi ke wad walid ditempatkan tapi setelah fikir dia mengambil keputusan untuk balik ke Nilai jam 1:40a.m. Sebaik masuk saja dah datan nurse timbang dan sukat kemudian datang sorang lagi untuk ambil suhu badan dan bp...Angah pun beredar keluar selepas mengambil kerusi malas untuk ummi...dalam bilik kami dah ada seorang pesakit lain yang tidur tak sedar apa2...

Monday, December 26, 2011

Kami sampai dan check-in di Putra Hotel KL bertentangan dengan IJN dan satu bangunan dengan PUSRAWI pukul 4.25ptg setelah singgah di UIA untuk ambil Izzah yang nak ikut sekali...Kami bertolak dari asrama jam 1:00 sebelum Zohor dipandu oleh angah...Sekarang angah balik ke Nilai untuk ambil adiknya Iffah pula...semua nak mai bersama walid walhal semua nak periksa minggu depan...

Line internet hotel ni sekejap ok sekejap ko...leceh sikit le.. 



Photobucket
room no 511


Photobucket
Photobucket
bau durian penghuni sebelum ni agaknya...very strong..

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket
Photobucket
klcc dicelah IJN

Photobucket


Photobucket
tika malam


Photobucket
Dah siap solat jamak nak tunggu angah balik nak ambil walid dan ummi makan kat Sekincan Ikan Bakar Sentul...Sebelum ni telefon abang walid khabarkan kalau nak jumpa datanglah ke hotel ini..sebab besok mungkin kami ke IJN seawal 7:00 pagi, kalau tak kena masuk wad...Abang walid tu datang dari Butterworth dah berapa hari di KL ni....saja ler nak jumpa...  
Selamat Hari Lahir Angah!!!    كل عام وأنتم بخير

Waktu sekarang pukul 3:40pagi...walid tak dapat lelapkan mata pula dah...mungkin sebab siang tadi banyak berehat dan tertidur...ni standby nak gerak ummi untuk masak sahur...Bila kontrol makan dan minum rasa macam sihat pulak..bp 130/85..gula 7.2...Besok puasa boleh dapat bacaan yang lagi tepat kut...Alat pakai bateri ni kena ambil dua tiga kali baru boleh agak yang hampir tepatnya...Uric asid memang tinggi dan tidur yang terganggu ni pun disebabkan serangan pada jari2 kaki menyucuk2 sampai tergedik2 kaki dibuatnya bertukar2 sekejap ibu jari kemudian jari lain pula..selang seli 5 ke 10 minit sekali... Asam urat kata orang Indonesia...How to reduce uric acid?

Sunday, December 25, 2011

Pengunjung asrama kami hari ini boleh dikatakan tak putus2 sejak dari pagi...Waktu ini pukul 5:37ptg, adik walid Cikgu Dollah (Pakteh) isterinya Makteh Pah dan anak bongsu mereka Nana baru saja bertolak pulang dalam hujan lebat petang ini...mereka datang ziarah walid dan bawa buah rambutan tiga karung dan sedikit durian dari dusun sendiri di Changkat Jering. Selepas mereka ada lagi satu keluarga yang datang untuk menyampaikan hasrat dan hajat mereka. Itu kira tetamu setakat petang ini...Adakah lagi yang akan menyusul? Wallahu a'lam...

Semalampun ramai juga yang datang dan jemputan untuk anak2 kami pun kira padat betul hanya selang beberapa jam saja mereka dijemput sampai ke malam..sampai ada anak2 kami yang dah terlena dirumah yang terakhir malam tadi....Sementara hari ini mereka hanya ada satu jemputan makan tengahari diluar...

   

Saturday, December 24, 2011

Angah balik malam tadi sampai sini hampir jam 12:00..kereta banyak katanya ditambah pula dengan hujan dibeberapa tempat....

Pagi ini sepatutunya anak2 ni ada jemputan, bersiaplah semuanya tapi tunggu punya tunggu tak ada siapa yang datang jemput....nak hubungi siapa pun tak tahu sebabnya ketika orang yang berhajat ni datang tempohari walid dan ummi berada diluar,, maklumat yang kami dapat dari Ustzh Zaharah, ada orang akan ambil budak2 ni hari ......jam.......Maka Si Sarah yang dah bersiap sakan menunggu orang datang menjemput kata kat ummi, boleh tak kita tulis besar2 katakan: Kami Anak2 Yatim Kena Tipu!!

Yang datang pagi ini beberapa orang yang nak ziarah walid dan cina Ah Kean kontraktor yang nak bangunkan projek fasa 1....jengkaut datang  korek lubang untuk tapak tiang...

Jam 5:30ptg anak2 ni dijemput untuk satu jamuan di perumahan Sunway City....itu pun dengan hati yang dah tawar kerana sepatutnya jam 4 petang mereka dijemput...Terlewat kerana ada hal kat masjid kata Kapten (B) yang jemput mereka...jumlah mereka makin kecil kerana Basirah dan Nurul adiknya dijemput mak mereka balik...

Lepas solat Isya' ada lagi jemputan makan kali ini di Bercham kerana kenduri masuk rumah baru tokeh pakaian bundle...

Yang datang menghantar makanan kenduri pula ada dua orang...tak boleh terima reason kita...kami dah niat ni kena hantar juga lah...walaupun ummi kata anak2 ini tak ada kat asrama sekarang..ada jemputan kenduri..nak hantar juga sebab dah niat...pesan lagi, nasi tu kena panaskan ye takut basi...Yang sorang lagi pun gitu juga hantar nasi kenduri kahwin dipek dalam polisterin....kita panjangkan sedekah dengan sedekah kepada siapa yang datang...

Angah punya kerja pula cas bateri kereta antik walid yang baru diambil dari bengkel minggu lepas,,,sekarang ini dia tak ada, keluar ke rumah makcak promote Herbalife makanan kesihatan kepada kakak sepupunya...setelah dia berjaya turunkan berat badannya 6 kilo...

Friday, December 23, 2011

Pagi ini walid diminta merujuk ke pusat kesihatan terdekat untuk buat pemeriksaan penuh tahap kesihatan walid di sana sebelum rawatan susulan ke IJN......

Makanya pergilah ke Klinik Kesihatan Ulu Kinta, Tg Rambutan pukul 8:10pagi sampai dapat no 12..tak pernah pergi pun sebelum ini...bila sampai giliran jam sudah 10:30...Dr baca surat yang walid unjukkan kepadanya kata dia kenapa hospital suruh datang sini disana kan boleh buat ini sumer...Klinik ini cuma hari Isnin dan Rabu saja untuk cek darah komdian dia punya result tiga minggu baru boleh siap...Pakcik kena pergi IJN 26, 27 masuk...Tak boleh siap ini macam..cuma boleh tulis sini akan buat pada......Walid pun ajak ummi pergi ke hospital Ipoh naik wad 7B nak jumpa Dr Izzati yang sain surat minta pergi klinik kesihatan terdekat ....dia tak ada dan tak ada muka yang kenal...jumpa Dr Michail begitulah lebih kurang tertulis kat name tag dia bagi penjelasan kat dia masalah walid..Dr perempuan Cina ni faham dan kata boleh buat dibawah...Walid minta dia keluarkan satu surat untuk itu...dia sibuk diserahkan kepada Dr Dharminder Sigh untuk isi borang berkaitan..dr ini kata pakcik puasa ke? Walid kata puasa apa dah kena makan ubat? Dia kata esok datang pukul 8pagi...Ok...Kami turun ke bawah...tapi walid kata kata ummi kita kena pastikan mana tempatnya dengan betul...Tanya orang macam2 jumpa dr tanya dan cari tak betul, jumpa siapa saja yang dikira boleh bantu kami tanya...Sampai sakit dan lenguh kaki lutut dan bagi ummi satu badan dah sakit..akhirnya jumpalah...sembanglah dengan seorang perempuan di kaunter, dia kata disini tempat ambil darah...puasa tak? Tak sebab ambik ubat pagi tadi....Dia kata mari masuk tanya bos dia...masuklah..boss tu orang India kulit Melayu..Perempuan tu cerita yang walid kena pergi IJN..dia kata hari Selasa 27/12...walid kata tarikh itulah di IJN..Pastu walid kata puasa mesti berapa jam? 8 jam kata dia..Ok tadi saya ambil ubat pukul 7...petang nanti boleh? Ok datang pukul 3..pukul 3 sudah ok....Kemudian ambil darah hantar sama bahagian Patologi.. dia orang 24 jam....Sabtu atau Ahad boleh dapat la....Alhamdulillah lega rasanya baliklah kami dan terus ambil lauk di Restoran Bunga Lawang...Bila sampai asrama tengok Sdr Samad ada atas pondok...rupa2nya  semua budak2 yang dijemput kenduri belum balik lagi...

Thursday, December 22, 2011

Pagi ini semua budak2 puasa...puasa dah jadi biasa sangat bagi mereka...main dan berlari macam hari tak puasa juga...terutama Hisyam semakin buas sekarang kekadang tak makan saman langsung...

Tatamu yang datang hari ini ada beberapa orang....ada yang datang menyumbang wang dan Pn. Nor pula datang menyumbang  buah2an dan kuih muih untuk berbuka....

Cuaca hari ini mendung dan hujan sampai sekarang pun jam 10;15mlm masih lagi ada hujan rintik2...


Wednesday, December 21, 2011

Hari ini Jamal dan adik2nya balik dijemput ibu mereka untuk balik Kulim..Udin sudah terlebih tarikh untuk buat Kad Pengenalan, sekarang ini nak buat kad pengenalan mesti ada waris...Ibu mereka datang dengan van PLKN katanya tapi oleh kerana ada hal van tak dapat masuk kemari...

Sebelum itu ada satu keluarga datang ziarah di sini diketuai oleh Cikgu Suhael orang Johor yang berkahwin dengan orang Ipoh..menurutnya adik iparnya yang belajar di SBPI Gopeng pernah datang berbuka di sini tahun lepas...

Menyusul kemudiannya  Cikgu Hanif dari Tm. Golf datang untuk mendapatkan lagi Minuman Sarang Burung Walit yang katanya mujarrab...beliau mahukan dua botol untuk dibawa kepada anaknya di KL tapi sayangnya kami telah kehabisan stok dan sedang menunggu dari Perlis..In sya Allah akan sampai hari Jumaat depan....

Pada pukul 4:00 ada dua orang tetamu datang dari Manjoi bertemankan seorang budak lelaki Kg Baru yang menjadi penunjuk jalan setelah mereka tersesat mencari lokasi asrama ini....Kedua2 tetamu ini datang bertujuan untuk menyumbang wang....

Sebelah petang pula jam 6:30pm ada satu keluarga datang mengadakan jamuan petang untuk anak2 ini...


Photobucket
ummi sdg berbual dg tetamu

Malam ni pula walid diziarahi oleh Cikgu Zafran yang nak balik Kelantan malam ni kemudian disusuli beberapa kawan yang akan menjalani temuduga esok...Sdr Zafran baru melangsungkan pernikahannya baru2 ini dengan bakal guru dari Kelantan juga...

Tetamu kami yang terakhir malam ni ialah Paklang Nor sekeluarga datang dengan Dr Azwa anak saudara kami yang bertugas di Hospital Kangar untuk ziarah walid..ambil bp dll... 





Pagi ini sebuah lori trailer masuk untuk mengangkut lebihan cerucuk konkrit,  menara pengetuk dan segala yang mereka hantar sebelum ini.....Sebenarnya bukan senang nak bawa masuk lori sepanjang itu begitu juga untuk keluar...semasa nak keluar tu walid ikut mereka untuk melihat bagaimana cara lori ini nak keluar melalui jambatan 90darjah...Hampir sejam juga drebar itu ambil masa untuk melintasi jambatan....rasanya nak masuk lebih mudah dari nak keluar....Kira drebar Melayu tu memang pemandu yang cekap ler....







Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Tuesday, December 20, 2011

Pagi tadi sekitar  jam 9:19 ummi terima panggilan dari pihak Hospital Raja Bainun yang minta datang untuk mengambil surat IJN dimana walid diminta ke sana 27.12.11 akan datang. Jam 10:30 kami sampai di wad 7B untuk berjumpa dengan yang call..bila terpandang walid terhencot2 jalan...sister India tu marahkan ummi..kenapa suruh dia datang...hang datang sorang sudahla...dia kena rehat...Ummi ada lesen tapi tak pernah memandu...Nak balik tu singgah kejap di farmasi untuk ambil ubat bawah lidah yang baru bagi walid..tak pernah guna pun...tapi bila dah dikatakan jantung bermasalah semua tu dibekalkan....

Masa di hospital juga walid terima panggilan dari pemandu bas UTP yang nak jemput anak2 yatim jam 12:30 kerana ada program penyampaian baju sekolah di sana..Ini kali pertama bagi dia nak datang asrama jadi walid kena tunggu dia ditepi jalan besar...Sebentar tadi mereka bertolak diiringi oleh ummi,,,maka tinggallah walid seorang...melihat beberapa orang pekerja India memasang cerucuk konkrit...

Sebaik saja masuk pukul 4 bapa Wan Dut datang dengan pakciknya untuk mengambilnya pulang diikuti dengan kedatangan kakak sulung walid bersama anak dan menantunya untuk ziarah walid...walhal ummi dah maklumkan kepada anak sedara walid supaya datang esok sebab ummi nak ke UTP mengiringi anak2 yatim ni...

Jam 5.30ptg barulah muncul bas UTP sampai kelaman menggunakan bas pendek...masa datang tadi bas panjang...tak dapat melalui jambatan sungai...


Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Monday, December 19, 2011

Pagi ini walid kena ke sekolah untuk dapatkan GL, semalam dah maklumkan kepada pengetua. Beliau agak terkejut mendengar walid masuk wad dan akan ke IJN..walid kata itu serah diri kerana nak mencari punca...

Jam 9:00am walid sampai sekolah dan Pn Pengetua sudah arahkan cc untuk siapkan GL dan beliau sempat bertanyakan walid cerita sebenar yang berlaku pada walid...ok katanya kalau apa2 nanti tolong sms kepadanya....Itulah pengetua kami Pn Hjh Noraini Zainal Abidin...

Sunday, December 18, 2011

Alhamdulillah...walid baru saja sampai rumah dari Hospital Raja Permaisuri Bainon Ipoh setelah ditahan selama 3 malam di sana demi mencari dan menjaga kesihatan diri yang kadang2 kita abaikan haknya....Itu kira pengalaman pertama walid tinggal diwad sebagai pesakit...dalam wad kelas tiga dengan segala hiruk pikuknya, dua kematian berlaku diwad yang sama dua hari berturut2...bergelumang dengan kerencaman manusia dengan segala masalah yang melatari penyakit yang dihidapi mereka..ada juga yang mencari suaka di wad2 begini rupa setelah tersisih dari anak2 sendiri...dan sedih bila diberitahu besok boleh balik rumah...seorang cina yang tak mahu balik rumah...sambil mengomel doktor tak pandai...
Rasanya  tiga kali walid menjadi bahan temu ramah,  kali pertama seorang Prof. UniKl yang minta walid berikan  30 minit untuk peperiksaan seorang pelatihnya menemubual walid...selepas itu datang lagi dua kumpulan yang terdiri dari dua orang pelatih setiap kumpulan nak belajar set soalan temubual dalam masa 20-30 minit...Walid sentiasa beri kerjasama baik kepada semua mereka...sehingga akhir sessi itu Prof itu kata kepada pelajarnya kamu beruntung kerana dapat seorang guru yang bersedia melayan kamu dengan sebaiknya....
Rasanya selama tiga malam di wad sudah 10 kali ECG dilakukan keatas walid..tapi keputusannya semacam sama saja...cuma seorang doktor pakar pagi kedua yang kata pada walid, jantung pakcik ada sumbat sambil merujuk pada kertas graf ECG..sementara doktor pakar lain yang buat pemeriksaan rutin mereka tak ada yang menegaskan begitu....Hal ini melayangkan fikiran walid kepada Dr Izzat Saqr seorang prof dari Fakulti Perubatan Univ Al-Azhar yang mengambil kes ummi di Hospital Cleopatra Mesir ketika nak melahirkan Izzah tahun 88, seorang pakar yang amat terkenal dengan disiplin sehingga dikatakan kepada walid ketika itu pergi jumpa Dr Izzat dia seorang yang tak suka pembedahan tapi kalau dia kata kena bedah maknanya dah tak ada jalan lainlah tu...Memang betul setelah mencuba melahirkan secara normal menemui kegagalan dia panggil walid dan berkata kita hanya ada dua kemungkinan kalau tidak dibuat pembedahan iaitu samada anak mati kelemasan atau ibunya mati kerana memang tak boleh bersalin secara normal..kalau nak selamat kedua2nya sila sain segera...Walid pun sain dan tunggu sambil berdoa didepan theater room....tak sampai 30 minit seorang bayi lengkap dengan baju hospital dibawa kepada walid untuk diazan dan diiqamat oleh walid...Alhamdulillah..walid tanya bagaimana ummi...kata nurse tu sihat...Kerana inilah walid namakan baby itu Izzah. Bila walid hadir pada hari ketiga dipanggil Dr Izzat untuk membuka jahitan diperut ummi...didepan para pelatihnya: Lihat...semua kerja kita berdasarkan niat kita...ketika aku bedah dia semalam,  niat aku semoga Allah selamatkan baby dan dia sekaligus..lihatlah hasil kerja kita"katanya...keajaiban.. hanya ada simpulan disebelah kanan dan satu lagi disebelah kiri jarak antaranya lebih kurang 7 atau 8 inci...Masa tu di Malaysia, yang kita tahu apa jua pembedahan mesti ditandai macam kaki lipan merentangi perut meninggalkan parut kekal sampai bila2...macam yang walid lihat pada dada seorang pesakit yang tak sedar diri stroke hampir sebulan pagi tadi...semalam tak begitu ketara..tapi pagi ini ketika walid singgah picit2 lengannya terpandang pada parut lipan ditengah2 dadanya. walid tanya ini apa?Anak daranya kata dulu abah pernah kena sakit jantung entah ada masalah apa tak tahu ...bila dioperate tak jumpa pun masalah tu...Terkejut walid...eksperimen semudah itu....belah belah jahit semula...aduhai eksperimen one Malaysia.

gambar2 ketika walid terlantar di wad

Photobucket
motivasi JPN


Photobucket

Photobucket
Photobucket
program PUO

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket
Photobucket
angah bancuh herbalife nak bawa ke walid
Photobucket

..Walid pun tak tahu bagaimana program yang dilaksanakan semasa ketiadaan walid dan kesibukan ummi bagaimana hasilnya..terutama program Politeknik Ungku Omar selama dua hari berturut2...minta En. Hijaz tolong komen prestasi anak2 yatim kami ni....